Waris AR Tompel kemukakan tiga tuntutan berhubung telefilem 'Saloma' KUALA LUMPUR: Waris-waris Allahyarham AR Tompel yang terdiri daripada isteri, anak-anak serta cucu mengemukakan tiga tuntutan berhubung penyiaran telefilem biopic Saloma. Peguam, Khairul Azam Abd Aziz yang mewakili ahli keluarga berkata, tiga tuntutan tersebut adalah penayangan telefilem berkenaan dihentikan serta-merta. Tuntuan kedua ialah membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada keluarga AR Tompel serta mahukan rundingan diadakan di antara keluarga AR Tompel dan pihak yang terlibat dengan telefilem Saloma. “Tuntutan ini dibuat kerana ia melibatkan emosi dan maruah keluarga yang berasa tersinggung dengan watak AR Tompel yang ditampilkan dalam telefilem tersebut yang telah menjejaskan imej arwah serta tidak dirujuk dari sumber yang tepat” jelas Khairul di sidang media yang diadakan pada Khamis di bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama waris-waris AR Tompel. Kata Khairul lagi, notis tuntutan telah dikeluarkan pada 26 September lalu dan ianya telah diterima pihak Astro. Sidang media tersebut dihadiri oleh 11 orang anak AR Tompel antaranya adalah AR Badul, Amran Tompel, Azman Tompel , Adlin Aman Ramlie serta bekas isteri Allahyarham, Ruminah Sidek. Allahyarham mempunyai 18 orang anak dan dua daripadanya telah meninggal dunia termasuk Armali Arman Tompel iaitu anak hasil perkahwinan Tompel dengan Saloma. Selain tiga tuntutan, waris Allahyarham juga tidak berpuas hati dengan 29 perkara di dalam beberapa adegan telefilem Saloma. Kata Adlin, 90 peratus dari segi watak penceritaan adalah tidak benar dan interpretasi yang salah. “Salah satu perkara adalah ketika adegan Saloma keluar rumah sewa dengan sarat mengandung kemudian terlihat Tompel sedang bersama perempuan lain, dan switch to babak Saloma makan nenas mahu mengugurkan kandungan. "Babak tersebut menunjukkan pengarah dan penulis mahu Tompel dilihat kejam dan Saloma dilihat seakan tersangat benci kepada Tompel,” kata Adlin. Selain itu, abang kepada Adlin, Amran berkata, penayangan telefilem tersebut menyebabkan dirinya dihujani banyak persoalan. “Semasa itu saya belum lagi sempat menonton telefilem ini, tapi bila saya ke surau dan ke pasar orang mula bertanya dan memberi komen ‘Betulkah Tompel begitu?’... ‘Kasihan Saloma Tompel buat macam tu'. "Komen tersebut menyebabkan saya menonton telefilem itu dan saya berasa sedih apabila bapa saya digambarkan begitu," katanya. Sementara itu, pihak Astro mengesahkan telah menerima notis daripada waris AR Tompel yang menggesa telefilem Saloma yang sedang bersiaran di Astro First, dihentikan. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh memberitahu pihak Astro kini sedang meneliti notis yang dihantar waris Allahyarham. Saloma membariskan pelakon terkenal termasuk Nabila Huda, Tony Eusoff, Azhan Rani, Sazzy Falak dan Sharifah Amani. Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... lem-saloma-45674?cp ......... bagi jer royalti.. diam le dia
|
3
![]() Bagus |
4
![]() Marah |
6
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
4
![]() Lawak |
4
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa posted on 9-10-2014 10:24 PM
rupanya saloma pernah brkawin dengan ar tompel ek?...pastu kawin dhn p.ramlee....
baru ku tahu... ...
mommymonster82 posted on 9-10-2014 10:24 PM
Pelik..mcm mn dorg tahu xbetul? Dorg dah lahir ke time tu?
jazaa posted on 9-10-2014 10:26 PM
ruminah sidek kan ada lg.....blh check dgn dia...
dino posted on 9-10-2014 10:25 PM
diorg dulu main pass2 bini je...
mommymonster82 posted on 9-10-2014 10:29 PM
Tak silap... Saloma kawen dgn tompel dulu..pastu baru ruminah....
Lagi pulak nikan hal rumah ta ...
jazaa posted on 9-10-2014 10:32 PM
dorang retis sama retis, bila jumpa tu bercerita lah....
kira mcm linda onn jumpa scha yahya ci ...
mommymonster82 posted on 9-10-2014 10:33 PM
Iyo iyo oh ko ni jazaa...
Habis lg sahih rs benda private gini share dgn kakaknya si marian ...
dino posted on 9-10-2014 10:33 PM
mariani tak kahwin p ramlee rasanya....
btw watak siput sarawak pun digambarkan sgt tak elok..... ...
jazaa posted on 9-10-2014 10:41 PM
entahlah....
retis ni bkn blh caya sgt....mcm hari tu kecoh mak nani kata dia sorang je yg mghada ...
dino posted on 9-10-2014 10:33 PM
mariani tak kahwin p ramlee rasanya....
btw watak siput sarawak pun digambarkan sgt tak elok..... ...
jazaa posted on 9-10-2014 10:43 PM
mariani tak kwin dgn saloma ek?...
habis dgn sapa sblm saloma tu?...retis jugak lah...
dino posted on 9-10-2014 10:33 PM
mariani tak kahwin p ramlee rasanya....
btw watak siput sarawak pun digambarkan sgt tak elok..... ...
mommymonster82 posted on 9-10-2014 10:44 PM
Itulah kan... Haish..pelik2 betul...
Mungkinlah ilusi kot.... Biasalah dah tua2 ni...
ADVERTISEMENT