View: 2570|Reply: 15
|
[Tempatan]
Penambakan laut di Selat Johor korbankan mangsa
[Copy link]
|
|
Kerakusan projek penambakan laut di Selat Johor terus mengancam kehidupan nelayan tempatan dengan pengusaha ikan dalam sangkar pula menjadi mangsa terbarunya kali ini.
Akibat kegilaan projek penambakan laut di Danga Bay, ratusan ribu ikan "Bandang Susu" yang diternak dalam sangkar di Sungai Temon, Teluk Danga mati dipercayai akibat kekurangan oksigen selepas kawasan penternakan itu ditimbus dengan pasir projek penambakan laut itu.
"Saya anggarkan di antara 60 hingga 70 tan ikan Bandang Susu yang diternak mati dalam kejadian baru-baru ini. Macam mana ikan saya tak mati, sangkar-sangkar ikan semuanya sudah ditimbus oleh pasir. Tidak akan ikan yang boleh hidup kalau macam ini," kata pengusaha terbabit, Tang Yang Peng, 47.
Menurut beliau, kejadian tersebutmerupakan kali kedua selepas insiden pertama bulan lepas yang menyebabkan ribuan ikannya yang dianggarkan seberat 20 tan juga mati dipercayai di atas sebab yang sama.
Ikan Bandang Susu peliharaannya itu adalah untuk pasaran seluruh negara dan bimbang kejadian terbaru itu bakal menyebabkan kekurangan ikan jenis itu di negara ini sekaligus meningkatkan harganya.
Sekilogram ikan Bandang Susu itu berharga RM8.00 di pasaran.
Tang yang merupakan anak tempatan Sungai Temon dan bekas nelayan pesisir pantai berkata, penambakan laut di Danga Bay disifatkan sebagai tidak "berhati perut" kerana melaksanakan kerja-kerja mereka secara semberono tanpa memikirkan tentang kesan yang ditinggalkan mereka terhadap masyarakat tempatan.
"Mereka (penambakan laut) tidak kira apa dihadapan mereka. Jika ada sangkar ternakan ikan di depan mereka sekalipun, mereka akan timbusnya dengan pasir. Saya rakyat Malaysia, bayar cukai, bayar lesen perikanan dan macam-macam lagi tetapi kenapa diperlakukan sebegini."
"Adakah status mereka (pemaju projek penambakan laut) sebagai rakyat Malaysia lebih tinggi dan mulia daripada saya seorang penternak ikan," katanya.
Kawasan perairan Selat Johor berhampiran dengan Danga Bay sedang ditambak secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang tinggi daripada pemaju-pemaju hartanah dalam dan luar negara yang sedang galak membangunkan pelbagai projek hartanah mewah.
Salah sebuah pemaju terbesar China, Country Garden juga sedang membangunkan projek hartanah di Danga Bay termasuk pembinaan kira-kira 9,000 unit pangsapuri mewah serta hartanah komersil yang lain.
Sementara itu Ketua Kampung Sungai Melayu Pandak Ahmad pula berkata, pemaju projek penambakan laut di Danga Bay itu tidak pernah cuba berdialog dengan golongan nelayan tempatan, walaupun menyedari kegiatan mereka telah menjejaskan sumber pencarian nelayan.
Beliau mencadangkan pihak pemaju projek penambakan itu menganjurkan dialog awam dengan nelayan Sungai Melayu, sebagaimana yang dilakukan oleh pemaju projek penambakan Forest City di Kampung Pok, Gelang Patah baru-baru ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgk lama2 singapore dgn jb akan bercantum . Singapore dok tambak. Jhr dok tambah.. lama2 dh xde laut aku rasa |
|
|
|
|
|
|
|
ejans posted on 26-10-2014 07:31 PM
Aku tgk lama2 singapore dgn jb akan bercantum . Singapore dok tambak. Jhr dok tambah.. lama2 dh xde ...
Lepas ni tambak smpai ke indon plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
k_rul posted on 26-10-2014 08:05 PM
Lepas ni tambak smpai ke indon plak..
hahahahah
bersatu kembali
|
|
|
|
|
|
|
|
ejans posted on 26-10-2014 07:31 PM
Aku tgk lama2 singapore dgn jb akan bercantum . Singapore dok tambak. Jhr dok tambah.. lama2 dh xde ...
mustahil.
|
|
|
|
|
|
|
|
tambak laut ni dah lama postpone... zaman almarhum sultan dulu
baru setahun dua kebelakangan ni jek rancak semula...
banyak sangat projek yang membabitkan pesisir pantai... peliklah kalau MB and the team tak nampak pentingnya menjaga alam sekitar, semua orang nampak duit jek... |
|
|
|
|
|
|
|
Xda ummah nak Demo ke? Sadis tgk org Melayu jb x mampu nak beli rumah mahal2 eksklusif bagai. Dorg lebih pentingkan JDT ale ale. Dapat join BOS kat larkin pun dah bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
ejans posted on 26-10-2014 07:31 PM
Aku tgk lama2 singapore dgn jb akan bercantum . Singapore dok tambak. Jhr dok tambah.. lama2 dh xde ...
Singapore tambak kita faham.
Johor?
|
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 26-10-2014 08:29 PM
hahahahah
bersatu kembali
bersatu kembali dengan Singapore, as in rujuk kembali? macam tak je....
kalau setakat bersenggama lepas gian atau demi money maybelah kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 26-10-2014 08:44 PM
Singapore tambak kita faham.
Johor?
Jdt. Luaskan kuacamu |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated posted on 26-10-2014 08:44 PM
Singapore tambak kita faham.
Johor?
johor tambak nak bagi org siangapore rumah ler...bina rumah mahal2 kt tepi danga bay tu...yg hanya duit singapore dolar convert ke rm je mampoo beli
rumah lowcost kt pasir gudang bagi rakyat marhaen ale2 BOS... hari2 sedut gas toxic....pon takpa....bersyukorrr..yg penting dapat kepuasAN tgk bola kt stadium
|
|
|
|
|
|
|
|
chippotato posted on 26-10-2014 10:24 PM
johor tambak nak bagi org siangapore rumah ler...bina rumah mahal2 kt tepi danga bay tu...yg hanya ...
why tambak? tanah kan banyak...
|
|
|
|
|
|
|
|
how ironic....tambak lepas tu songaporean beli.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pandak Ahmad ...apoh pemaju nak kesah ...depa adoh besaq punya cable....taw |
|
|
|
|
|
|
|
seberang tambakan pasir itu ada kranji reservoir wetland sg buloh dan beberapa tadahan air singapore punya. lama2 terkesan kpd singapore juga |
|
|
|
|
|
|
|
chippotato posted on 26-10-2014 10:24 PM
johor tambak nak bagi org siangapore rumah ler...bina rumah mahal2 kt tepi danga bay tu...yg hanya ...
rumah low cost pun tak semestinya org kurang mampu yg dapat.
ni ada kes kat Johor Bahru, suami income RM20K sebulan, bini dapat rumah low cost sebab guna cable umno.
makcik aku yg dah tua dan tak ada income dgn anak sorang cuma kerja pembantu kat supermarket tak dapat rumah low cost. |
|
|
|
|
|
|
| |
|