CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib 7 beranak dapat perhatian[kemaskini]

28-10-2014 06:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1926| Komen: 0

Nasib 7 beranak dapat perhatian


DUNGUN - Penderitaan tujuh beranak yang hidup dalam kedaifan di sebuah pondok usang, dekat sini, mendapat perhatian Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Wan Hapandi berkata, sebelum ini Nazeri Mohamad, 40, bapa lima anak itu tidak pernah tercicir disenarai penerima bantuan anjuran Lajnah Kebajikan Pas Dewan Undangan Negeri Sura.

Namun Wan Hapandi menjelaskan, bantuan yang diberi hanyalah bersifat sementara seperti bantuan beras dan pakaian hari raya selain pakaian sekolah anak-anaknya kerana beliau sebagai wakil rakyat pembangkang tidak disediakan peruntukan kewangan untuk projek pembinaan rumah bagi membantu golongan miskin seperti Nazeri.

“Sepatutnya sudah lama keluarga ini dibantu bagi mendapatkan kediaman selesa.

“Namun, pelbagai kerenah birokrasi menyebabkan mereka masih gagal mendapat bantuan diharapkan, biarpun secara dasarnya keluarga ini memang layak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga berkenaan di kediaman mereka dekat sini.

Wan Hapandi turut menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada Nazeri selain memberi jaminan akan membantu mencari penyelesaian jika agensi berkaitan gagal membantunya.

Menurut Wan Hapandi, banyak masalah sama berlaku sebelum ini berikutan kerenah birokrasi menyebabkan golongan seperti ini sering menjadi mangsa.
Namun, beliau yang juga Ketua Lajnah Kebajikan Pas Kawasan masih berharap agar agensi berkaitan dapat menyalurkan bantuan kepada keluarga Nazeri kerana mereka tergolong dalam golongan fakir miskin yang amat layak menerima bantuan.

Sementara itu, Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Ahmad Fauzan Abdul Kadir menjelaskan, pihaknya akan memberi perhatian isu warga miskin terbabit dan akan mengarahkan agensi berkaitan mengambil tindakan segera.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman memberi perhatian serius terhadap isu terpencil seperti itu, apatah lagi ia membabitkan soal kehidupan rakyat miskin yang menjadi salah satu keutamaan dalam pentadbirannya.

Sementara itu warga miskin terbabit, Nazeri ketika ditemui berkata, dia kini buntu memikirkan nasib keluarganya dan masih menaruh harapan agar pihak yang berkemampuan dapat membantunya keluar daripada kemelut yang dihadapi lebih 10 tahun lalu.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=836781&extra=&page=7
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.192802 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top