Khairy Jamaluddin Kesal Jadi Mangsa Fitnah SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal menjadi sasaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang dikatakan cuba menjejaskan nama baiknya dengan menyebar artikel berunsur fitnah terhadap dirinya.
Menerusi laman Facebooknya, beliau bertegas akan membuat laporan polis terhadap artikel palsu tersebut. “Saya amat kesal dengan mereka yang menyerang saya tentang artikel ini tanpa usul periksa atau sebarang usaha untuk mengesahkan perkara tersebut. “Saya menafikan sekeras-kerasnya artikel ini. Saya tidak pernah buat kenyataan tersebut terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad,” tegasnya. Baru-baru ini, sebuah artikel disiarkan mendakwa Khairy kononnya kecewa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan terdesak seperti menginginkan sesuatu untuk ahli keluarganya. Menerusi artikel tersebut juga, Khairy turut didakwa membidas Perdana Menteri keempat itu yang seolah-olah menegur BN dengan menggunakan saluran salah. Artikel bertajuk ‘Dr Mahathir seperti orang terdesak’ yang disiar pada September itu tidak mempunyai nama penulis, tidak dimiliki oleh mana-mana portal dan tidak mempunyai pautan rujukan. Menurut Khairy, artikel meniru penulisan laporan seperti tulisan berita portal. “Dalam politik ada kawan, ada musuh. Kita tidak boleh harap semua suka atau menyokong kita. Tetapi dalam kita memusuhi orang, agak-agak lah sikit cara kita berpolitik. “Takkan sampai sanggup buat fitnah macam ini. Kalau nak lawan, lawan dengan hujah. Lawan dengan tindakan demi rakyat. Tak payah nak main politik sampah macam ini,” katanya.
|
berusjamban posted on 17-10-2014 08:06 AM
page saya sayang tun dr mahathir selalu bash KJ ni... meluat lak aku tgk page tu kenkadang sbb admin ...
kecimpret posted on 17-10-2014 11:21 PM
page tu mmg fanatik Tun M..kira kalo Tun M kata lipas tu bagus utk dimakan pun dorang caya
ADVERTISEMENT