Penambakan Laut Di Selat Johor Korbankan Mangsa Akibat kegilaan projek penambakan laut di Danga Bay, ratusan ribu ikan "Bandang Susu" yang diternak dalam sangkar di Sungai Temon, Teluk Danga mati dipercayai akibat kekurangan oksigen selepas kawasan penternakan itu ditimbus dengan pasir projek penambakan laut itu. "Saya anggarkan di antara 60 hingga 70 tan ikan Bandang Susu yang diternak mati dalam kejadian baru-baru ini. Macam mana ikan saya tak mati, sangkar-sangkar ikan semuanya sudah ditimbus oleh pasir. Tidak akan ikan yang boleh hidup kalau macam ini," kata pengusaha terbabit, Tang Yang Peng, 47. Menurut beliau, kejadian tersebutmerupakan kali kedua selepas insiden pertama bulan lepas yang menyebabkan ribuan ikannya yang dianggarkan seberat 20 tan juga mati dipercayai di atas sebab yang sama. Ikan Bandang Susu peliharaannya itu adalah untuk pasaran seluruh negara dan bimbang kejadian terbaru itu bakal menyebabkan kekurangan ikan jenis itu di negara ini sekaligus meningkatkan harganya. Sekilogram ikan Bandang Susu itu berharga RM8.00 di pasaran. Tang yang merupakan anak tempatan Sungai Temon dan bekas nelayan pesisir pantai berkata, penambakan laut di Danga Bay disifatkan sebagai tidak "berhati perut" kerana melaksanakan kerja-kerja mereka secara semberono tanpa memikirkan tentang kesan yang ditinggalkan mereka terhadap masyarakat tempatan. "Mereka (penambakan laut) tidak kira apa dihadapan mereka. Jika ada sangkar ternakan ikan di depan mereka sekalipun, mereka akan timbusnya dengan pasir. Saya rakyat Malaysia, bayar cukai, bayar lesen perikanan dan macam-macam lagi tetapi kenapa diperlakukan sebegini." "Adakah status mereka (pemaju projek penambakan laut) sebagai rakyat Malaysia lebih tinggi dan mulia daripada saya seorang penternak ikan," katanya. Kawasan perairan Selat Johor berhampiran dengan Danga Bay sedang ditambak secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang tinggi daripada pemaju-pemaju hartanah dalam dan luar negara yang sedang galak membangunkan pelbagai projek hartanah mewah. Salah sebuah pemaju terbesar China, Country Garden juga sedang membangunkan projek hartanah di Danga Bay termasuk pembinaan kira-kira 9,000 unit pangsapuri mewah serta hartanah komersil yang lain. Sementara itu Ketua Kampung Sungai Melayu Pandak Ahmad pula berkata, pemaju projek penambakan laut di Danga Bay itu tidak pernah cuba berdialog dengan golongan nelayan tempatan, walaupun menyedari kegiatan mereka telah menjejaskan sumber pencarian nelayan. Beliau mencadangkan pihak pemaju projek penambakan itu menganjurkan dialog awam dengan nelayan Sungai Melayu, sebagaimana yang dilakukan oleh pemaju projek penambakan Forest City di Kampung Pok, Gelang Patah baru-baru ini.
|
ejans posted on 26-10-2014 07:31 PM
Aku tgk lama2 singapore dgn jb akan bercantum . Singapore dok tambak. Jhr dok tambah.. lama2 dh xde ...
ejans posted on 26-10-2014 07:31 PM
Aku tgk lama2 singapore dgn jb akan bercantum . Singapore dok tambak. Jhr dok tambah.. lama2 dh xde ...
ejans posted on 26-10-2014 07:31 PM
Aku tgk lama2 singapore dgn jb akan bercantum . Singapore dok tambak. Jhr dok tambah.. lama2 dh xde ...
Decaffeinated posted on 26-10-2014 08:44 PM
Singapore tambak kita faham.
Johor?
chippotato posted on 26-10-2014 10:24 PM
johor tambak nak bagi org siangapore rumah ler...bina rumah mahal2 kt tepi danga bay tu...yg hanya ...
chippotato posted on 26-10-2014 10:24 PM
johor tambak nak bagi org siangapore rumah ler...bina rumah mahal2 kt tepi danga bay tu...yg hanya ...
ADVERTISEMENT