CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mat Rempit Sepak Anggota Bertugas

15-9-2014 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16623| Komen: 33

Mat Rempit Sepak Anggota Bertugas


Shah Alam: “Matilah saya cik kalau emak dan ayah tahu, saya tak terniat nak sepak anggota bertugas tapi terkena,” itu rayuan seorang remaja lelaki yang ditahan selepas merempuh sekatan jalan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Persiaran Sultan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian  jam 2 pagi itu, remaja lelaki itu dikatakan menendang seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertugas semasa cuba melarikan diri.

Remaja terbabit yang juga pelajar sebuah kolej kemahiran di bandar raya ini, turut menangis teresak-esak kerana risau akan dibuang daripada kolej jika perkara itu diketahui.

Remaja itu yang dikenali sebagai Mohd, 18, berkata, dia cuba melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.

AKSI berani mati yang ditunjukkan mat rempit ketika membuat pusingan U untuk melarikan diri.

AKSI berani mati yang ditunjukkan mat rempit ketika membuat pusingan U untuk melarikan diri.



“Saya tidak tahu apa akan jadi kalau emak dan ayah di kampung tahu perkara ini,” katanya.

Sekatan jalan raya itu dilakukan anggota dari Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama-sama bahagian Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor selain dibantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

8

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eric.n9 15-9-2014 07:51 AM
Herm PDRM patut guna netgun gini.
Biar menyungkur dak dak ni...
Membahayakan keselamatan org lain dan diri sendiri jer.

Quote peYno 15-9-2014 07:51 AM
nasib baik melayu

klu non malay yg buat...!pasti akan keluar ayat2 rasis dari macai umno
Quote damian_lee 15-9-2014 07:55 AM
adoii adik oii ..... kalau jiawa bunga jangan bajet nak jadi pailang boleh x?
Quote PongKang 15-9-2014 07:59 AM
baru ko tau erti penyesalan dik
Quote sapeka 15-9-2014 08:04 AM
masa  sebelum ko buat tuh
ko tak pikir dulu ke dik ???
baik buruk perbuatan ko tuh..
Quote gaara_X 15-9-2014 08:11 AM
mat rempit....deme nie benarnya budak baik kek umah....heheheheee
Quote mommymonster82 15-9-2014 08:13 AM
Pompuan kt blkg tu... Bertudung lagik... Haish...

Kesian mak ayah korg...
Quote Limao 15-9-2014 08:13 AM
Aku cadangkan baek gune pukat rimau tangkap puak2 Melayu rempit nih.
Quote mommymonster82 15-9-2014 08:13 AM
gaara_X posted on 15-9-2014 08:11 AM
mat rempit....deme nie benarnya budak baik kek umah....heheheheee

Betoi2.. Kantoi skali hbislah..kebebasan
Quote prettyuglybabe 15-9-2014 09:57 AM
elok la mak bapak ko tau perangai sebenar ko dik
Quote liyamariska 15-9-2014 10:07 AM
dah tau tadak lesen, yg gatal bawak motor tu apahal... pastu ada hati nk tendang petugas MBSA...

gila bebudak skrg nih... selalu wat tak pernah pikir panjang...

lagi haru lak tu bangsa melayu gak...
Quote johnmcclain 16-9-2014 09:17 PM
Bila rempit nak pupus? Aku teringin satu masa nanti aku nak ceritakan kat cucu2 aku yang mat rempit ni golongan primitif yg duduk dalam era moden.
Quote annehuda 16-9-2014 09:29 PM
ko boleh beli motor tp tak mampu bayar yuran nk amek lesen. ke bengap sgt ujian L pun tak lepas?
Quote cucumberkl 16-9-2014 09:40 PM
ni sume salah CINA pasal jual motor kt meLAYU... pendatang harus balik ke Tanah Besar - macai umNGOK
Quote mesmerize 16-9-2014 09:42 PM
at least dia ingat mak bapak dia n tahu takut kat diorang
Quote dani-rox 16-9-2014 09:58 PM
cer guna magnum spike strip... baru mat2 rempit tu tau tinggi ke rendah langit di m'sia nih










Quote VuJiE 17-9-2014 11:18 AM
mujur remaja lelaki tersebut berjaya ditahan juga, terus keluar ayat insaf.. bayangkanlah dia terlepas, pasti akan updet status fesbuk dengan bangga "padan muka polis kena tendangan agung aku ni. apa dia pikir tendangan aku tidak bermakna ke?" mihmihmihhh...
Quote VuJiE 17-9-2014 11:20 AM
dani-rox posted on 16-9-2014 09:58 PM
cer guna magnum spike strip... baru mat2 rempit tu tau tinggi ke rendah langit di m'sia nih

dah pakai tu karang, puak2 "sentiasa betul" akan timbul bawa banner berguling2 buat demo tunjuk betapa kejamnya magnum spike strip boleh menghancurkan anak2 muda tonggak masa depan negara pffttt apa pun tak boleh
Quote arira_arora 17-9-2014 11:21 AM
kekdg dorg ni lari sbb suke2...
bkn sbb pe pn..

gatai p tendang2 knp...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.302709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top