Gambar hiasan Harga rumah amnya sudah meningkat lebih seratus peratus hanya dalam tempoh kurang 10 tahun. Ia akan terus melonjak selepas ini, dengan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) sebagai satu daripada alasan. Harga rumah sudah tentu banyak bergantung kepada lokasi dan kualiti rumah. Hakikatnya harga rumah sudah di luar jangkauan dan keupayaan kebanyakan orang sekarang, lebih-lebih lagi generasi muda yang baharu bekerja dan mendirikan rumah tangga. Kenaikan harga rumah yang menjejaskan keupayaan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli adalah salah satu isu yang sering diperkatakan pada masa ini. Daripada tinjauan itu saya dapati reka bentuk rumah di Sarawak belum setanding dengan kualiti rumah di Semenanjung. Memang ada rumah yang bermutu termasuk dari segi reka bentuk, tetapi kebanyakannya belum mencapai tahap kualiti membanggakan. Ada reka bentuk yang terlalu teruk tetapi anehnya masih juga habis dijual. Perbaiki reka bentuk rumah Tidak bolehkah kerajaan memberi cadangan kepada pemaju terbabit supaya memperbaiki reka bentuk rumah sebelum meluluskan sesuatu projek perumahan? Adakah kekurangan pengalaman dalam pembinaan rumah dalam kalangan sesetengah pemaju menyebabkan keadaan ini berlaku? Sepatutnya, aspek reka bentuk dan kualiti diberikan perhatian sewajarnya. Bagi pembeli, selain reka bentuk, aspek perparitan, keluasan kawasan rumah, kelebaran jalan, kejiranan, taman permainan dan jarak dengan bandar serta tempat kerja adalah faktor utama diambil kira apabila hendak membeli rumah. Boleh dikatakan harga rumah 'menggila' sejak lima tahun lalu. Adakah benar bahawa kos bahan pembinaan sudah meningkat? Adakah harga tanah juga naik berlipat kali ganda atau ada individu yang mendapat untung besar dengan dengan melakukan spekulasi. Di tempat saya bekerja, ada sebuah projek rumah teres dua tingkat. Ketika rumah itu belum siap beberapa tahun lalu, ia dijual pada harga RM350,000, tetapi seorang individu yang mempunyai wang membeli lima unit sekali gus dan menjualnya sekitar RM500,000. Spekulasi antara faktor yang meningkatkan harga rumah, selain tidak dinafikan, ada pemaju yang mengambil kesempatan daripada permintaan yang tinggi. Mereka tahu bahawa pembeli pasti sentiasa tidak mencukupi. Betapa tidak, begitu sukar untuk membeli rumah yang sudah siap sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana rumah sudah habis dijual ketika projek berkenaan masih lagi pada peringkat hendak melancarkannya. Tangani kekurangan rumah Saya percaya, fenomena yang sama juga berlaku di bandar besar yang lain di negara ini. Sampai bilakah fenomena ini akan berterusan tanpa kesudahan. Dalam Bajet 2014, sebanyak 223,000 unit rumah pada harga berpatutan dirancang untuk dibina oleh sektor swasta dan kerajaan. Adakah sasaran itu dapat dicapai? Melalui bajet berkenaan pelbagai strategi dan pendekatan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan rumah dan harga rumah yang mahal. Kerajaan prihatin akan nasib dan kebajikan rakyat. Strategi dan jalan penyelesaian untuk mengawal kos rumah bukan hanya terbatas kepada penurunan harga rumah, tetapi pelbagai langkah lain seperti tempoh pinjaman bank. Pinjaman dua generasi perlu dibenarkan dengan anak menyambung pembayaran pinjaman. Langkah terbaharu kerajaan membenarkan individu terbabit menyewa dan kemudiannya membeli rumah berkenaan adalah pendekatan bijak lagi pragmatik. Rumah bukan sekadar tempat untuk berlindung daripada panas dan hujan. Rumah melambangkan pencapaian seseorang dalam hidup. Rumah yang besar dan cantik memperlihatkan taraf sosioekonomi seseorang. Mereka yang memiliki banyak wang dan berpendapatan besar sudah pasti lebih mampu membeli rumah idaman di lokasi impian. Menjadi tanggungjawab kerajaan melalui sektor swasta terutamanya untuk memastikan bukan saja jumlah rumah mencukupi, tetapi berkualiti tinggi dengan sentuhan estetika serta mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Bajet 2015 mengambil kira masalah perumahan khususnya dalam kalangan generasi muda dan penjawat awam. Jika isu ini tidak ditangani dengan cepat dan pendekatan bijaksana, kita akan berhadapan dengan generasi tanpa rumah. Keadaan ini mencetuskan masalah sosial dan politik pada jangka panjang. Kerajaan perlu bersungguh-sungguh menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada rakyat.
|
26
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori posted on 28-10-2014 10:33 AM
Kalau nak diskus Dari segi mutu rumah..yg ni saya setuju...sepatutnya pemaju fikir ..kalau harga rum ...
aechae posted on 28-10-2014 01:40 PM
nk ikut selera sndri design sndri lah, bhn2 pn sndri pilih...klu xda duit, diam
Eric.n9 posted on 28-10-2014 01:43 PM
Ye betul. heheh
Tak yah sibuk sibuk beli rumah, buat/upah org buat rumah(upah buat rumah sekarang ...
aechae posted on 28-10-2014 02:09 PM
kaannn....abh aku pelan lukis sndri, cri arkitek sndri, cri kontraktor sndri, msa nk beli brg g tg ...
ADVERTISEMENT