CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Mati Ditikam Di Kundasang

7-10-2014 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12488| Komen: 45

Guru Mati Ditikam Di Kundasang


PASUKAN polis tidak membenarkan orang awam memasuki lokasi kejadian ketika anggota forensik mengumpulkan bukti.


Ranau: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, ditemui mati dengan kesan tikaman pada tubuh dan belakang kepala di dalam rumahnya di kuarters pekerja SESB Jalan Hotel Perkasa, Kundasang, dekat sini, pagi hari ini.

Mayat mangsa Masina Samadi, 50, ditemui oleh suaminya selepas pulang daripada kerja jam 9.30 pagi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Senior Asisten Komisioner Salehuddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dan motif kejadian dipercayai rompakan.

"Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.

"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

7

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 3-10-2014 10:33 PM
Takziah..sedihnya
Quote rosasa 4-10-2014 09:15 AM
takziah
Quote batman311 4-10-2014 09:19 AM
Takziah..
rompakan lagi..desakan hidup.
.*minyak naik 20sen*
Quote chazey 4-10-2014 09:42 AM
Al-fatihah la uol. Aruah Muslim.

Masa kejadian, aruah dengan anak umur 5 tahun berdua jah di rumah. Suami aruah kerja syif malam. Balik dari kerja waktu pagi baru nampak mayat isteri berlumuran darah kat ruang tamu tak silap aku. Anak selamat, tidak diapa-apakan. Namun kawan aku yang ada melawat keluarga aruah bagitau budak tu macam bingung2 gitu. Tak tahu jika dia nampak mak dia mati dibunuh atau tidak. Aku doakan tak nampak.

Suspek masih bebas. Samada lokal atau pilak punya kerja la nih.
Quote vespa_oren 4-10-2014 09:49 AM
chazey posted on 4-10-2014 09:42 AM
Al-fatihah la uol. Aruah Muslim.

Masa kejadian, aruah dengan anak umur 5 tahun berdua jah di ruma ...

Tempat ko k? Hri tu aku baru gie k.k naik vigor, cantik view kat kundasang
Quote eiz_joe 4-10-2014 09:53 AM
Yup..d ruang tamu..area kuarters tu boleh d katakan kawasan sunyi,atas bukit..kawan arwah ingat arwah cuti sakit sebab tu x datang keja..hari sebelum kejadian arwah kena flu,suara pun x keluar
Quote mak_wa95 4-10-2014 09:57 AM
eiz_joe posted on 4-10-2014 09:53 AM
Yup..d ruang tamu..area kuarters tu boleh d katakan kawasan sunyi,atas bukit..kawan arwah ingat arwa ...

siannya...


Quote chazey 4-10-2014 09:58 AM
vespa_oren posted on 4-10-2014 09:49 AM
Tempat ko k? Hri tu aku baru gie k.k naik vigor, cantik view kat kundasang

Tempat tunang aku. Kira tempat aku la juga.

IMG-20141003-WA0004.jpg

Aruah, tudung biru.





Quote chazey 4-10-2014 09:59 AM
vespa_oren posted on 4-10-2014 09:49 AM
Tempat ko k? Hri tu aku baru gie k.k naik vigor, cantik view kat kundasang

**double post Last edited by chazey on 4-10-2014 10:02 AM

Quote eiz_joe 4-10-2014 10:04 AM
Kesian sangat sebab anak arwah tu dok tepi arwah sampai ayahnya balik dari keja shift malam..lebih kurang 9.30 pagi camtu..bayangkan perasaan budak tu selama tunggu ayah dia balik..

dari cakap2 jiran memang teruk gak arwah kena kat bahagian muka,syukur sangat budak tu x d apa2kan
Quote vespa_oren 4-10-2014 10:04 AM
chazey posted on 4-10-2014 09:58 AM
Tempat tunang aku. Kira tempat aku la juga.

Pas nie lah kita dating dkt pekan ranau sambil view gunung kinabalu
Quote chazey 4-10-2014 10:10 AM
vespa_oren posted on 4-10-2014 10:04 AM
Pas nie lah kita dating dkt pekan ranau sambil view gunung kinabalu

Ko ngaja mana? Sandakan ka? Vley, tunggu cuti2 Mesia.
Quote chazey 4-10-2014 10:15 AM
eiz_joe posted on 4-10-2014 10:04 AM
Kesian sangat sebab anak arwah tu dok tepi arwah sampai ayahnya balik dari keja shift malam..lebih k ...

