CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengecualian GST Bukan Sekadar Belacan, Cencaluk

22-5-2014 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3180| Komen: 0

Description: "Masalahnya, Kita Tidaklah Makan Belacan 24 Jam Sehari. Kita Ada Banyak Lagi Benda Asas Lain Yang Sebenarnya Kena Gst. Kita Lihat Barang Makanan. Biskut, Roti, Susu Pekat Manis Kena. Tak Boleh Minum ...
Pengecualian GST bukan sekadar belacan, cencaluk

SHAH ALAM – Kajian lanjutan perlu dilaksanakan dalam menyenaraikan barangan asas lain yang dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof. Dr Faridah Hassan berkata, kajian itu perlu dilaksanakan terhadap semua lapisan masyarakat di negara ini.

"Minta maaf YB, kita sebut tadi (semalam) tentang budu, belacan dan lain-lain lagi, saya rasa barang-barang itu tidak terhad.

"Bahan-bahan mentah ini, kita kena buat kajian kepada seluruh lapisan kaum, rakyat untuk mengetahui apa sebenarnya mereka berkehendak lagi dan kajian ini akan berterusan," katanya yang mengulas tentang kenyataan Pengarah Strategis PKR, Rafizi Ramli pada Wacana Sinar Harian siri ke-28, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.




Wacana Sinar Harian kali ini membawa tajuk "GST: Siapa Untung Siapa Rugi".

Rafizi sebelum itu menyebut sepuluh barang yang diberikan pengecualian GST.

"Pengecualian cukai ke atas barang-barang asas yang ini sering disebut berkali-kali sebagai satu alasan kononnya GST ini tidak membebankan rakyat. Bahan asas ini ialah bahan makanan.

"Bahan makanan yang diumumkan setakat ini hanyalah beras, gula, garam,  tepung gandum, rempah ratus, budu, belacan, kacang dal dan cencaluk. Saya hafal itu.

"Ia dituliskan dalam ucapan Perdana Menteri sendiri ketika mengumumkan GST.

"Masalahnya, kita tidaklah makan belacan 24 jam sehari. Kita ada banyak lagi benda asas lain yang sebenarnya kena GST. Kita lihat barang makanan. Biskut, roti, susu pekat manis kena. Tak boleh minum teh tarik lepas ini. Mahal," katanya.

Selain Rafizi dan Prof Faridah, wacana kali ini membariskan panelis yang tidak asing lagi iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ni Abdullah.

Wacana ini dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Terknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

13

Bagus
12

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045660 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top