CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tubuh Suami Perisai Isteri

27-10-2014 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7993| Komen: 50

Tubuh Suami Perisai Isteri


Kuala Lumpur: Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas.

Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja.

Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka.

“Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami.

“Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.

“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.

“Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” katanya.

Menurutnya, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.

“Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yang membonceng motosikal berkenaan.

“Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL,” katanya.

Dia berkata, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak.

“Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini.

21

Bagus
23

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
30

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 24-10-2014 07:16 AM
suami camni la memang berhak d hormati di sayangi dan d cintai

Quote Vellfire 24-10-2014 07:32 AM
Kejam dah peragut sekarang ni
Quote magnus 24-10-2014 07:34 AM
Romantiknya suami..mesti isteri bertambah sayang...
Quote haryatie 24-10-2014 07:44 AM
btul2 sanggup berkorban..
bagusnya...
peragut semakin kejam..
Quote rosasa 24-10-2014 07:52 AM
FanTasyCreaTioN posted on 24-10-2014 07:16 AM
suami camni la memang berhak d hormati di sayangi dan d cintai

betul2 ,
Quote idadzira 24-10-2014 07:54 AM
suami contoh ni........
Quote Modngengade 24-10-2014 07:58 AM
idadzira posted on 24-10-2014 07:54 AM
suami contoh ni........

True love uoul..susah nak cari..one in a million
Quote hanamunir 24-10-2014 08:05 AM
peragut bingai...
nak ragut, ragut je la..
tak yah main tetak2 orang..
Quote qronaldo7 24-10-2014 08:20 AM
FanTasyCreaTioN posted on 24-10-2014 07:16 AM
suami camni la memang berhak d hormati di sayangi dan d cintai

kan uolss
Quote FanTasyCreaTioN 24-10-2014 08:25 AM
qronaldo7 posted on 24-10-2014 08:20 AM
kan uolss

ha`ah..
tak macam sesetengah lelaki
cepat majuk

gedik sungguh






Quote FanTasyCreaTioN 24-10-2014 08:26 AM
Modngengade posted on 24-10-2014 07:58 AM
True love uoul..susah nak cari..one in a million

betul tu
moga kita jumpa yang camni

Quote aechae 24-10-2014 08:27 AM
Untung laa dpt suami gni...yg aku tgk jd kt bangsa sndri suami membiawak kn diri, suami biar isteri angkut sgala brg dgn anak while dia jln melenggang....
Quote makneng 24-10-2014 08:34 AM
aduiii..seram lak aku nak panjat tangga aptment
kuang asam punya perompak!!!
Quote awanearisu 24-10-2014 08:35 AM
true hero.. salute...
semoga beliau segera sembuh..
Quote namirulmukminin 24-10-2014 08:38 AM
Kan bagus kalu dapat dijalankan hudud ke atas peragut macam tu.... tak pasal2 jari mangsa pulak dihududkan dek penyamun tu.... bodohnya ummah yang menolak hudud neh....
Quote kenarihitam 24-10-2014 09:06 AM
FanTasyCreaTioN posted on 24-10-2014 07:16 AM
suami camni la memang berhak d hormati di sayangi dan d cintai

Tu la kan...sanggup mempertahankn isteri dr trus dicederakan..mmg aku tabik springg la suami cmnih...
Quote qronaldo7 24-10-2014 09:08 AM
FanTasyCreaTioN posted on 24-10-2014 08:25 AM
ha`ah..
tak macam sesetengah lelaki
cepat majuk

potong je anu dorg tu.. ntah ape2 kn
Quote qronaldo7 24-10-2014 09:08 AM
FanTasyCreaTioN posted on 24-10-2014 08:26 AM
betul tu
moga kita jumpa yang camni

bkn da pnah borak ke ngn die
Quote cubby_qt 24-10-2014 10:26 AM
Sgt kejam.. bagilah amaran dulu...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.195351 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top