CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 4

[Tempatan] Taman tema Wet World Nafi Kanak-Kanak Dijangkiti Virus

[Copy link]
Post time 23-10-2014 11:12 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sebuah taman tema menafikan khabar angin yang mengatakan sekumpulan kanak-kanak tadika telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat jangkitan virus selepas mereka menjalani aktiviti riadah di kawasan itu.

Pihak pengurusan Taman Tema Wet World  telah menafikan khabar angin berkaitan insiden itu.

Menurut satu kenyataan kepada Astro AWANI, pihak pengurusan taman tema itu berkata ia tidak pernah menerima sebarang laporan tentang kes berkenaan mendakwa virus yang dijangkiti murid-murid terbabit telah menyebabkan jari tangan bertukar hitam, terpaksa dipotong dan mulut pula melepuh.

Kata jurucakap tersebut, khabar angin itu mula tersebar oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan melakukannya semata-mata untuk menjatuhkan imej taman tema yang terletak di bandaraya Shah Alam.

"Selepas menerima khabar angin itu, pihak pengurusan taman tema terus membuat laporan polis dan menghubungi beberapa hospital di sekitar Lembah Klang bagi tujuan pengesahan."

"Pengunjung tetap taman itu berasa terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit.

"Taman tema ini sama sekali tidak mendatangkan risiko untuk jangkitan tersebut dan pihak pengurusan telah pun mendapat mendapat pengesahan dari hospital bahawa tiada pesakit mereka yang mati mahupun terkena jangkitan," kata jurucakap tersebut.

Selain itu, jurucakap itu turut menggesa orang awam supaya berhati-hati dengan khabar angin seperti itu dan segera melaporkannya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kerana mereka menyifatkan ianya laporan palsu.

Baru-baru ini, khabar angin menyebut seorang pengguna Facebook yang mendakwa rakannya telah meninggal dunia seminggu selepas mengunjungi taman tema tersebut akibat jangkitan air yang dicemari kencing tikus.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/taman-tema-wet-world-nafi-kanak-kanak-dijangkiti-virus-46814?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suke pi water theme park
Setakat ni xde pape la..
Pasni nak gi gambang tu..hihi

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 11:56 PM | Show all posts
hati2 ye sume...anak2 anugerah ALLAH

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:29 AM | Show all posts
last aku gi 3 thn lps, mmg kotor giler air kt sini....dsr kolam penuh dgn keladak...kitaorg mandi sekejap jer sebab badan terasa gatal2
dahlah tiket masuk mahal...x berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pusat akuatik shah alam yg outdoor tu kotor gak. Aku gi wetworld teman anak buah naik slide bagai oklah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.310899 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list