13 Peratus Kanak-Kanak Ada Masalah Mental
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, pada tahun 1996, 13 peratus dari jumlah mereka yang mempunyai masalah mental adalah kanak-kanak dalam lengkongan usia itu dan bilangan itu meningkat ke 19.3 peratus pada 2006 dan 20 peratus pada tahun 2011. "Boleh dikatakan satu daripada setiap lima kanak-kanak mempunyai masalah mental dan perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tempoh tersebut adalah fasa mereka mendapat pengetahuan, nilai kehidupan dan personaliti," katanya. Dr. Subramaniam bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan 'Asean Mental Health Campaign 2014' di sini hari ini. Ujarnya, kementeriannya menyarankan supaya kesihatan mental diserap dalam satu daripada spesifikasi kesihatan keseluruhan. Mengulas lanjut beliau berkata, mengikut kajian kementeriannya sejak tahun 2011 terdapat kira-kira 340,000 atau 1.8 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami kesihatan mental yang tidak mendapatkan rawatan. Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan amat sedikit dan perkara tersebut amat membimbangkan.
|
mommymonster82 posted on 12-10-2014 10:14 PM
Memang betul..
Sebab me boleh tengok dari 100 orang yang masuk sekolah setiap tahun mesti adalah ya ...
ADVERTISEMENT