CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ahmad Maslan Tanya Mahal Ke Minyak Malaysia?

7-10-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11527| Komen: 56

Ahmad Maslan Tanya Mahal Ke Minyak Malaysia?



Ketika rakyat Malaysia cuba menyesuaikan diri dengan kenaikan harga minyak dan bersedia dengan inflasi tinggi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikenalpasti sebagai menteri paling kerap mempertahankan tindakan kerajaan memotong subsidi bahan api tersebut di laman sosial Twitter.


Dalam beberapa entrinya sejak 1 Oktober lalu, Ahmad yang menggunakan akaun @ahmadmaslan berkata, Datuk Seri Najib Razak merupakan ‎satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak ketika harga di pasaran jatuh pada 2009.

Dakwaan itu yang dimuat naik dalam laman Twitter pada 3 Oktober ‎dan disertakan dengan paparan grafik untuk menjelaskan secara terperinci berapa banyak harga minyak meningkat naik pada 1990 hingga 2013.


‎Tulisan grafik tersebut berbunyi: "Dahulunya minyak murah dan tidak ada banyak kenderaan = RM2 bilion setahun bagi subsidi minyak."
Ia kemudian disusuli dengan kenyataan lain yang menjelaskan kini kerajaan membelanjakan RM2 bilion sebulan kerana terlalu banyak kenderaan dan harga minyak pula mahal.

‎Entri itu diletakkan bersama rajah di bawah dengan menekankan harga minyak pada 1 September 2009 yang jatuh pada RM1.80 seliter. Di sebelah angka itu diletakkan ayat minyak jatuh sebanyak 90 sen.

"Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak. Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?"

Minyak RON 95 naik 20 sen kepada RM2.30 bagi seliter pada 1 Oktober sementara harga diesel pula meningkat kepada RM2.20 seliter.
Kenaikan harga tersebut selepas kerajaan memutuskan untuk memotong subsidi minyak yang mengikut Ahmad jumlahnya adalah RM21 bilion setahun.

Satu lagi entrinya di Twitter pada 3 Oktober menunjukkan harga minyak di Malaysia masih kekal rendah di rantau Asia Tenggara.
Dalam rajah tersebut, harga minyak di Malaysia RM2.30 adalah kedua rendah berbanding lapan negara termasuk‎ Indonesia, Vietnam, Thailand, China and Singapura.


Entri bertajuk "perbandingan harga minyak di beberapa negara" dengan kenyataan: adakah harga minyak mahal?"

Beliau juga menulis di laman Twitternya kerajaan masih memberi subsidi minyak RON 95 dan diesel kerana mengikut harga pasaran, RON 95 adalah RM2.58 dan diesel adalah RM 2.52.

‎Ahmad yang juga ‎ketua penerangan Umno  paling menonjol kerana meluangkan masa untuk mempertahankan pemotongan subsidi.
Namun, menteri dan timbalan menteri lain tidak kelihatan berbuat demikian.


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweetpea911 5-10-2014 10:18 PM
Aku yakin menteri2/pm takkan heran kalau rakyat takat berani bersuara di media
sosial atau berdemo dekat dataran..
Tapi aku nak kepastian, ada kesan ke kalau kita ramai2 boikot petronas..
Cuma isi di shell, bhp atau lain2 stesen minyak?

Geram sebab makin lama rakyat makin dibodoh2 kan dan digula2 kan
Dgn BRIM mcm peminta sedekah.. Sedih..
Quote bambimo 5-10-2014 10:20 PM
BILA ORG ADA MBA CGPA 3.75 BERCAKAP
Quote batu kikir 5-10-2014 10:26 PM
Yang peliknya harga pasaran minyak donia menurun. Bawah USD100 per barrel.
Quote kenzou 5-10-2014 10:35 PM
"Mana ada mahal, kita perlu faham kerajaan menurunkan subsidi dan secara tidak sengajanya harga minyak naik. Tak mampu? Itu lah siapa suruh jadi miskin." Kata kata seorang M.
Quote raxief 5-10-2014 11:09 PM
bangang maslan ni. kalau gua jd menteri, gua senyapkan aje. pedulik ape gua dgn rakyat marhaen. kahkahkah..
Quote Al-Patih 6-10-2014 01:27 AM
Entri bertajuk "perbandingan harga minyak di beberapa negara" dengan kenyataan: adakah harga minyak mahal?"

