Gesaan Syarikat Swasta Adakan Cuti Haji 45 Hari
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai contoh, kerajaan boleh memberikan insentif cukai kepada syarikat swasta yang membenarkan pekerja mengambil cuti bergaji untuk mengerjakan ibadah haji. “Antara kekangan utama (pekerja swasta) untuk menunaikan haji ialah ketiadaan cuti yang mencukupi, menyebabkan mereka terpaksa mengambil cuti tahunan yang mungkin tidak cukup untuk tempoh 45 hari ibadah haji. “Ini menyebabkan mereka terpaksa ambil cuti tanpa gaji dan ini akan lebih membebankan mereka,” katanya mengulas cadangan dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. Menurut Asyraf Wajdi, beliau menyokong penuh cadangan itu kerana masalah ketiadaan cuti haji antara keluhan yang banyak didengari daripada pekerja sektor swasta. Menurutnya, kesedaran menunaikan haji pada masa ini bukan lagi terhad kepada golongan yang sudah pencen tetapi juga dalam kalangan orang lebih muda, terutama dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun.
“Mereka ini masih bekerja dan kebanyakan mereka di sektor swasta. Cadangan ini amat perlu disokong apatah lagi kita negara Islam. Jadi, sektor swasta juga perlu jiwai prinsip negara Islam ini. “Sepatutnya di zaman ini tidak timbul lagi masalah dalam menjalankan apa-apa amalan agama,” kata Yang Dipertua Yayasan Islamiah Malaysia (Yadim) itu. Asyraf Wajdi berkata, cadangan Razali itu juga boleh dijadikan usul dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung November depan, yang akhirnya diharap boleh dijadikan dasar kerajaan. Razali sebelum ini menggesa syarikat swasta memberikan cuti khas kepada kakitangan yang ingin mengerjakan ibadah haji. Menurut Razali, Umno perlu mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan bagi memberikan peluang kepada semua umat Islam di Malaysia menunaikan rukun Islam kelima tersebut. “(Cadangan ini) khusus kepada syarikat swasta yang masih tidak melonggarkan pengambilan cuti khas bagi pekerja Islam untuk menunaikan fardu haji,” katanya. Razali dilaporkan berkata, sebahagian besar syarikat swasta, terutama yang dimiliki orang bukan Islam tidak melonggarkan cuti kepada pekerja untuk menunaikan haji. Menurutnya, pada masa ini, hanya kakitangan awam boleh mengambil cuti bergaji untuk menunaikan haji selari dengan pekeliling kerajaan pada 1984 tetapi pekerja syarikat swasta belum menerima kemudahan sama. Pekeliling kerajaan pada 1984 mengenai peraturan kelayakan cuti haji menyebut pegawai kerajaan beragama Islam, termasuk guru-guru, dibenarkan mengambil cuti bergaji penuh selama 40 hari untuk menunaikan fardu haji. |
3
Bagus |
1
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
2
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT