View: 2020|Reply: 16
|
[Tempatan]
Encik Sawa di tangkap akibat berkeliaran di Bandar Ganu
[Copy link]
|
|
Encik Sawa diberkas oleh sekumpulan manusia
KUALA TERENGGANU – Beberapa peniaga di Jalan Sultan Sulaiman, di sini dihantui rasa bimbang apabila ular sawa muncul di kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.
Reptilia itu dikatakan sering muncul di jalan utama berkenaan apabila kelaparan terutama selepas waktu hujan untuk mencari makanan.
Ia dipercayai datang dari arah sebuah padang bola sepak yang dahulunya merupakan sebuah kawasan berpaya.
Lebih merisaukan peniaga dan penduduk, reptilia itu dilaporkan pernah memasuki rumah mereka.
Bagaimanapun, kebimbangan mereka berakhir apabila ular sawa sepanjang kira-kira empat meter tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin oleh orang ramai.
Seorang pembantu kedai, Saifullah Yusof, 22, berkata, ular sawa seberat kira-kira 40 kilogram itu ditangkap ketika sedang berlingkar di bawah sebuah kenderaan di tepi jalan utama itu.
“Saya memang sudah menjangkakan ada ular sawa lagi yang muncul selepas seekor ular sawa ditemui berada di dalam di rumah dan kedai tempat saya bekerja sebelum ini. Namun ketika itu, ular sawa berjaya menyusur keluar sebelum hilang entah ke mana.
“Kali ini, ular sawa itu muncul lagi tetapi berada di luar kediaman penduduk membolehkan ia mudah untuk ditangkap,” katanya yang turut menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Katanya, sebelum tertangkapnya ular sawa berkenaan, penduduk dan peniaga di kawasan berdekatan bimbang reptilia itu akan bertindak agresif dengan menyerang manusia terutama kanak-kanak.
“Hari ini (semalam) seorang pemuda berusia 30-an juga tercedera apabila luka di tangan akibat dipatuk sebelum ular sawa itu berjaya ditangkap dan diikat serta diserahkan kepada sepasukan anggota bomba dan penyelamat daerah,” katanya.
Menurutnya, tertangkapnya ular sawa itu, menamatkan kebimbangan penduduk dan peniaga berdekatan kawasan itu sekali gus mereka tidak lagi dihantui dengan kemunculan reptilia yang dilindungi itu lagi.
Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Huh... anakonda mengganas di ganu... |
|
|
|
|
|
|
|
pehni bleh la bubuh ulor ni kat zoo kemamang... |
|
|
|
|
|
|
|
ada kaitan dengan bumbung runtuh dak? |
|
|
|
|
|
|
|
ular runtuh berkeliaran di ganu kita... penyu dah lari balik negara mereka kt zimbabwe.. kt ganu hanya tinggal runtuh sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
kire kecik la besor tu jah...mase aku kecik, ade lagi beso kt pasar lama ganu tuh...ni cucu cicit dia kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan tangkapan ini, maka selesailah kes keruntuhan di negeri ini... |
|
|
|
|
|
|
|
ular carik mat said gaknyer tu...nak megadu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sawa urban la ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm sape yang duduk area alam megah ke..atau putra heights nampak ular sawa..
melingkau atas tiang lampuu...
smpai jem jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dok kl. kat rumah aku ni dah dua kali kitorang tangkap ular sawa. |
|
|
|
|
|
|
|
skrg baru kita tahu sebab mengapa bnyk building runtuh kat ganu ... |
|
|
|
|
|
|
|
sian ular ni, jadi tertuduh |
|
|
|
|
|
|
|
mesti takajut diorang kan? pestime handle kes tak ada kena-mengena dengan bangunan runtuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|