GLAM NOSTALGIA: SARIMAH IBRAHIM Wanita berdarah kacukan Cina, Indonesia, Irish, Itali dan Melayu ini sememangnya mempunyai personaliti yang sangat menarik. Kepetahan Sarimah Ibrahim ketika mengacarakan rancangan televisyen dan radio, tidak pernah gagal untuk menghiburkan ramai yang menonton dan mendengar. Salah satu signature Sarimah adalah apabila dia berbicara dengan begitu laju tanpa noktah, di mana tidak semua pengacara mampu melakukannya. Mungkin ramai sudah lupa, Sarimah memulakan kerjayanya di dalam bidang seni apabila ditawarkan berlakon di dalam drama arahan Mior Hashim Manap yang berjudul Seiras Hati pada tahun 1996. Dia mula dikenali setelah muncul di dalam filem arahan Aziz M Osman yang berjudul Puteri Impian bersama Amy Mastura dan Hairi Othman. Seterusnya, Sarimah lebih aktif di dalam bidang pengacaraan dan mula menjinakkan diri di dalam bidang nyanyian. Baru tahu yang ibunya adalah Irish
|
manjalara_01 posted on 18-10-2014 12:47 PM
setahu manja la...
kak mah dulu zaman muda2 pernah keje di TGI FRidays, same mcm Ashraf Sinclai ...
ADVERTISEMENT