CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17 Mahu Ikut Jejak Ayah

4-9-2014 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2488| Komen: 0

Description: Abu Mayat Eugene Tiba Di Kediamannya, Pagi Semalam, Dan Akan Disimpan Di Taman Peringatan Xiao En Di Nilai, Esok.
Mahu ikut jejak ayah


Seremban: Isteri mendiang Kapten Eugene Choo Jin Leong, Ivy Loi, 42, berkata dia menerima kejadian menimpa suaminya dan akan meneruskan kehidupan untuk masa depan anak-anak dan keluarga.

"Walaupun bersedih tetapi saya menerima hakikat itu dan bersabar kerana kehidupan perlu diteruskan.

"Apa-apa pun saya tidak boleh melupakan suami saya sebab dia seorang yang baik," katanya ketika ditemui ketika dikunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, di rumahnya di Sri Carcosa, Seremban 2, di sini, hari ini.

Menteri Besar meluangkan masa bertanya khabar dengan Ivy Loi dan anggota keluarga mendiang yang lain.

Abu mayat Eugene tiba di kediamannya, pagi semalam, dan akan disimpan di Taman Peringatan Xiao En di Nilai, esok.


Eugene seorang kapten pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine, 17 Julai lalu.


Abu mayat mendiang bersama sembilan jenazah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Armsterdam, semalam.

Ivy Loi, yang juga bekas pramugari, berkata dia bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan MAS kerana membawa pulang mendiang suaminya.

Katanya, dia juga akan memastikan kedua-dua anak lelakinya, Melvic Choo, 13, dan Scott Choo, 10, berjaya dalam kehidupan dan dia tidak menghalang jika mereka ingin menjadi juruterbang seperti ayah mereka.

Sementara itu, Melvic dan Scott, berkata, mereka bercita-cita menjadi juruterbang apabila dewasa nanti.

"Kami memang berminat dengan kapal terbang dan berazam untuk membawa sendiri kapal terbang di langit biru apabila sudah dewasa nanti.

"Kami ingin sambung pekerjaan bapa," kata mereka kepada pemberita.

Mereka menyifatkan bapa mereka seorang yang penyayang serta pandai melayan kerenah mereka.

Melvic adalah pelajar Tingkatan Satu Sekolah Kebangsaan St Paul, di sini, manakala adiknya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hua. 

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=95
16

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
29

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.037719 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top