Astagaaaaa...

Apsal entah aku rasa ini lokal punya kerja lah. Drug addict kot. Kalau pilipin pun, confirm yang tinggal area Kundasang gak.

Pencuri pernah masuk rumah aku gak. Dua orang, bawa pisau. Masa masuk bilik adik2 pompuan aku (waktu tu darjah 6 ngan form 5), adik2 aku terjaga (sebab meka kata terkejut dengar bunyi bising dalam mimpi. ). Perompak tu takajut, tapi adik2 aku tak buat bunyi bising. Diam jah. So perompak2 tu pun pelan2 kuar dari rumah. Nice tak meka? Tapi aku percaya masa ni memang Tuhan yang jaga family aku. Kalau lah adik2 aku menjerit, ada harapan kot jadi macam aruah ni...
Quote eiz_joe 4-10-2014 10:37 AM
Rasanya la drug addict..kesan tikaman kat belakang,perut & mata..ada gak yg cakap muka arwah bengkak kesan pukulan benda tumpul tp yg tu x sure sbb masa jumpa pun boleh tahan lama gak..bayangkan kejadian tu dlm subuh atau awal lg..waktu jumpa dah 9.30 pagi..aku kesian ngan budak tu..sedihh..mesti dia trauma..

Ko jangan,hari yg sama rumah jiran aku kena masuk pencuri..dorg pecah masuk gril tingkat atas,rumah jiran tu 2 tingkat,dia letak grill juga tangga menuju ke ats..jiran aku sedar tapi x berani keluar,anak dia siap tegur lg..dadi ka tu??..hilux dorg kena bawa lari
Quote magnus 4-10-2014 11:18 AM
Nauzubillahiminzalik.....alfatihah...
semoga dpt tangkap pembunuh dan bunuhkan aje...
Quote chazey 4-10-2014 11:44 AM
eiz_joe posted on 4-10-2014 10:37 AM
Rasanya la drug addict..kesan tikaman kat belakang,perut & mata..ada gak yg cakap muka arwah bengkak ...

Biar rugi Hilux, jangan rugi nyawa.

Banyak sebenarnya kes pecah rumah di Ranau ni. Entah lokal, entah pilak. Teda pun tangkapan setakat ni (kecuali kes curi keta Hilux/mewah berantai tu - yang tengok2 dalang dia urang Semenanjung drug addict menantu cikgu juga. Choi. Tapi berkomplot dengan pilipin).

Ada sorang ex cikgu sekolah aku, pun kena pecah rumah gak. Siap suami, dia, anak2, pak yang dah tua, kena ikat. Memang kena sapu habis la barang2 berharga.

Tapi kes bunuh jarang sangat. Last, tahun 2012 tak silap aku, kes bunuh tanpa niat masa mabuk di majlis kawin. Jadi kalau ada jah kes bunuh memang gempar satu daerah.


Quote eiz_joe 4-10-2014 01:17 PM
chazey posted on 4-10-2014 11:44 AM
Biar rugi Hilux, jangan rugi nyawa.

Banyak sebenarnya kes pecah rumah di Ranau ni. Entah lokal, ...

Iya..jarang kes bunuh klu rompakan sini..kancil aku penah kena curi gak,suspek memang drug addict sekitar sana..aku buat repot polis,banyak info aku kasi,yg sedih tu teda tindakan apa2 dorg buat..

sampai la 1 hari tu aku terserempak suspek drive kancil aku tu,even suda tukar no plet,aku kenal gak kancil aku..kami kejar tapi telepas sbb masa tu kami bawak anak2 kecik g..aku ingt dia x balik rumah g,esoknya aku jumpa d parking lot kawasan rumah pencuri tu..bodoh btl pencuri tu kan..hehehehe..sampai sekarang aku geram dgn pencuri tu,aku doakan mudah2an mati d sebabkan syabu gak..hahahaha
Quote tekoyong 4-10-2014 01:24 PM
ada barang yang dirompak tak?

dari gaya pembunuhan, macam ada motif lain je macam dendam, khianat bagai
Quote cmf_blingblings 4-10-2014 02:23 PM
chazey posted on 4-10-2014 09:58 AM
Tempat tunang aku. Kira tempat aku la juga.



Cantiknya arwah, Sabahan mmg cantik-cantik. Semoga pembunuh beliau berjaya ditangkap segera

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.221887 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top