tak adok ke.....Entri bertajuk...."perbandingan tahap menteri di beberapa negara"
Quote sidewinder 6-10-2014 02:04 AM
dia tgh syok kat atas.....tu dia dok defend si ajib tu....cuba kalu dia dah tak der pangkat....tak der jawatan.....tak leh nak songlap.....segala2 nyer tak der korang tgk dia shoot balik ex bos dia .....skrang tgh senang dia kasi jilat habis laa.....byk kot taiko2 umno yg dulu dan selama nyer bersama UMNO bila dah tak der apa2 join PKR....itu masa A-Z cerita dia bukak.....dulu taik2 makan hidu....semua nyer sedap2 jer...
Quote Acong 6-10-2014 02:07 AM
jika gaji ahmad maslan adalah RM1,600 saja, mahal atau murah minyak di malaysia?

lupa lak....... kat mesia, gaji RM1 sebulan, claim elaun bulanan dah RM250 ribu
Quote AniSani 6-10-2014 03:52 AM
bengong punya wak maslan

dia bg harga convert ke rm mesia

cth USD1=RM3.10

cuba bg harga negara berkenaan ikut matawang negara berkenaan , baru ko tau langit tinggi rendah wak maslan parang sekeper
Quote plamsat 6-10-2014 05:27 AM
Quote kerunai 6-10-2014 05:42 AM
ini ke yg dengar citer sambung belajar oversea ?

mentaliti ini ke yg nak majukan mesia 10-20 tahun lagi ?
Quote Dovahkiin 6-10-2014 07:34 AM
Da naik tu da la. Tak payah nk keluarkan statement2 bodo menyakitkan hati rakyat.
Quote enchikfitz 6-10-2014 12:11 PM
nasiblah ada menteri bodo macam ni. Menyakitkan hati
Quote AbukRokok 6-10-2014 12:22 PM
kenzou posted on 5-10-2014 10:35 PM
"Mana ada mahal, kita perlu faham kerajaan menurunkan subsidi dan secara tidak sengajanya harga miny ...


tu la dulu mak suruh skola pndai pndai.. xmo.. ponteng skola

da besar keje gaji ciput melalak.
klu rajin semua rakyat berpendapatan tggi... semua jd bos smua jd enjineer. xde yg jd kuli batak gaji ciput.

auntiegoni Last edited by AbukRokok on 6-10-2014 12:23 PM

Quote bit 6-10-2014 12:24 PM
AniSani posted on 6-10-2014 03:52 AM
bengong punya wak maslan

dia bg harga convert ke rm mesia

Baru aku nak cakap celaka, bg harga dah convert matawang, mmg la nampak mahal brunei singapore duit nilai besar.
Quote cHimo 6-10-2014 12:38 PM
Malu ada muntri macam tuh
Quote Ferr_Remy 6-10-2014 12:41 PM
korang mane paham ekonomi.. da la bodo x blaja tinggi2... gaji rendah nak salahkan kerajaan.. minyak naik pun salah kerajaan padahal x naik pun, diorg kurgkan subsidi je la bodo ... aku hanya mampu tergelak kentut baca komen2 rakyat2 yg x paham ekonomi ni... hidup pak menteri - kate macai2 umngok
Quote eiman 6-10-2014 12:50 PM
Macai je kata tak mahal!
Quote MissMamamia75 6-10-2014 12:52 PM
Nyampah aku ngan Maslan nih..statement ngong sokmo...

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052660 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top