Ketika rakyat Malaysia cuba menyesuaikan diri dengan kenaikan harga minyak dan bersedia dengan inflasi tinggi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikenalpasti sebagai menteri paling kerap mempertahankan tindakan kerajaan memotong subsidi bahan api tersebut di laman sosial Twitter.
Dalam beberapa entrinya sejak 1 Oktober lalu, Ahmad yang menggunakan akaun @ahmadmaslan berkata, Datuk Seri Najib Razak merupakan ‎satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak ketika harga di pasaran jatuh pada 2009.
Dakwaan itu yang dimuat naik dalam laman Twitter pada 3 Oktober ‎dan disertakan dengan paparan grafik untuk menjelaskan secara terperinci berapa banyak harga minyak meningkat naik pada 1990 hingga 2013.
‎Tulisan grafik tersebut berbunyi: "Dahulunya minyak murah dan tidak ada banyak kenderaan = RM2 bilion setahun bagi subsidi minyak." Ia kemudian disusuli dengan kenyataan lain yang menjelaskan kini kerajaan membelanjakan RM2 bilion sebulan kerana terlalu banyak kenderaan dan harga minyak pula mahal.
‎Entri itu diletakkan bersama rajah di bawah dengan menekankan harga minyak pada 1 September 2009 yang jatuh pada RM1.80 seliter. Di sebelah angka itu diletakkan ayat minyak jatuh sebanyak 90 sen.
"Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak. Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?"
Minyak RON 95 naik 20 sen kepada RM2.30 bagi seliter pada 1 Oktober sementara harga diesel pula meningkat kepada RM2.20 seliter. Kenaikan harga tersebut selepas kerajaan memutuskan untuk memotong subsidi minyak yang mengikut Ahmad jumlahnya adalah RM21 bilion setahun.
Satu lagi entrinya di Twitter pada 3 Oktober menunjukkan harga minyak di Malaysia masih kekal rendah di rantau Asia Tenggara. Dalam rajah tersebut, harga minyak di Malaysia RM2.30 adalah kedua rendah berbanding lapan negara termasuk‎ Indonesia, Vietnam, Thailand, China and Singapura.
Entri bertajuk "perbandingan harga minyak di beberapa negara" dengan kenyataan: adakah harga minyak mahal?"
Beliau juga menulis di laman Twitternya kerajaan masih memberi subsidi minyak RON 95 dan diesel kerana mengikut harga pasaran, RON 95 adalah RM2.58 dan diesel adalah RM 2.52.
‎Ahmad yang juga ‎ketua penerangan Umno paling menonjol kerana meluangkan masa untuk mempertahankan pemotongan subsidi. Namun, menteri dan timbalan menteri lain tidak kelihatan berbuat demikian. – 5 Oktober, 2014.
Sumber:https://my.news.yahoo.com/ahmad-maslan-puji-sebagai-najib-satu-satunya-pm-133159139.html
Last edited by GhostWalking on 5-10-2014 02:05 PM
|