CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penutur 'Ale Uto' Golongan Kurang Kasih Sayang?

27-10-2014 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8990| Komen: 36

Penutur 'ale uto' golongan kurang kasih sayang



Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.

"Sudah jadi 'trend' sekarang. Dari segi isunya ia memang masalah individu yang mahu perhatian.

"Dia buat, dia rasa seronok, bila dia sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Dr Abdul Jalil mengulas 'trend remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah 'ale uto' (yang merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lucah) di dalam perbualan seharian mereka.

Ia menjadi 'viral' di media sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dari Pantai Timur dalam sebuahvideo pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube.

Menurut Dr Abdul Jalil, pelaku berkenaan juga dianggap cuba menjadi 'hero' atau 'heroin' masyarakat dan mengalami masalah sikap.

"Ia sama juga dengan mereka yang memuat naik gambar makanan di laman Facebook. Apa motif sebenar kelakuan itu, dari segi jati diri memang tiada, cuma dia tunggu orang lain kata dia hebat," jelasnya.

Dalam pada itu, kata Dr Abdul Jalil, masalah itu turut berpunca daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka sudah matang sebelum masa.

"Anak-anak seawal darjah lima atau enam sudah dibiarkan 'berdikari' tanpa dikawal ibu bapa. Mereka bebas bergaul termasuk tiada sekatan di media sosial, akhirnya pengaruh negatif akan meresapi mereka.

"Budaya timur sudah semakin terhakis, apabila masyarakat sendiri menganggap itu satu norma sehari-hari. Apa yang penting keseronokan diri sendiri," jelasnya.

Jelasnya, selain menjadi kegilaan orang ramai, aktiviti yang dilihat menjengkelkan itu menjadi petanda kepada masalah psikologi.

Dalam pada itu, pakar psikoterapi Azman Shah Aziz melihat situasi yang terjadi berpunca daripada keterbukaan internet masa kini.

"Mungkin dahulu cara remaja menunjukkan 'perangai' adalah dengan menunggang motosikal dengan laju, dan amalan itu sudah berubah kini.

"Sekarang ini keterbukaan dan pendedahan kepada internet di kalangan remaja terlalu luas. Bukannya mereka ini tidak diajar apa yang baik atau apa yang buruk, mereka tahu semuanya.

"Jumlahnya juga bukan majoriti tetapi segelintir itu memberi kesan yang sangat negatif kepada seluruh masyarakat," katanya.

Jelasnya lagi, remaja yang berpelakuan demikian juga berpunca  'peniruan' daripada unsur-unsur negara Barat.

Azman bagaimanapun menafikan tingkah laku itu merupakan masalah psikologi namun menganggapnya lebih kepada nilai kehidupan.

"Mungkin mereka akan dilihat mempunyai masalah emosi jika terlebih maki. Tetapi mereka ini bukan dalam kelompok yang kurang kasih sayang.

"Remaja sekarang lebih liberal, persoalannya kini bagaimana kita hendak menguruskan mereka?" jelasnya.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 24-10-2014 11:44 PM
kang meran bahan depalol
Quote sekngucing 25-10-2014 12:30 AM
ale  ale ale ale uto
Quote cmf_premierleag 25-10-2014 12:59 AM
Mengada2 mcm sakai je aku tgk bdk2 zaman skang ni sebut bende yg lucah2
Mmg kurang kasih sayang n sangap perhatian
Quote Suchi 25-10-2014 01:13 AM
siap ada teset lg tulis perkataan tu

pastu sampaikan yg tak tau makna pun main sebut je bila konon update status meroyan kt fb
mesti dia igt maknanya sama ngn poyo dan sbgnya

padahal itu mncarut
drpd perkataan asal
"kepala b****

ade gak yg kaitknnya dgn yahudi iluminati bagai
Quote mbhcsf 25-10-2014 01:19 AM
tak payah lah rasanya dok ikut trending ni semua yg tak u know..manfaat pun, tak hilang aih cool tu kalau tak ikut trending ...i guess it has something to with personality jugak lah yg nak prone ikut sangat mudah minda terpengaruh ...something to do with  internal self locus, kuat ke tidak.
Quote tekoyong 25-10-2014 01:41 AM
mbhcsf posted on 25-10-2014 01:19 AM
tak payah lah rasanya dok ikut trending ni semua yg tak u know..manfaat pun, tak hilang aih cool tu  ...

garangnye cik bunga
Quote mbhcsf 25-10-2014 02:17 AM
tekoyong posted on 25-10-2014 01:41 AM
garangnye cik bunga

hmm?  ye ke?  hihihi

Quote ice_sky92 25-10-2014 02:34 AM
Gua belakang lu meran. krik krik.
Quote Al-Patih 25-10-2014 03:39 AM
apoh nak buek...perangai meke...mencerminkan......prangai mak bapa meke....kenyataan ni tak trima....
Quote tekoyong 25-10-2014 07:51 AM
mbhcsf posted on 25-10-2014 02:17 AM
hmm?  ye ke?  hihihi

jinak-jinak merpati
garang-garang buaya
siapa yang baik hati
pastilah cik bunga o ooooo ooo oo
Quote batmana 25-10-2014 08:38 AM
dia bukan kurang kasih syg.
dia kurang vitamin dlm badan, otaknye short sket..
Quote rospinki 25-10-2014 08:40 AM
kalau anak aku memang dah bagi sedass ckp benda bodo ni..yg tua pon tk reti2 lagi pon ada.perkataan bodo tu jadi femes.
Quote magnus 25-10-2014 08:45 AM
kurang penampar tu pasal bodo...
Quote famri7 25-10-2014 08:46 AM
Hanya dlm ummah claim penegak syiar isele..percakapan xmencerninkn isele lansunh....selayaknya ummah begini keliru hal2 agama.
Quote magnus 25-10-2014 08:52 AM
famri7 posted on 25-10-2014 08:46 AM
Hanya dlm ummah claim penegak syiar isele..percakapan xmencerninkn isele lansunh....selayaknya ummah ...

Ckp pasal diri sendiri ke ni?
Quote brownstone 25-10-2014 08:53 AM
Ini semua ketentuan Alloh
Quote RaulRaz 25-10-2014 08:58 AM
deme kata itu bukan mencarut....katanya asal perkataan i love u too...tu yang  bila org tua2/nenek2/datuk2 sebut bunyi
ale utoo...sori la, aku pun tak tau betul ke tak..just sharing mende yang tak pekdah je ni...hahaha..peace!!
Quote boyagombak 25-10-2014 09:31 AM
he ale ale
he ale ale
yale yale yale yale
tut tut tu tut tut
Quote boyagombak 25-10-2014 09:34 AM
magnus posted on 25-10-2014 08:52 AM
Ckp pasal diri sendiri ke ni?

kata dulang paku serepih, ngate kt orang aq lgler berlebeh-lebeh
Ummah Syiah perasan Sunni fefeling suci murni syumul
abam hanya mampu tersenyum sinis

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.127365 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top