View: 4580|Reply: 36
|
[Tempatan]
Penutur 'ale uto' golongan kurang kasih sayang?-Dr Abdul Jalil
[Copy link]
|
|
Penutur 'ale uto' golongan kurang kasih sayang?Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Oktober 24, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 23, 2014 23:59 MYT)
Remaja yang gemar menurut frasa berunsur lucah seperti 'ale uto' kononnya berpunca daripada keterbukaan internet masa kini dan 'peniruan' unsur-unsur negara Barat. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Benarkah individu yang gemar menutur frasa yang dianggap lucah merupakan golongan yang kurang kasih sayang?
Apakah ini 'trend' golongan remaja dewasa ini?
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.
"Sudah jadi 'trend' sekarang. Dari segi isunya ia memang masalah individu yang mahu perhatian.
"Dia buat, dia rasa seronok, bila dia sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Dr Abdul Jalil mengulas 'trend remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah 'ale uto' (yang merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lucah) di dalam perbualan seharian mereka.
Ia menjadi 'viral' di media sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dari Pantai Timur dalam sebuahvideo pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube.
Menurut Dr Abdul Jalil, pelaku berkenaan juga dianggap cuba menjadi 'hero' atau 'heroin' masyarakat dan mengalami masalah sikap.
"Ia sama juga dengan mereka yang memuat naik gambar makanan di laman Facebook. Apa motif sebenar kelakuan itu, dari segi jati diri memang tiada, cuma dia tunggu orang lain kata dia hebat," jelasnya.
Dalam pada itu, kata Dr Abdul Jalil, masalah itu turut berpunca daripada ibu bapa yang menganggap anak mereka sudah matang sebelum masa.
"Anak-anak seawal darjah lima atau enam sudah dibiarkan 'berdikari' tanpa dikawal ibu bapa. Mereka bebas bergaul termasuk tiada sekatan di media sosial, akhirnya pengaruh negatif akan meresapi mereka.
"Budaya timur sudah semakin terhakis, apabila masyarakat sendiri menganggap itu satu norma sehari-hari. Apa yang penting keseronokan diri sendiri," jelasnya.
Jelasnya, selain menjadi kegilaan orang ramai, aktiviti yang dilihat menjengkelkan itu menjadi petanda kepada masalah psikologi.
Dalam pada itu, pakar psikoterapi Azman Shah Aziz melihat situasi yang terjadi berpunca daripada keterbukaan internet masa kini.
"Mungkin dahulu cara remaja menunjukkan 'perangai' adalah dengan menunggang motosikal dengan laju, dan amalan itu sudah berubah kini.
"Sekarang ini keterbukaan dan pendedahan kepada internet di kalangan remaja terlalu luas. Bukannya mereka ini tidak diajar apa yang baik atau apa yang buruk, mereka tahu semuanya.
"Jumlahnya juga bukan majoriti tetapi segelintir itu memberi kesan yang sangat negatif kepada seluruh masyarakat," katanya.
Jelasnya lagi, remaja yang berpelakuan demikian juga berpunca 'peniruan' daripada unsur-unsur negara Barat.
Azman bagaimanapun menafikan tingkah laku itu merupakan masalah psikologi namun menganggapnya lebih kepada nilai kehidupan.
"Mungkin mereka akan dilihat mempunyai masalah emosi jika terlebih maki. Tetapi mereka ini bukan dalam kelompok yang kurang kasih sayang.
"Remaja sekarang lebih liberal, persoalannya kini bagaimana kita hendak menguruskan mereka?" jelasnya.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/penutur-ale-uto-golongan-kurang-kasih-sayang-46747?cp
Last edited by GhostWalking on 24-10-2014 03:42 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
kang meran bahan depalol |
|
|
|
|
|
|
|
Mengada2 mcm sakai je aku tgk bdk2 zaman skang ni sebut bende yg lucah2
Mmg kurang kasih sayang n sangap perhatian |
|
|
|
|
|
|
|
siap ada teset lg tulis perkataan tu
pastu sampaikan yg tak tau makna pun main sebut je bila konon update status meroyan kt fb
mesti dia igt maknanya sama ngn poyo dan sbgnya
padahal itu mncarut
drpd perkataan asal
"kepala b****
ade gak yg kaitknnya dgn yahudi iluminati bagai |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah lah rasanya dok ikut trending ni semua yg tak u know..manfaat pun, tak hilang aih cool tu kalau tak ikut trending ...i guess it has something to with personality jugak lah yg nak prone ikut sangat mudah minda terpengaruh ...something to do with internal self locus, kuat ke tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 25-10-2014 01:19 AM
tak payah lah rasanya dok ikut trending ni semua yg tak u know..manfaat pun, tak hilang aih cool tu ...
garangnye cik bunga
|
|
|
|
|
|
|
|
tekoyong posted on 25-10-2014 01:41 AM
garangnye cik bunga
hmm? ye ke? hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Gua belakang lu meran. krik krik. |
|
|
|
|
|
|
|
apoh nak buek...perangai meke...mencerminkan......prangai mak bapa meke....kenyataan ni tak trima....
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 25-10-2014 02:17 AM
hmm? ye ke? hihihi
jinak-jinak merpati
garang-garang buaya
siapa yang baik hati
pastilah cik bunga o ooooo ooo oo
|
|
|
|
|
|
|
|
dia bukan kurang kasih syg.
dia kurang vitamin dlm badan, otaknye short sket.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak aku memang dah bagi sedass ckp benda bodo ni..yg tua pon tk reti2 lagi pon ada.perkataan bodo tu jadi femes. |
|
|
|
|
|
|
|
kurang penampar tu pasal bodo... |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya dlm ummah claim penegak syiar isele..percakapan xmencerninkn isele lansunh....selayaknya ummah begini keliru hal2 agama. |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 posted on 25-10-2014 08:46 AM
Hanya dlm ummah claim penegak syiar isele..percakapan xmencerninkn isele lansunh....selayaknya ummah ...
Ckp pasal diri sendiri ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua ketentuan Alloh |
|
|
|
|
|
|
|
deme kata itu bukan mencarut....katanya asal perkataan i love u too...tu yang bila org tua2/nenek2/datuk2 sebut bunyi
ale utoo...sori la, aku pun tak tau betul ke tak..just sharing mende yang tak pekdah je ni...hahaha..peace!! |
|
|
|
|
|
|
|
he ale ale
he ale ale
yale yale yale yale
tut tut tu tut tut |
|
|
|
|
|
|
|
magnus posted on 25-10-2014 08:52 AM
Ckp pasal diri sendiri ke ni?
kata dulang paku serepih, ngate kt orang aq lgler berlebeh-lebeh
Ummah Syiah perasan Sunni fefeling suci murni syumul
abam hanya mampu tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|