Taman Tema Wet World Nafi Kanak-Kanak Dijangkiti Virus
Pihak pengurusan Taman Tema Wet World telah menafikan khabar angin berkaitan insiden itu. Menurut satu kenyataan kepada Astro AWANI, pihak pengurusan taman tema itu berkata ia tidak pernah menerima sebarang laporan tentang kes berkenaan mendakwa virus yang dijangkiti murid-murid terbabit telah menyebabkan jari tangan bertukar hitam, terpaksa dipotong dan mulut pula melepuh. Kata jurucakap tersebut, khabar angin itu mula tersebar oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan melakukannya semata-mata untuk menjatuhkan imej taman tema yang terletak di bandaraya Shah Alam. "Selepas menerima khabar angin itu, pihak pengurusan taman tema terus membuat laporan polis dan menghubungi beberapa hospital di sekitar Lembah Klang bagi tujuan pengesahan." "Pengunjung tetap taman itu berasa terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit. "Taman tema ini sama sekali tidak mendatangkan risiko untuk jangkitan tersebut dan pihak pengurusan telah pun mendapat mendapat pengesahan dari hospital bahawa tiada pesakit mereka yang mati mahupun terkena jangkitan," kata jurucakap tersebut. Selain itu, jurucakap itu turut menggesa orang awam supaya berhati-hati dengan khabar angin seperti itu dan segera melaporkannya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kerana mereka menyifatkan ianya laporan palsu. Baru-baru ini, khabar angin menyebut seorang pengguna Facebook yang mendakwa rakannya telah meninggal dunia seminggu selepas mengunjungi taman tema tersebut akibat jangkitan air yang dicemari kencing tikus.
|
4
Bagus |
15
Marah |
4
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT