CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Jenazah Mangsa MH17 Selamat Tiba Di Tanah Air

7-10-2014 03:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6345| Komen: 19

Lima lagi jenazah mangsa MH17 selamat tiba di tanah air.



Lima lagi jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 termasuk sepasang suami isteri diberi penghormatan penuh adat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, hari ini.
Suasana pilu dan hiba menyelubungi kawasan istiadat apabila pesawat MAS penerbangan MH19 yang membawa tiga keranda dan dua kendi abu mayat memasuki perkarangan kompleks.

Istiadat penghormatan bermula pada 8.38 pagi apabila pesawat tersebut berhenti sepenuhnya.
Keranda pertama yang membawa jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam dibawa keluar dari pesawat tersebut diikuti kendi abu mayat pasangan suami isteri Lee Kiah Yeen dan Liew Yau Chee, diikuti keranda Muhammad Arfuz Tambi dan Meling Mula.

Kendi abu mayat Lee dan Liew diletakkan bersama-bersama di dalam sebuah kenderaan jenazah atas permintaan waris.
Keranda dan kendi abu mayat yang diliputi dengan Jalur Gemilang diturunkan dari pesawat dan diusung kumpulan pengusung Angkatan Tentera Malaysia ke kenderaan jenazah dengan penuh adat ketenteraan.

Sebaik selesai proses semua keranda dan kendi abu mayat dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, upacara bertafakur selama seminit berlangsung pada 8.58 pagi sebagai tanda penghormatan.
Kenderaan jenazah kemudian melakukan lintas lalu di hadapan khemah tetamu kehormat dan waris.


Hadir pada istiadat tersebut ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan waris keluarga mangsa tragedi.

Selesai istiadat penghormatan, jenazah Afruz Tambi, anak bongsu allahyarham Tambi Jiee dan allahyarhamah Ariza Ghazalee yang turut terkorban dalam tragedi itu diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia C130 ke Kuching, Sarawak pada 9.43 pagi.

Keranda yang membawa jenazah Meling pula diterbangkan menggunakan pesawat C130 ke Bintulu pada 9.45 pagi.
Dengan ketibaan 5 jenazah hari ini, sebanyak 42 jenazah dibawa pulang ke tanah air dari Belanda. Dua lagi rakyat Malaysia belum dapat dikesan atau dikenal pasti mayat mereka.

Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Penerbangan MH17 itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal.

10

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 3-10-2014 03:35 PM
salah sorang yg belum dpt dikesan itu adalah nenek tiri najib dan isam kah?
Quote FanTasyCreaTioN 3-10-2014 03:40 PM
SEPANG: Hanya dua lagi warga Malaysia yang terbabit dalam tragedi pesawat MH17 belum dikenal pasti atau dijumpai, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kedua-duanya ialah nenek tiri Hishammuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Puan Sri Siti Amirah Parawira yang berusia 83 tahun dan Shaliza Zaini Dewa, 45.

Menteri Pertahanan berkata, memandangkan hanya dua lagi warga negara Malaysia yang belum dikenal pasti atau dijumpai, bermakna agensi yang hendak masuk ke kawasan nahas sebelum musim sejuk tidak terdesak seperti dulu.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia menyerahkan kepada Belanda dan Australia untuk membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk masuk semula ke tapak nahas di timur Ukraine.

"Kita serahkan kepada kedua-dua negara berkenaan untuk mempertimbangkan sama ada wajar atau tidak untuk mengambil risiko masuk semula di tapak nahas.

"Tapi mesti dilakukan bersama dengan pihak Belanda dan Australia dan lagi pun jumlah mangsa korban dari kedua-dua negara itu lebih ramai," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas upacara penghormatan kepada lima jenazah MH17 yang tiba dari Belanda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini, beliau berkata ini kerana usaha memasuki lokasi nahas tidak boleh dilakukan secara unilateral. Hishammuddin berkata, risikonya bukan sekadar di kawasan tapi perjalanan ke kawasan nahas itu pun masih bergolak.

"Biar mereka (Australia dan Belanda) membuat keputusan bersama kita, bila agaknya kita boleh kembali ke lokasi nahas memandangkan risiko kawasan pertempuran sekarang ini boleh menjejaskan pasukan keselamatan ketiga-tiga negara ini," katanya. - mstar

Quote FanTasyCreaTioN 3-10-2014 03:41 PM
kucen_miang posted on 3-10-2014 03:35 PM
salah sorang yg belum dpt dikesan itu adalah nenek tiri najib dan isam kah?

ha`ah

Kedua-duanya ialah nenek tiri Hishammuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Puan Sri Siti Amirah Parawira yang berusia 83 tahun dan Shaliza Zaini Dewa, 45.


Quote lululun 3-10-2014 04:47 PM
selamat pulang...
Quote Nham22 3-10-2014 06:05 PM
Alhamdulillah..salam takziah..semoga roh ditempatkan dikalangan org yg beriman..ameen
Quote anarina 3-10-2014 07:32 PM
Ya Allah 5 sekeluarga tu besarnya dugaan pada keluarga yang menunggu. Sebab bukan semua balik sekaligus. Berkali2 lalui proses yang menyedihkan.
Quote _mangifera_ 3-10-2014 08:13 PM
Lengkap dah keluarga bro TJ..semoga roh mereka sekeluarga aman di sana..amin
Quote Decaffeinated 3-10-2014 08:31 PM
kenapa sendu jah benang ni?...

Quote voiletiris 3-10-2014 08:37 PM
baca benang ni teringat mh370.apa nasib  mereka penumpang2 dan anak kapal tu semua?apa perkembangan mencari kapal tu skg?
Quote berusjamban 3-10-2014 08:44 PM
voiletiris posted on 3-10-2014 08:37 PM
baca benang ni teringat mh370.apa nasib  mereka penumpang2 dan anak kapal tu semua?apa perkembang ...

Lecturer i disini suspek sistem aircraft tlh dihack lalu berjaya stealthkan aircraft dari radar dan dibawa ke tmpt lain...
Quote dani-rox 4-10-2014 12:27 AM
Jasad Meling tiba di Bintulu hari ini

BINTULU: Jasad Meling Mula, antara mangsa nahas pesawat Pener-bangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada jam 12.50 tengh hari ini (Jumaat).

Pemangku Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Bintulu Walter Sideu berkata, raptai penuh bagi me-nyambut ketibaan mayat mendiang diadakan sehari awal daripada tarikh ketibaan bagi membolehkan sambutan khas dapat dijalankan dengan lancar mengikut protokol ditetapkan.

“Sambutan bermula dengan ke-tibaan mayat di Lapangan Terbang Bintulu seterusnya dibawa ke Dewan Masyarakat KEMAS Sungai Plan sebelum dikebumi pagi esoknya (Sabtu) di Tanah Perkuburan BDA Batu 2, Jalan Sultan Iskandar,” kata-nya kepada media sebelum ini.

Selain  Meling, jenazah Allahyarham Muhammad Afruz Tambi, 13, ahli keluarga terakhir Allahyarham Tambi Jiee yang terkorban dalam tragedi MH17 juga akan diterbangkan ke ibu negara Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan akhbarnya berkata, penghantaran jenazah rakyat Malaysia itu pada 3 Oktober ini merupakan penghantaran keenam dan dijangka tiba pada jam 8.30 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta diberi penghormatan tentera sepenuhnya.

Jenazah Allahyarham Muhammad Afruz akan tiba bersama mayat Meling, Liew Yaw Chee, Lee Kiah Yeen dan Mathew Ezekial Sivagnanam.
Kini seramai 42 rakyat Malaysia, mangsa nahas MH17 dikembalikan kepada waris masing-masing dan 27 penumpang serta 15 anak kapal rakyat Malaysia telah dikenal pasti.

Dalam pada itu, isteri mendiang, Simbut Kedit berkata sejurus selepas tiba di Bintulu, jasad suaminya itu akan dibawa ke kediaman mereka di Flat Sungai Plan, Tanjung Kidurong seterusnya akan ditempatkan di Dewan Masyarakat KEMAS Sungai Plan bagi urusan penghormatan terakhir.
Beliau menyatakan kesyukuran kerana akhirnya jasad suaminya itu dapat dibawa balik ke Bintulu.

Begitupun, Simbut meminta kerjasama media supaya menghormati privasi keluarganya dengan tidak membuat sebarang liputan. Namun media dibenarkan membuat liputan di Dewan Masyarakat KEMAS Sungai Plan.

Mendiang Meling merupakan pekerja luar pantai di Venezuela untuk syarikat perancah yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan bertugas dua tahun enam bulan di luar negara.

Beliau berasal dari Betong manakala Simbut berasal dari Sungai Arip Balingian, mempunyai tiga anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8.

Pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilapor ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada jam 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis 17 Julai lalu di timur Ukraine.
Penerbangan itu dijadual tiba di KLIA, Sepang pada jam 6.10 pagi Jumaat, keesokan harinya (waktu Malaysia).


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/10/03/jasad-meling-tiba-di-bintulu-hari-ini/#ixzz3F6Fo14Fg
Quote dani-rox 4-10-2014 12:30 AM
MH17: Youngest in family of 6 laid to rest in Kuching


Jamilah Noriah, 72, pours water over the grave of her grandson, Muhammad Afruz Tambi, the youngest son of couple Tambi Jiee and Ariza Ghazalee, who were also victims onboard flight MH17, at Semariang Muslim Cemetery, Kuching, October 3, 2014. — Bernama

KUCHING, Oct 3 — The remains of Muhammad Afruz Tambi, the youngest son of Tambi Jiee and Ariza Ghazalee, who were all victims of the Malaysia Airlines (MAS) Flight MH17 aircraft tragedy in July, were buried at the Semariang Muslim Cemetery here this afternoon.

The 13-year-old’s remains were laid to rest at 2.31pm, next to his father, Tambi, 49, mother, Ariza, 46, and three other siblings.

They perished when the Boeing 777-200 aircraft was shot down in Donetsk, eastern Ukraine on July 17.

Ariza and her eldest son, Muhammad Afif, 19, were buried on August 22, followed by Tambi on September 9.

The remains of Muhammad Afzal, 17, and Marsha Azmeena, 15, were buried on September 19.

Earlier, the coffin carrying Muhammad Afruz’s remains arrived at the Kuching International Airport at 11.35am on a special Royal Malaysian Air Force aircraft from the KL International Airport.

Upon arrival, the remains were accorded military honours and carried by nine personnel from the 4th Regiment Royal Armoured Corps before it was taken to the Jamek Mosque in Kuching for prayers.

Funeral prayers were led by the Imam of the Masjid Islam Sarawak, Ustaz Abdul Aziz Wan Yusof, after Friday prayers.

Also present were Works Minister Datuk Fadillah Yusof; Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim and Assistant Minister in the Chief Minister’s Office (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman.

Muhammad Afruz was the last member of the Tambi family from Kuching to be identified.

A total of 44 Malaysians, including one with dual citizenship, were on board the Flight MH17 aircraft which was heading to Kuala Lumpur from Amsterdam when it was shot down.

The aircraft was carrying 298 passengers, including 15 crew. — Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/mh17-youngest-in-family-of-6-laid-to-rest-in-kuching#sthash.W9yMqgSL.dpuf
Quote dani-rox 4-10-2014 12:34 AM
MH17: Matthew Ezekial akan disatukan bersama ibu bapa dan kembarnya


KUALA LUMPUR: Tarikh 10 Okt 2004, merupakan hari paling bahagia bagi pasangan suami isteri Paul Rajasingam Sivagnanam dan Mabel Anthonysamy @ Soosai, apabila dikurniakan sepasang kembar, Matthew Ezekial dan Nathan Paul.

Bagaimanapun, keluarga itu dirundung malang, apabila Nathan, hanya dapat bertahan selama 13 hari.

Sejak kejadian itu, dipercayai, Mabel tidak pernah berenggang dengan anaknya Matthew.

Bagaimanapun, turutan tragedi sedih menimpa keluarga ini.

Pada 17 Julai lepas, Eksekutif Teknologi Maklumat Shell Paul Rajasingam, 52; Mabel, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Matthew, 10, terkorban selepas pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.

Jenazah pasangan itu, antara kumpulan pertama mangsa MH17 yang tiba pada 26 Ogos lepas.

Selepas menanti selama 78 hari, waris keluarga itu berasa lega dengan kepulangan jenazah Matthew hari ini, yang merupakan seorang daripada 43 warga Malaysia yang menaiki pesawat itu.

Pak Cik Matthew, Clement Anthonysamy @ Soosai berkata, abu Matthew akan diletakkan di dalam kubur yang sama yang menempatkan abu Nathan serta abu ibu dan bapanya di Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Kuari, Cheras.

Kedua-dua ibu, Paul Rajasingam dan Mabel menangis sebaik melihat keranda Matthew yang dibalut Jalur Gemilang itu tiba dan ditempatkan di ruang tamu kediaman rumah ibu Paul Rajasingam pada 10.02 pagi tadi bagi membolehkan saudara dan sahabat handai memberi penghormatan terakhir.

"Ia merupakan cabaran terbesar bagi kami (anggota keluarga) tetapi kami gembira kerana mereka disatukan semula.

"Kami bercadang untuk membawa Matthew ke rumah ibu saya malam ini di Bandar Tun Razak, sebelum disemadikan di Jalan Kuari pagi esok," kata Clement kepada pemberita apabila ditemui di luar rumah ibu mendiang Paul Rajasingam di Bangsar hari ini.

Clement juga mengucapkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana jenazah diberi penghormatan penuh adat ketenteraan dan sokongan berterusan.

"Saya bertemu Hishammuddin pagi ini, dan beliau memberi jaminan (kepada kami) bahawa sebaik perkara ini selesai, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keadilan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada beliau atas jaminan itu," katanya.
   
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu.

Penumpang lain terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-matthew-ezekial-akan-disatukan-bersama-ibu-bapa-dan-kembarnya-45245?cp
Quote dani-rox 4-10-2014 12:36 AM
Abu mayat pasangan Liew, Lee lalui upacara keagamaan di Nirvana Sungai Besi

KUALA LUMPUR: Abu mayat Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Kota Damansara, Liew Yau Chee dan isteri Lee Kiah Yeen yang merupakan antara mangsa nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, kini ditempatkan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di sini untuk upacara keagamaan, selama sehari.

Dua kendi abu mayat pasangan suami isteri yang diliputi Jalur Gemilang itu tiba dengan kenderaan jenazah dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 9.52 pagi, diiringi kira-kira 20 anggota keluarga dan kenalan.

Timbalan Pengurus Besar Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Teh Khai Lin berkata abu jenazah Liew dan Lee akan dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana Shah Alam pada 10 pagi esok untuk disemadikan di sana, atas permintaan keluarga mereka.

Turut hadir memberi penghormatan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh Tseow Suan, mewakili Menteri Besar Selangor.

Pasangan itu meninggalkan dua anak lelaki berumur dua dan 10 tahun serta seorang anak perempuan berusia lapan tahun.

Mendiang Liew dan isteri berlepas ke Jerman atas urusan perniagaan dan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Amsterdam untuk pulang ke ibu negara.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu.

Penumpang lain terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/abu-mayat-pasangan-liew-lee-lalui-upacara-keagamaan-di-nirvana-sungai-besi-45224?cp
Quote bangcak 4-10-2014 12:40 AM
....askar melayu jugak yg diperalatkan.

Makin teruk dorang nih.
Hari berkabung la.
Kene pakai hitam la.
Segala kenderaan kene berhenti la.

Kita bukan nak penghormatan sgt.
Tapi pembelaan!

Pergi siasat dan serang sapa yg tembak jatuh mh17 tu.
Esok lusa lagi byk kene tembak jatuh takkan nak rekrut lagi ramai askar utk usung jenazah ikut istiadat diraja?
Quote clavriene 4-10-2014 12:42 AM
alhamdulillah akhirnya keluarga Allahyarham Tambi Jiee dah lengkap disatukan semula...sedih utk family mereka psl terpaksa lalui the same painful process several times..
Quote faraway1 4-10-2014 11:42 PM
sunyi dah topik ni..
musim dah tamat mungkin..

selamat pulang untuk jenazah semuanya..
Quote andromeda84623 5-10-2014 12:28 AM
Aku naik flight KL-LHR haritu borak dgn cabin crew psl mangsa2 MH17.
Kalau salah ampun maaf, aku just bagitau apa yg diberitahu kat aku.

The body of the victims, banyak yg tak sempurna.
Yg betul2 sempurna is the pilot yg ada anak kecik baby and one stewardess, arwah shazana.
Yg lain tu paham2 je la.
And mostly yg condition mayatnya agak okey is the one yg sampai batch awal.
Yang sampai batch2 kemudian ni lagila banyak tak sempurnanya.
Tapi semua diaorg letak dlm keranda yg besar tu.
Belongings of the victims yg dijumpai on the body also diaorg simpan dan bagi kat keluarga mangsa.

Al-Fatihah kepada mangsa2 mh17 dan takziah kepada waris2 mangsa.
Semoga diberi ketabahan untuk mengharungi hari2 yang mendatang
Quote sufi^_^ 5-10-2014 03:24 PM
andromeda84623 posted on 4-10-2014 04:28 PM
Aku naik flight KL-LHR haritu borak dgn cabin crew psl mangsa2 MH17.
Kalau salah ampun maaf, aku ju ...

The pilot with the baby was Ahmad Hakimi. Alhamdulillah.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.069912 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top