Antara beberapa langkah itu termasuklah kenaikan paras gaji minimum, pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas petrol RON95 dan diesel, serta pengumuman pemberian bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan kewangan khas RM250 kepada golongan pencen. Menurut HLIB Research, kerajaan dijangka membelanjakan RM2.6 bilion untuk tujuan pemberian bonus kakitangan awam dan bantuan khas kewangan kepada golongan pencen itu. Jelas bank penyelidikan itu, fokus Bajet 2015 adalah lebih sebagai persediaan kepada rakyat untuk menghadapi kesan kenaikan barang akibat pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 serta pengenalan skim subsidi petrol baharu. Hasil pengenalan skim subsidi petrol baharu, kerajaan dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak RM9.8 bilion, sekali gus dapat menampung perbelanjaan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta perbelanjaan lain untuk tujuan pembayaran gaji, pembekalan dan perkhidmatan,kata HLIB Research lagi. "Kami turut menjangka beberapa kandungan di dalam bajet kali ini adalah sebahagian daripada Manifesto Barisan Nasional (BN) semasa Pilihanraya Umum Ke-13 lalu," jelas bank itu dalam nota kajiannya di sini hari ini. Dalam pada itu juga, bagi mengawal kenaikan harga rumah, beberapa pendekatan sebelum ini yang telah diperkenalkan dijangka terus kekal. Antaranya seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kelulusan pemberian pinjaman perumahan yang ketat serta harga rumah minimum RM1 juta kepada warga asing. Kata HLIB Research lagi, kerajaan juga akan memperuntukkan lebih banyak tanah untuk pembangunan rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), pengenalan konsep perumahan Youth City untuk kelompok berumur bawah 40 tahun. Mengenai kenaikan paras gaji minimum, bank itu menjangka beberapa sektor seperti pembinaan, perladangan dan hartanah akan menerima kesan besar akibat penggunaan tenaga buruh yang ramai. "Bagaimanapun, keadaan itu tidak akan menjejaskan keuntungan syarikat-syarikat terlibat memandangkan mereka akan mengalihkan kenaikan kos itu kepada harga produk masing-masing," jelas bank itu lagi.
|
18
Bagus |
13
Marah |
16
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lostnfaun posted on 30-9-2014 10:43 AM
bonus setengah bulan
ADVERTISEMENT