CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cendawan Rm10,000

8-10-2014 10:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7651| Komen: 51

Cendawan Rm10,000

Alor Gajah: Cendawan antara makanan digemari pada masa kini, namun tidak ramai mahu menceburi bidang penghasilan tumbuhan itu.
Mungkin mereka tidak mengetahui cendawan seperti cendawan tiram yang tumbuh meliar itu mampu  memberi pendapatan lumayan kepada pengusahanya.
Cendawan tiram kelabu atau nama sainstifiknya Pleurotus sajor-caju antara yang ditanam secara komersial di seluruh dunia.

Kejayaan perusahaan tiram bergantung kepada beberapa faktor penting seperti jenis bahan, suhu, kelembapan, cahaya, pengudaraan dan lain-lain.

  Mohd Syukor Ahmad, 35, mengusahakan cendawan tiram kelabu sejak 2008 kini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 sebulan.
Katanya, bermula secara kecil-kecilan berbekalkan modal RM20,000, cendawan dihasilkan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan di sekitar Melaka.


MOHD Syukor berhasrat tingkat pengeluaran kepada 3,000kg sebulan.


“Saya bermula secara kecil-kecilan di Ayer Molek dan sambutan diterima sangat menggalakkan. Saya kemudian mengembangkan dan berpindah ke ladang berkeluasan 0.4 hektar di Melaka Pindah pada 2012,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, di ladang baru dia mampu mengeluarkan  1,200 kilogram (kg) cendawan sebulan.

“Saya menyasar mengeluarkan  3,000kg cendawan sebulan dan mengembangkan perusahaan ini. Saya yakin boleh mencapai sasaran terbabit.

“Setiap bongkah cendawan mengambil masa 45 hingga 60 hari untuk menghasilkan cendawan dan bongkah ini mampu bertahan selama tiga bulan,” katanya.

Menurutnya, harga cendawan dijual agak berpatutan iaitu RM8 sekilogram bagi harga borong, manakala RM10 hingga RM12 untuk harga runcit.

Kata Mohd Syukor, banyak cabaran terpaksa ditempuhi dalam menjalankan perusahaan cendawan termasuk pernah  kerugian RM10,000 ketika mula-mula menjalankan perusahaan itu, namun berkat sokongan ahli keluarga, dia bangkit semula dan bertahan sehingga kini.

13

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 8-10-2014 07:47 AM
Kulat ni ada org buat kt tmn aku..dulu boleh amik oder kwn2
pesan..lani xboleh dah sbb pemintaan lebih penwaran..dia x dpt nk juai kt aku sbb restoran  sifud suma dah booking awai2 stok  

memang boleh buat duitlah  
Quote drivethru 8-10-2014 07:50 AM
Dah lama x mkn cendawan kukur.
Quote mattzzx 8-10-2014 08:12 AM
Usaha tangga kejayaan...
Quote makneng 8-10-2014 08:19 AM
ok tetibe aku terinspired nak letak surat resign
Quote ellZack 8-10-2014 08:22 AM
makneng posted on 8-10-2014 08:19 AM
ok tetibe aku terinspired nak letak surat resign

dan aku ter-inspered untuk suruh ayah aku tanam cendawan pulak..
Quote hanie_z 8-10-2014 08:32 AM
Bagusnya, biasa la mula2 memang susah nak bukak bisness.
lama2 ok la..
Quote bellaa 8-10-2014 10:06 AM
mattzzx posted on 8-10-2014 08:12 AM
Usaha tangga kejayaan...

suke cendawan goreng x?

Quote lizaliza 8-10-2014 10:08 AM
drivethru posted on 8-10-2014 07:50 AM
Dah lama x mkn cendawan kukur.

sedap ooo...
dulu masa dlm pantang, ade la dah 40 hari, mak aku masak cendawan ni, terliur aku
aku bantai makan sonyap sonyap dalam dapur, pastu demam
Quote kejoraria 8-10-2014 10:19 AM
makneng posted on 8-10-2014 08:19 AM
ok tetibe aku terinspired nak letak surat resign

try dulu...klau dah btl2 masyukkkk barulah hantar surat resign
Quote kentel 8-10-2014 10:59 AM
bellaa posted on 8-10-2014 10:06 AM
suke cendawan goreng x?

neymar goreng pon sodap...
Quote bellaa 8-10-2014 11:19 AM
kentel posted on 8-10-2014 10:59 AM
neymar goreng pon sodap...

umm.. orang yg sama tapi avvy berbeza .

btw xsanggop goreng nemar .

Quote shernazz 8-10-2014 11:57 AM
drivethru posted on 8-10-2014 07:50 AM
Dah lama x mkn cendawan kukur.

Masak sambal ke..lemak ke..sedqp weiii
Quote mattzzx 8-10-2014 12:09 PM
bellaa posted on 8-10-2014 10:06 AM
suke cendawan goreng x?

Suka sangat....
Sekrang ni bayam goreng pun ada di jual...

Quote pittjie 8-10-2014 12:10 PM
drivethru posted on 8-10-2014 07:50 AM
Dah lama x mkn cendawan kukur.

ya Allah sedapnya cendawan kukur. susah dah nak jumpa kat kg aku sekarang since dah tak de kebun getah. sesekali jumpa .. mmg tak lepas peluang beli walau mahal. goreng dgn ketumbar jintan .. is my faveret.

Quote bellaa 8-10-2014 12:23 PM
mattzzx posted on 8-10-2014 12:09 PM
Suka sangat....
Sekrang ni bayam goreng pun ada di jual...

sedap giler..

tapi kacang panjang goreng pon sedap..




Quote mattzzx 8-10-2014 12:30 PM
bellaa posted on 8-10-2014 12:23 PM
sedap giler..

tapi kacang panjang goreng pon sedap..

Kacang panjang goreng tak pernah makan lagi...ada juga kee?
Nampak macam sedap jer..

Quote Omong 8-10-2014 12:33 PM
takyah tanam, pegi kutip kat ladang sawit tu pun dah berbaloi (tapi jgn kena tangkap pasal menceroboh)
Quote bellaa 8-10-2014 12:40 PM
mattzzx posted on 8-10-2014 12:30 PM
Kacang panjang goreng tak pernah makan lagi...ada juga kee?
Nampak macam sedap jer..

ade.. sedap sangat.

Quote mattzzx 8-10-2014 12:50 PM
bellaa posted on 8-10-2014 12:40 PM
ade.. sedap sangat.

Nak try lah...kat mana ada dijual?

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044018 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top