CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khairy Jamaluddin – Menteri Publisiti Murahan?

18-3-2014 04:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14272| Komen: 121



Seperti yang kita semua sedia maklum, kejatuhan Tun Abdullah Badawi dikaitkan rapat dengan menantunya, Khairy Jamaluddin.
Pada ketika pemerintahan Tun Abdullah, boleh dikatakan rakyat Malaysia bersatu menentang anak muda ini yang telah terbukti terlibat dalam beberapa urusan ‘perniagaan’ yang meragukan.

Beberapa tindakannya telah didapati merugikan Malaysia dan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat negara jiran di selatan.

Beliau juga telah dibuktikan terlibat dalam politik wang suatu ketika dahulu, namun nasib menyebelahinya apabila terus diberi peluang mengorak langkah oleh kepimpinan baru sehingga ke tahap Menteri.

Apa yang dikhuatiri ialah, Khairy Jamaluddin kini dilihat mengulangi sikap yang sama ketika di zaman Tun Abdullah Badawi.

Beliau terlibat hampir dalam semua perkara dan amat gemar membuat kenyataan media walaupun dalam hal yang tidak berkaitan dengan kementeriannya.

Selain itu, cakap-cakap di peringkat akar umbi pula kedengaran meragui tindakannya yang lebih berupa sabotaj terhadap parti ketika menghadapi beberapa pilihanraya kecil akhir-akhir ini.

Hakikat bahawa beliau melantik seorang ahli DAP, iaitu Regina Lee sebagai Setiausaha Akhbarnya menguatkan persepsi bahawa beliau merupakan gunting dalam lipatan.

Modus operandi Khairy cukup licik.

Seperti Anwar Ibrahim, beliau membiarkan dirinya dikritik dengan hal-hal remeh sebelum membalas kritikan dengan lantang.
Kelantangannya itu kemudiannya disebar secara sistematik oleh media massa dan media-media sosial bagi meningkatkan populariti dirinya.

Siapa tidak ingat bagaimana Khairy membina ‘makmal’ untuk mengkaji kos sara hidup walaupun ia bukan termasuk dalam portfolionya.
Malah, Khairy akan membuat kenyataan dalam apa-apa jua isu berbangkit sehinggakan Menteri-menteri lain dilihat sebagai tidak berkesan.
Oleh itu,  ramai yang tertanya-tanya, apakah portfolio Khairy Jamaluddin di dalam kerajaan sebenarnya?

Apakah beliau telah kembali memegang jawatan tidak rasminya sebagai ‘pemimpin negara’ yang disandangnya ketika di zaman Tun Abdullah dahulu?

Baru-baru ini Khairy menegur Menteri Agama dalam isu bomoh bodoh di KLIA.

Sepantas kilat laman sosial rakyat dibanjiri kisah Khairy VS bomoh yang langsung tidak bermakna apa-apa dalam hidup kita selain sebagai hiburan tahap murahan yang memualkan.

Seperti kata rakan-rakan penulis, di kala semua menteri sibuk dengan MH370, Khairy sibuk menangguk publisiti.

Walaupun majoriti rakyat turut menghentam bomoh tersebut, namun teguran Khairy dilihat tidak bertempat dan sengaja diada-adakan.

Akibatnya, rakyat terutama akar umbi UMNO semakin musykil dengan kedudukan Khairy di dalam pentadbiran negara.

Dan ini tentulah tidak baik bagi kepimpinan.

Dalam Khairy mengejar publisiti beliau tiba-tiba bisu apabila 6 orang belia meninggal dunia akibat dadah di sebuah konsert yang berlangsung selama tiga hari di Bukit Jalil.

Tidak sepatah pun nasihat atau teguran yang keluar dari mulutnya berikutan kejadian tersebut.

Khairy nampaknya telah benar-benar celaru dengan portfolio sendiri sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Kita tidak menyalahkan Khairy dalam kejadian di Bukit Jalil dan kita juga tidak menjangkakan Khairy mampu berbuat apa-apa bagi menghalangnya.
Tetapi, kita tertunggu-tunggu Khairy membuat kenyataan menyeru anak muda agar tidak mudah hanyut ke dalam kegelapan.
Kita menunggu Khairy memberitahu anak muda bahawa muzik tidak semestinya dikaitkan dengan maksiat.

Dadah, arak dan seks bebas bukan berpunca dari muzik tetapi dari jiwa dan minda yang kosong.

Inilah masanya Khairy bangkit sebagai pemimpin anak muda, membawa mereka ke arah pembentukan jati diri yang jitu, beras
askan budaya Malaysia yang sederhana serta berdiri atas ilmu pengetahuan dengan yakin.

Kita menunggu Khairy berpesan kepada anak muda agar tidak perlu menjadi Mat Saleh dan tidak perlu menjadi Arab.

Kita menunggu Khairy menyeru anak muda kita menjadi Melayu atau rakyat Malaysia yang mempunyai hala tuju hidup yang jelas serta tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup yang merosakkan diri.

