Tertuduh yang berusia 42 tahun didakwa melakukan kesalahan tersebut tanpa kerelaan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di dalam rumah kediamannya di Padang Jepun, Kampung Jaya Gading, lebih kurang jam 1 pagi hingga 8 pagi pada 8 September lepas. Mengikut kertas pertubuhan, tertuduh didapati dengan sengaja melakukan kesalahan tersebut. Hakim, Datuk Zainal Abidin Zainudin membenarkan tertuduh diikat jamin. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin telah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. |
ADVERTISEMENT