CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khairy Dikatakan Berpotensi Jadi TPM

13-10-2014 11:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10201| Komen: 101

Khairy berpotensi jadi TPM jika Najib undur sebelum PRU14



Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berpeluang menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Datuk Seri Najib Razak berundur sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, situasi ini akan berlaku sekiranya Najib menyerahkan kepimpinan negara kepada sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini merupakan menteri pertahanan.

"Kalau dengan takdir Mohd Najib terpaksa berundur sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang, pasangan (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi adalah alternatif yang logik," tulis Kadir dalam artikel bertajuk "Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Khairy Jamaluddin" dalam blognya "The Scribe A Kadir Jasin", hari ini.


"Tetapi kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom timbalan perdana menteri maka jawatan PM mungkin jatuh ke tangan Hishammudin Hussein dan dalam situasi itu, Khairy berpotensi naik menjadi TPM."

Menurut Kadir (gambar, kanan), ketika ini tidak ada pelapis kepimpinan Umno yang menonjol seperti menantu bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu.

"Dalam dunia yang dipacu oleh media sosial, ramai orang tahu bahawa Khairy menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan pada saat ramai pembesar Umno, termasuk menteri sendiri curi-curi hantar anak-anak mereka ke sekolah elit swasta. Beliau sendiri masuk menjadi anggota Tentera Wataniah.

"Dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang tidak masuk akal pun boleh berlaku. Jadi, suka atau tidak kita terpaksa meletakkan Khairy di tempat yang penting dalam senario politik dan kepemimpinan negara untuk dekad ini," katanya.

Kadir berkata, selepas Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), Najib menjadi penyelamat kepada Khairy.

"Hari ini, kedudukan beliau dalam politik Umno boleh disifatkan sebagai unshakable - sukar digoyang. Sebagai Ketua Pemuda serta menteri belia dan sukan, beliau mempunyai kedudukan yang cukup kuat dalam hierarki Umno.

"Untuk itu, beliau wajar berterima kasih kepada Mohd Najib kerana melantik beliau menyandang jawatan menteri belia dan sukan. Saya adalah antara orang yang mahu Khairy diberikan jawatan menteri apabila beliau menang Ketua Pemuda," katanya.

Menurut Kadir, gabungan jawatan Ketua Pemuda dengan kementerian belia memberikan terlalu banyak kuasa dan kelebihan kepada Khairy berbanding barisan kepemimpinan Umno dan kerajaan yang seangkatan dengannya.

"Sama ada Mohd Najib menyedarinya atau tidak, Khairy kini muncul sebagai orang paling hadapan dalam pewarisan Umno. Selepas presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden adalah Khairy.
"Sebab itu pada masa lampau, presiden Umno dan perdana menteri amat berhati-hati memberi jawatan dan peranan kepada Ketua Pemuda.

Tidak semua Ketua Pemuda diberikan jawatan, apatah lagi jawatan menteri belia," katanya.

Menurut Kadir, terdapat perdana menteri yang tidak memberikan jawatan menteri belia kepada ketua pemuda jika tidak diyakini kesetiaannya.
"Jadi kita tidak perlu hairan atau marah kepada Khairy kalau beliau nampak begitu yakin dan berani.

"Pertamanya, perwakilan Pemuda telah memberi undi mutlak kepada beliau dua kali berturut-turut. Keduanya, presiden Umno merangkap perdana menteri melantik beliau menjadi menteri belia," kata wartawan veteran itu.
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hzln 13-10-2014 09:50 AM
iiisskkkk jantung mahathir tu tak kuat mana
rebah kang org tua tu baca artikel nih
Quote DeMax 13-10-2014 09:54 AM
Setuju, tapi bab jawatan PM tu aku tak setuju Hishamudin, aku nak Akak Pink jadi PM
Quote Omong 13-10-2014 09:59 AM
tiba masanya non-elitist jadik PM
Quote AyamHutanJantan 13-10-2014 10:07 AM
KJ layak la sbb idea dia pun boleh tahan..
Quote atira 13-10-2014 10:08 AM
aku pon setuju ahkak jadi pm
Quote chickenwing 13-10-2014 10:09 AM
KJ sangat popular di kalangan org muda yg menjadi majoriti rakyat Malaysia. Tapi semangat kesetiaan beliau terhadap parti masih dalam keadaan was-was.

