Kim Kardashian dan pasangannya, Kanye West Sebelum ini, Kim Kardashian dan pasangannya, Kanye West begitu teruja untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka. Namun kini mereka terpaksa akur apabila kedua-dua keluarga mereka membantah pertunangan itu.
“Majlis pertunangan tersebut dibatalkan dengan alasan mereka sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan, bukannya pertunangan. Lagipun Kim bakal melahirkan anak Kanye. Maka adalah lebih baik, mereka langsungkan saja majlis perkahwinan,” kata sumber. Jaden ingin bebas Sempena menyambut hari lahirnya ke-15, pelakon remaja, Jaden Smith berharap diberikan kebebasan daripada ibu bapanya, Will Smith dan Jada Pinkett Smith untuk tinggal bersendirian. Menurut Jaden, dia kini mampu hidup berdikari dan tinggal di rumah sendiri. Bagaimanapun, perkara itu sukar untuk diterima Smith. Aktor Men In Black itu berkata, belum masanya untuk dia melepaskan anak lelakinya itu. "Saya amat memahami situasi Jaden. Memang dia seorang anak yang baik dan mampu berdikari, tapi ia terlalu awal untuk saya dan isteri lepaskan dia. "Kami satu keluarga dan kami amat perlukan Jaden di sisi," kata Smith yang bakal muncul dengan filem After Earth bersama anak lelakinya itu.
|
ADVERTISEMENT