Sebagai Menteri yang prihatin dan bertanggungjawab dan kononnya bijak, sekurang-kurangnya kata-kata sebeginilah yang kita ingin dengar dari mulut Khairy pada ketika ini.

Berpesanlah kepada anak muda kita agar berhibur biar berpada-pada, beramal juga jangan sampai menjadi takbur.

Malangnya, Khairy adalah Khairy.

Beliau tidak mampu bertindak dengan tepat atas isu yang relevan.

Justeru, sehingga ke hari ini, beliau masih tidak mampu menonjolkan apa-apa hasil dari ‘khidmatnya’ di dalam kerajaan mahupun UMNO.
Malah, kewujudan beliau di dalam UMNO sejak dari awal hanya menyebabkan semakin ramai meragui UMNO kalau pun tidak terus meninggalkan UMNO.

Kesimpulannya, Khairy telah gagal menangani masalah yang menyelubungi belia di Malaysia kerana beliau terlalu sibuk dengan publisiti diri.

Atau mungkinkah kita yang terlepas pandang dan terlalu meletakkan harapan tinggi terhadap Khairy?

Mungkinkah Khairy bukannya tidak prihatin dengan belia negara ini, tetapi pegangan ‘liberal centristnya’ telah menyebabkan beliau melihat dadah dan maksiat sebagai bukan satu masalah besar yang perlu ditangani?

8

Bagus
3

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 18-3-2014 09:22 AM
@tapibukanaku

err err apa neh
Quote berancuk 18-3-2014 09:23 AM
adakah TT ini salah satu daripada 100 juta pengikut mahaguru bomoh vip?

KJ hensem tawww
Quote berancuk 18-3-2014 09:24 AM
azie.dz posted on 18-3-2014 09:22 AM
@tapibukanaku

err err apa neh

biarlah, ingatan orang berbeza-beza





Quote TanSriJess 18-3-2014 09:25 AM
malaysia perlu seorang menteri spt khairy

yg lain semua reti hangguk kepala saja
Quote highcastle 18-3-2014 09:25 AM
Kan aku dah cakap KJ, jangan buat hal ngan bomoh kokedai......

Quote cektim 18-3-2014 09:25 AM
berancuk posted on 18-3-2014 09:23 AM
adakah TT ini salah satu daripada 100 juta pengikut mahaguru bomoh vip?

KJ hensem tawww

haha..xdak la. i xpro sapa2 hokeh..
jumpa article yg sgt menarik
niat hamba utk share na

Quote clarizsa 18-3-2014 09:27 AM
no komen.......
Quote huJanBaTu 18-3-2014 09:28 AM
calling @slippergombak
Quote berancuk 18-3-2014 09:29 AM
cektim posted on 18-3-2014 09:25 AM
haha..xdak la. i xpro sapa2 hokeh..
jumpa article yg sgt menarik
niat hamba utk share na

oh, sudah ada link sumber, tadi akak baca teda sumber, akak ingatkan anak murid bomoh karangan meroyan dengan kj, maaflah
Quote tapibukanaku 18-3-2014 09:32 AM
azie.dz posted on 18-3-2014 09:22 AM
@tapibukanaku

err err apa neh

err err err...................................................
Quote azie.dz 18-3-2014 09:33 AM
berancuk posted on 18-3-2014 09:24 AM
biarlah, ingatan orang berbeza-beza

jap jap..tak paham lak
Quote Luca_Pitok 18-3-2014 09:34 AM
Memang betul pun..ini species manusia pandai putar alam punya..
Quote berancuk 18-3-2014 09:34 AM
azie.dz posted on 18-3-2014 09:33 AM
jap jap..tak paham lak

tak ramai yang ingat dengan kejahatan KJ semasa 2004-2008.

janji hensem
Quote atira 18-3-2014 09:36 AM
tak boleh ingat zaman pak lah jadi PM..
mmg gila babi mat ni punye over... ala2 setaraf ngan kak mah skarang
Quote artcrime 18-3-2014 09:36 AM
wow.. ada yg kat dalam da panas punggung ka?
Quote xAthenax 18-3-2014 09:37 AM
berancuk posted on 18-3-2014 09:34 AM
tak ramai yang ingat dengan kejahatan KJ semasa 2004-2008.

janji hensem

soklan ni patut dituju pada pemuda2 UMNO nismillan
yang nak tau jugak, cer korek forum mykemut taim tu



Quote atira 18-3-2014 09:38 AM
sampai katanye... segala apa punye tender dalam malaysia ni dia akan kaco.... punye gigih nak lahap wang atas angin
sapa yg pernah kene tu tahu la...
Quote azie.dz 18-3-2014 09:39 AM
tapibukanaku posted on 18-3-2014 09:32 AM
err err err...................................................

nak kopi abam..
Quote xAthenax 18-3-2014 09:40 AM
atira posted on 18-3-2014 09:36 AM
tak boleh ingat zaman pak lah jadi PM..
mmg gila babi mat ni punye over... ala2 setaraf ngan kak ma ...

kaka rasa over lagi dari kak mah lah tira

betul macam belanda dapat tanah

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.068031 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top