CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Encik Sawa di tangkap akibat berkeliaran di Bandar Ganu

22-5-2013 11:21 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3108| Komen: 16


Encik Sawa diberkas oleh sekumpulan manusia

KUALA TERENGGANU – Beberapa peniaga di Jalan Sultan Sulaiman, di sini dihantui rasa bimbang apabila ular sawa muncul di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

Reptilia itu dikatakan sering muncul di jalan utama berkenaan apabila kelaparan terutama selepas waktu hujan untuk mencari makanan.

Ia dipercayai datang dari arah sebuah padang bola sepak yang dahulunya merupakan sebuah kawasan berpaya.

Lebih merisaukan peniaga dan penduduk, reptilia itu dilaporkan pernah memasuki rumah mereka.

Bagaimanapun, kebimbangan mereka berakhir apabila ular sawa sepanjang kira-kira empat meter tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin oleh orang ramai.

Seorang pembantu kedai, Saifullah Yusof, 22, berkata, ular sawa seberat kira-kira 40 kilogram itu ditangkap ketika sedang berlingkar di bawah sebuah kenderaan di tepi jalan utama itu.

“Saya memang sudah menjangkakan ada ular sawa lagi yang muncul selepas seekor ular sawa ditemui berada di dalam di rumah dan kedai tempat saya bekerja sebelum ini. Namun ketika itu, ular sawa berjaya menyusur keluar sebelum hilang entah ke mana.

“Kali ini, ular sawa itu muncul lagi tetapi berada di luar kediaman penduduk membolehkan ia mudah untuk ditangkap,” katanya yang turut menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Katanya, sebelum tertangkapnya ular sawa berkenaan, penduduk dan peniaga di kawasan berdekatan bimbang reptilia itu akan bertindak agresif dengan menyerang manusia terutama kanak-kanak.

“Hari ini (semalam) seorang pemuda berusia 30-an juga tercedera apabila luka di tangan akibat dipatuk sebelum ular sawa itu berjaya ditangkap dan diikat serta diserahkan kepada sepasukan anggota bomba dan penyelamat daerah,” katanya.

Menurutnya, tertangkapnya ular sawa itu, menamatkan kebimbangan penduduk dan peniaga berdekatan kawasan itu sekali gus mereka tidak lagi dihantui dengan kemunculan reptilia yang dilindungi itu lagi.

Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 22-5-2013 10:28 AM
ular dlm pekan
Quote namirulmukminin 22-5-2013 10:29 AM
Huh... anakonda mengganas di ganu...
Quote kikuri 22-5-2013 10:32 AM
pehni bleh la bubuh ulor ni kat zoo kemamang...
Quote md.jie 22-5-2013 10:36 AM
ada kaitan dengan bumbung runtuh dak?
Quote AdamBillionaire 22-5-2013 10:38 AM
ular runtuh berkeliaran di ganu kita... penyu dah lari balik negara mereka kt zimbabwe.. kt ganu hanya tinggal  runtuh sahaja
Quote bukanomi 22-5-2013 10:57 AM
kire kecik la besor tu jah...mase aku kecik, ade lagi beso kt pasar lama ganu tuh...ni cucu cicit dia kot...
Quote Jusoh77 22-5-2013 11:32 AM
Dengan tangkapan ini, maka selesailah kes keruntuhan di negeri ini...
Quote mute 22-5-2013 01:03 PM
ular carik mat said gaknyer tu...nak megadu..
Quote Sagoo 22-5-2013 02:09 PM
sawa urban la ni.....
Quote missyqaldina 22-5-2013 02:58 PM
smlm sape yang duduk area alam megah ke..atau putra heights nampak ular sawa..
melingkau atas tiang lampuu...
smpai jem jalan..
Quote blythes 22-5-2013 10:34 PM
aku dok kl. kat rumah aku ni dah dua kali kitorang tangkap ular sawa.
Quote MissNigga 22-5-2013 10:36 PM
skrg baru kita tahu sebab mengapa bnyk building runtuh kat ganu ...
Quote munchkin 22-5-2013 10:43 PM
sian ular ni, jadi tertuduh
Quote perang_saudara 22-5-2013 11:27 PM
mesti takajut diorang kan? pestime handle kes tak ada kena-mengena dengan bangunan runtuh
Quote nonok22 15-7-2016 01:40 PM
Adusssss.....
Quote alien485 23-7-2017 03:48 PM
banyak ular lah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.211989 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top