CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rita Dakwa Aidil Tidak Tinggal Wang

2-10-2014 03:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32490| Komen: 246

Rita Dakwa Aidil Tidak Tinggal Wang


SHAH ALAM – Pelakon terkenal, Rita Rudaini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak tidak meninggalkan sebarang wang simpanan atau barang berharga untuk digunakan sejak keluar dari rumah kelamin mereka pada Januari 2012.

Rita, 38, menerusi afidavit keterangan yang diikrarkan di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man juga berkata, sejak tarikh itu sehingga perceraian mereka pada Ogos 2013 iaitu selama tempoh 20 bulan, Mohd. Aidil tidak pernah menghantar wakil untuk membayar nafkah bagi pihak ketua pasukan Harimau Malaya itu.


“Permintaan saya secara baik di luar mahkamah untuk Mohd. Aidil menunaikan tanggungjawab juga tidak diendahkannya,” katanya.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata demikian menerusi aifidavit keterangan semasa prosiding perbicaraan tuntutan nafkah tertunggak isteri berjumlah RM102,000 di sini semalam.



Rita Rudaini Dakwa Gaji Aidil Zafuan RM50,000 Sebulan

Sebelum ini, ada juga cakap cakap mengatakan yang tuntutan naflah tertunggak yang dibuat Rita Rudaini sejumlah lebih RM300,000 sebagai melampau dan Aidil Zafuan sendiri dalam satu kenyataan berkata ianya sebagai mengarut.

Terbaru, Rita Rudaini mendedahkan yang bekas suaminya itu menerima pendapatan bulanan atau gaji sebanyak RM50,000 sebulan dan sebenarnya mampu untuk membayar tunggakan nafkah seperti mana yang dituntut pihaknya.

“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)”

“Oleh kerana defendan (Aidil) mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster,” katanya.

Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan gagal membayar sebarang nafkah bermula Januari 2012 sehingga Ogos tahun lalu di mana mereka bercerai dan sepanjang tempoh 20 bulan itu tiada seorang wakil pun dihantar untuk memberikan nafkah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 1-10-2014 10:40 AM
sambung sini je la..semak lak byk thread baru

Rita Rudaini Dakwa Gaji Aidil Zafuan RM50,000 Sebulan

Sebelum ini, ada juga cakap cakap mengatakan yang tuntutan naflah tertunggak yang dibuat Rita Rudaini sejumlah lebih RM300,000 sebagai melampau dan Aidil Zafuan sendiri dalam satu kenyataan berkata ianya sebagai mengarut.

Terbaru, Rita Rudaini mendedahkan yang bekas suaminya itu menerima pendapatan bulanan atau gaji sebanyak RM50,000 sebulan dan sebenarnya mampu untuk membayar tunggakan nafkah seperti mana yang dituntut pihaknya.
“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)”
“Oleh kerana defendan (Aidil) mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster,” katanya.
Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan gagal membayar sebarang nafkah bermula Januari 2012 sehingga Ogos tahun lalu di mana mereka bercerai dan sepanjang tempoh 20 bulan itu tiada seorang wakil pun dihantar untuk memberikan nafkah. (rtky/m)

Quote hanuma 1-10-2014 10:44 AM
hmmmm.... zarema tak nak tolong bayarkan ke hutang suaminya???
dah bayar kan dia bole je hidup aman ngan aidil
Quote mie07 1-10-2014 10:45 AM
selalu kes macam ni anak2 yang jadi mangsa...............................................
Quote Santeira 1-10-2014 10:46 AM
Mampu atau tidak, edel hanya wajib bayar KEPERLUAN, memadai utk hidup, bukan ikut KEHENDAK RR utk memuaskan nafsu hidup mewah beliau.

Quote azie.dz 1-10-2014 10:55 AM
next...





Quote umie_aziz 1-10-2014 11:22 AM
lagiiiii...
Quote makneng 1-10-2014 11:31 AM
bila lah nak selesai kes depa ni...sian kat anak2 tu
Quote manehnya 1-10-2014 11:33 AM
Kes depa ni sepanjang zaman x habis, rr nmpak ngat mcm giler kt edel ni lg...
Quote awex^returns 1-10-2014 11:35 AM
Edel nak simpan duit... mana leh bg RR... Jemah pon teringin nak beranak kat PCMC...

sedangkan RR yg janda ms kawen Edel pon mampu duk PCMC ..

inikan plak Jemah... Puteri Klang

Quote edoraixora 1-10-2014 11:37 AM
sampai bila nk selesai ni
dedua pun ego
Quote sparkling_nonie 1-10-2014 11:44 AM
Santeira posted on 1-10-2014 10:46 AM
Mampu atau tidak, edel hanya wajib bayar KEPERLUAN, memadai utk hidup, bukan ikut KEHENDAK RR utk me ...

setuju..
Quote Innrukia 1-10-2014 11:45 AM
Sian RR sgt2
Quote mommymonster82 1-10-2014 11:50 AM
Mak kena naik turun mahkamah tuntut paal anak....

Moga bila ank da besar dia baca..dorg tahu betapa besar pengorbanan si ibu...

Quote rosevelvet 1-10-2014 12:48 PM
manehnya posted on 1-10-2014 11:33 AM
Kes depa ni sepanjang zaman x habis, rr nmpak ngat mcm giler kt edel ni lg...

iols pun nmpk begitu. lagi la skang ni mamat tu tgh bahagia tgu baby baru.
Quote caplimau 1-10-2014 12:55 PM
fight for your right!!!

popcorn pls....
Quote helmeita 1-10-2014 01:01 PM
edel saja tak mau respon kot.. saja ambik masa lama .. bagi rr bosan..... bosan turun naik mahkamah.... hem.. selalu kat malaysia ni undang undang lindung wanita kurang menyengat.. lambat jer bertindak tak mcm luar negara lebih melindungi kaum wanita....
Quote poppybee 1-10-2014 01:07 PM
selalunya bab bercerai anak jadi mangsa..mujur rita cerdik sebab tak malu tebalkan muka naik turun mahkamah nak dapatkan hak untuk anak2..tak pelah tang dunia ni ko bg lah mcm2 alasan edel..sok2 time ko dah tua..time tu nak jumpa anak2..mmg silap laa..hidup bukan menongkat langit..sampai waktu mati gak
Quote cemolot 1-10-2014 01:14 PM
dedah kan semuanya rita! biar sampai edelnotelo tu tinggal spender je! u go girl!
Quote toxicated 1-10-2014 01:35 PM
pemain bola memang income besar..
tapi dekat payslip tulis basic 10k..elaun 40k..
majikan pun tak nak spend banyak2 utk bayar EPF..so jalan selamat letak basic rendah..allowance tinggi.
edel mengaku gaji 10k guna basic salary lah tu..
iols penah tgk payslip pemain bola malaysia ni..

iols percaya pendapatan edel boleh cecah 100k sebab..
edel ade job duta produk
edel kerap dapat national call up..setiap game tak silap iols ade allowance tertentu.
certain persatuan bola sepak juge akan bagi extra allowance/bonus utk setiap kemenangan lawan team tertentu esp team musuh ketat. ade FC or FA yang bagi bonus utk hasil jualan tiket juge..

so edel bukan cikai2..heols earn banyak

cube la uols semua korek kereta2 budak2 JDT pakai kereta ape..mostly pakai yg range 200k-500k..

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066807 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top