Syafinaz Selamat belum ada kekasih hati KUALA LUMPUR: Jika bertemu Syafinaz Selamat, dua soalan klise yang sering diajukan ialah mengenai album terbaru serta perihal kahwin. Guru vokal dan pensyarah muzik ini mengakui dua persoalan itu terus bermain di fikiran namun kesibukan membataskannya.
Selama 11 tahun beliau tiada album terbaharu. Malah, sejak beberapa tahun bertemunya, cerita album tak pernah lekang di mulut dan setiap kali ditanya Syafinaz menyasarkan albumnya akan keluar dalam jangka masa terdekat. Kali terakhir beliau muncul dengan album ialah pada 2002.
Demikian juga dengan kisah kahwin. Di saat usianya kini, Syafinaz memang layak untuk dicintai dan mencintai tetapi jelas sekali beliau masih berstatus solo. Ikuti penjelasan penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini. "Macam mana nak kahwin kalau hari-hari saya sibuk dengan komitmen kerja. Malah dek kesibukan ini juga, album saya terus tertunda. Album saya kini sudah selesai proses adunan. Tapi sesibuk manapun, saya kena pastikan tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari. "Itupun kadang-kadang terbabas tidur lewat. Bukan kadang-kadang lagi balik rumah lewat, tapi sudah selalu pula jadinya. Kalau balik rumah dalam jam 2 ke 3 pagi itu normallah. Tapi tidur kena cukup walaupun sesibuk manapun saya kena jaga waktu tidur untuk kepentingan vokal," katanya dalam pertemuan yang diaturkan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini bertempat di Muzium Negara. Ketika temubual Syafinaz turut ditemani temannya yang juga konduktor koir , Amri Zane. Pada 20 dan 21 September ini Syafinaz akan terbabit dengan Konsert Koir Kebangsaan bertemakan klasikal di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, KL. Konsert ini anjuran JKKN dan Syafinaz turut bertindak sebagai Jurulatih Vokal, Pengarah Persembahan dan Vokal serta dibantu Pengarah Koir Kebangsaan, Tunku Marina Tunku Datuk Zubir. |
NHolmes posted on 15-9-2014 03:39 AM
Nah nanti ade yg cakap nak tgk pics sebab tak kenal pulak hehehe
soraya posted on 15-9-2014 11:28 AM
aku baru nak mintak gambor....kehkehkeh...bagus ko nokkss....
baper la umur syafinaz ni.....ra ...
soraya posted on 15-9-2014 11:42 AM
kehkehkeh....ooooo dah berumur juga la dier ni...takpe, takpe makcik ella pun kawen umur 46....ok ...
soraya posted on 15-9-2014 11:52 AM
kehkehkehkeh.....naper nokss??...memilih camner???....
NHolmes posted on 15-9-2014 04:54 AM
Memilih sangat la.. Tgk la cara dia cmna hehe.. Takpe maybe jodoh sampai lambat..
syabee posted on 15-9-2014 11:09 AM
masa kemunculan dia dulu2, ala2 makcik2...dgn taik lalat besor..rambut kembang...
la ni, cantik g ...
soraya posted on 15-9-2014 12:06 PM
kehkeh....anggap jodoh lambat jer laa...kehkehkeh
ADVERTISEMENT