Tak terkejut satu ari nanti KJ melompat parti...tapi kalo melompat parti utk kebakan rakyat apa salahnya...ye dokk???
Quote Anak_Nogori 13-10-2014 10:11 AM
Kalau Tanya saya...kj memang berpotensi...tapi dia kena naik plan2 lah..jgn but mcm ketum...gelojoh.
Quote ResellerMaxis 13-10-2014 10:17 AM
Handle kbs pun kelaut..pastu madang bergaduh n xbertegur dengan pengurusan sukan..dengan fam bergaduh..dengan sepak takraw gaduh..sasaran pingat emas semua kelaut..

Beberapa kali kata sedia berundur ekoran kegagalan pada temasya bla bla..tapi xberundur gak..

Sibuk dengan urusan kementerian lain walaupun kementerian dia paling kelaut..

Kalau jadi pm..xtahu lah apa jadi..hahaha

Btw..teringat malam kj dilantik sebagai menteri belia dan sukan..dekat tweeter dia..rakyat berharap landskap bola sepak negara akan berubah..maklumlah kj kan pernah jadi naib presiden fam..peminat bola mu bagai..

Akhirnya..makin jahanam bola malaysia..
Quote Vellfire 13-10-2014 10:20 AM
Anak_Nogori posted on 13-10-2014 10:11 AM
Kalau Tanya saya...kj memang berpotensi...tapi dia kena naik plan2 lah..jgn but mcm ketum...gelojoh.

boleh....tapi tunggu 10 tahun lagilah

Quote pisang69 13-10-2014 10:26 AM
x kisahla..asalkan bukan Ahmad Maslan
Quote Anak_Nogori 13-10-2014 10:40 AM
Vellfire posted on 13-10-2014 10:20 AM
boleh....tapi tunggu 10 tahun lagilah

10 tahun?....sekurang2nya 15 tahun lagi...kasi lagi matang dgn sepak terajang dibyk kementerian....terutama dikementerian pelajaran, kewangan....baru mantop.
Quote Vellfire 13-10-2014 10:42 AM
Anak_Nogori posted on 13-10-2014 10:40 AM
10 tahun?....sekurang2nya 15 tahun lagi...kasi lagi matang dgn sepak terajang dibyk kementerian... ...

yer setuju sangat2
Quote crankshaft 13-10-2014 10:45 AM
We can always DREAM.....

Kah3X
Quote Jagendas 13-10-2014 10:45 AM
madey sedey bila tau ni
terus hentam and keluar parti ..
Quote kukulangau 13-10-2014 10:47 AM
AyamHutanJantan posted on 13-10-2014 10:07 AM
KJ layak la sbb idea dia pun boleh tahan..

idea tu memang penting
tapi PERLAKSANAAN tu yang paling mustahak


Quote batmana 13-10-2014 11:00 AM
ResellerMaxis posted on 13-10-2014 10:17 AM
Handle kbs pun kelaut..pastu madang bergaduh n xbertegur dengan pengurusan sukan..dengan fam bergadu ...



takat bagi komen dlm twitter, fb , terus dicop sibuk dgn kementerian lain?..

alahai.. ni komen pakcik2, makcik2 baru kuar gua agaknye..
tk pnah nmpk org komplen pape dlm internet..

bukannye KJ pi tulis surat rasmi , pi sblh pejabat kementerian ke apa... tercongok kt situ.


ini komen skit terus sentap puak2 hati tisu ni..

bosan btul..
Last edited by batmana on 13-10-2014 11:02 AM

Quote blackred99 13-10-2014 11:02 AM
okay gak tu, cuma skang ni jaga portfolio dia dulu, selalunya dia suka sebok hal kementerian orang lain kan.

apa2 pun gua kagum dia lari 10k bawah sejam.
Quote jazaa 13-10-2014 11:09 AM
hzln posted on 13-10-2014 09:50 AM
iiisskkkk jantung mahathir tu tak kuat mana
rebah kang org tua tu baca artikel nih

Tergelak aku.....


Quote mommymonster82 13-10-2014 11:19 AM
Setuju..bijak pon bijak... Bolehlah dr yg lain...

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.077117 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top