CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan Mahkamah Rayuan Adalah Di Luar Tabii

17-10-2013 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5343| Komen: 8

Description: Hakim Turut Menjelaskan Gereja Mempunyai Hak Dalam Perlembagaan Untuk Menggunakan Kalimah Allah Dalam Akhbarnya Kerana Agama Selain Islam Boleh Mengamalkannya Secara Aman Dan Harmoni.
Keputusan Mahkamah Rayuan di luar kebiasaan, kata Majlis Peguam


Majlis Peguam memandang serius keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald (gambar) menggunakan kalimah Allah dalam menafsirkan status Islam dan agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Christopher Leong, berkata keputusan mahkamah menerusi carian Internet dan membuat kesimpulan kalimah tersebut bukan perkara asas dalam kepercayaan Kristian boleh dipersoalkan.

“Mahkamah mendapati perkataan ‘dengan aman dan harmoni’ dalam Artikel 3 (1) bagi melindungi kesucian Islam sebagai agama Persekutuan dan melindunginya daripada ancaman adalah di luar kebiasaan.

“Frasa itu merujuk kepada hak penganut agama lain bebas mengamalkan kepercayaan mereka dan tidak diganggu oleh pihak lain.

“Keputusan mahkamah yang menyatakan jika Herald menggunakan kalimah Allah akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam hanya akan menafikan hak penganut agama lain,” katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Leong berkata, hakim seharusnya memberikan cadangan untuk mengatasi isu tersebut seperti menyatakan langkah bagi mengelak kekeliruan berbanding menafikan hak penganut agama lain.

Katanya, keputusan mahkamah yang melihat jika kalimah itu digunakan akan menggugat keharmonian kaum adalah sesuatu yang tidak boleh diterima pakai.

“Bagaimana penganut agama bukan Islam mahu menerimanya apabila hak kebebasan beragama dinafikan dan keputusan didasari dengan pihak yang akan terkeliru.

“Sukar untuk difahami bagaimana kita boleh menentukan eksklusifnya sesuatu perkataan itu sedangkan kita tiada hak ke atasnya?

“Kami menuntut satu perbicaraan yang matang dan hak penerbit Herald untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan tanpa sebarang gangguan dan ancaman,” katanya.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan pada Isnin sebulat suara menghalang gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada Tuhan bagi agama Kristian.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila KDN membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan.

Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.

Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.

Katanya, meskipun Islam adalah agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. – 17 Oktober, 2013.

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zull4rs 17-10-2013 08:58 AM
Tak puas menyalak lagi ke? Kesian puak2 minority ni.
Quote kelana36 17-10-2013 08:58 AM
apa kata kalau kerajaan arahkan tutup kilang arak dan haramkan penjualannya sebab arak ni boleh membuat manusia normal jadi tak normal, berani dan sanggup buat maksiat maksiat yg lain.

Memang ia menidakkan hak bukan islam yg meminum arak tetapi demi untuk menjaga akidah umat islam di malaysia ni, baik ia dilaksanakan..  

boleh?  aku sokong...

majallah herald budak2 melayu tak baca aku rasa, sebab dah ada majallah mangga..
Quote zull4rs 17-10-2013 09:03 AM
Bila dah terhantuk baru nak menyesal. Memang ni la sikap umat Islam kat Malaysia ni.
Quote kambeng_masam 17-10-2013 09:08 AM
kelana36 posted on 17-10-2013 03:58 AM
apa kata kalau kerajaan arahkan tutup kilang arak dan haramkan penjualannya sebab arak ni boleh memb ...

tulah yang paling herannya. Takut sangat akidah terpesong dengan issue kalimah Allah...tapi perkara2 yang membuatkan umat melayu islam makin alpa dan terpesong tu tadapapa...double stended sungguh.
Quote gogo2 17-10-2013 09:09 AM
zull4rs posted on 17-10-2013 09:03 AM
Bila dah terhantuk baru nak menyesal. Memang ni la sikap umat Islam kat Malaysia ni.

Iyer betul. Saya rasa Malaysia patut bawa kes ini ke mahkamah dunia. Kita saman dunia Arab supaya kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh Islam. Sekarang ada org bukan Islam di Arab, Indonesia dll, yg guna kalimah Allah. Mana boleh bagi mereka guna kalimah ini.
Quote the_killer 17-10-2013 09:14 AM
apa2 pon majlis peguam tidak boleh kata begitu, walau tak setuju pon...sebab tu aku tekan kan..kalo kes ni sampai ke mahkamah secara tak langsung ia bukan bersifat undang2 dah..tp dah bersifat politik, kalo dulu orang boleh lagi ok pasal mahkamah, tp sekarang orang dah cerdik atau terlebih cerdik dah...
Quote zull4rs 17-10-2013 09:17 AM
gogo2 posted on 17-10-2013 09:09 AM
Iyer betul. Saya rasa Malaysia patut bawa kes ini ke mahkamah dunia. Kita saman dunia Arab supaya  ...

Pandai pencacai aku...
Quote the_killer 17-10-2013 09:19 AM
gogo2 posted on 17-10-2013 09:09 AM
Iyer betul. Saya rasa Malaysia patut bawa kes ini ke mahkamah dunia. Kita saman dunia Arab supaya  ...

itulah...nasib bek orang europe guna god,lord

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044249 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top