CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Tidak Benarkan Wanita Gemuk Naik Pesawat Disaman Rm19 Juta

11-9-2014 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7097| Komen: 26

Tidak Benarkan Wanita Gemuk Naik Pesawat Disaman Rm19 Juta



Soltesz bersama Vilma berada di sebuah lapangan terbang di Budapest, Hungary.

NEW YORK - Seorang duda yang menyaman tiga buah syarikat penerbangan sebanyak AS$6 juta (RM19.15 juta) selepas tidak membenarkan mendiang isterinya menaiki pesawat dengan alasan terlalu gemuk dua tahun lalu akhirnya berjaya menyelesaikan kes itu di luar mahkamah, lapor MailOnline semalam.

Lelaki tersebut, Janos Soltesz mengemukakan saman di sebuah mahkamah di Manhattan terhadap tiga syarikat iaitu Syarikat KLM Royal Dutch Airlines, Syarikat Penerbangan Delta dan Syarikat Penerbangan Lufthansa.

Bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat itu bersetuju untuk membuat penyelesaian kes berkenaan di luar mahkamah tetapi jumlah pampasan tidak didedahkan.

Saman berjumlah AS$6 juta itu difailkan selepas ketiga-tiga syarikat berkenaan gagal menempatkan mendiang isteri Soltesz, Vilma yang ketika itu mempunyai berat 184 kilogram dalam pesawat mereka.

Masalah berlaku ketika pasangan yang menetap di New York itu bercuti di Budapest, Hungary pada Oktober tahun 2012 tetapi gagal pulang semula selepas semua pesawat penerbangan berkenaan gagal menyediakan kerusi yang sesuai untuk Vilma.

Vilma yang terpaksa menggunakan kerusi roda apabila kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis meninggal dunia di sebuah rumah penginapan di Budapest ketika menunggu keizinan pesawat untuk membawa dia pulang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joyahglam 10-9-2014 01:28 PM
aik..nak pergi melancong boleh naik kapal terbang, nak balik dah tak lepas. mosykil
Quote supernaturalee 10-9-2014 01:29 PM
moral of the story
jaga badan tu elok2
dh besor sgt mcm ni kan mslh
Quote mattzzx 10-9-2014 01:49 PM
Takut terlebih muatan......
Quote kentel 10-9-2014 02:11 PM
mattzzx posted on 10-9-2014 01:49 PM
Takut terlebih muatan......

naik flight FedEx la..tp kalo charge parcel ikut kilo..gulp!!!
Quote mattzzx 10-9-2014 02:12 PM
kentel posted on 10-9-2014 02:11 PM
naik flight FedEx la..tp kalo charge parcel ikut kilo..gulp!!!

Tak apa lah...janji dia dapat naik kapalterbang.....

Quote leylapple 10-9-2014 02:27 PM
org gemuk nie, patutnya beli 2-3 seat ikut berat badan...

say, satu seat blh menampung kira2 75kg, lebih dari tu kene beli 2 seat la....
Quote Artemesiaa 10-9-2014 02:41 PM
Sian sampai habis nyawa tak dapat naik flight balik.  Bila dah tak bernyawa boleh balik ikut kargo le.
Quote hanamunir 10-9-2014 03:51 PM
suami dia la untung..
da kayoo dapat pampasan..
Quote mattzzx 10-9-2014 06:15 PM
leylapple posted on 10-9-2014 02:27 PM
org gemuk nie, patutnya beli 2-3 seat ikut berat badan...

say, satu seat blh menampung kira2 75kg ...

Tak pun dia kira ikut kadar 'excess baggage'...

Quote drivethru 10-9-2014 11:38 PM
Reality nyer.....mmg azab ddk sebelah org gemuk dlm flight. Lebih-lebih lagi kalo naik AA.
Quote AcikLijah 10-9-2014 11:52 PM
tahniah pakcik dpt pampasan.... blanja leklok ye duit tu.
Quote zorrro_03 11-9-2014 11:43 AM
joyahglam posted on 10-9-2014 01:28 PM
aik..nak pergi melancong boleh naik kapal terbang, nak balik dah tak lepas. mosykil

aku rasa masa dorang beli tiket tu ikut online...  so depa tak tahu fizikal arwah ni gedebak... tambah lagi lps bercuti, maman byk, makin kembang gitu.......
Quote amyainsamad 11-9-2014 12:17 PM
saman je
Quote anees~nuhara 11-9-2014 12:35 PM
zorrro_03 posted on 11-9-2014 11:43 AM
aku rasa masa dorang beli tiket tu ikut online...  so depa tak tahu fizikal arwah ni gedebak... ta ...

kannn....xkn nk isi detail psl BMI plak...ye x...
Quote zorrro_03 11-9-2014 01:42 PM
anees~nuhara posted on 11-9-2014 12:35 PM
kannn....xkn nk isi detail psl BMI plak...ye x...

Yelah. Kannn.   
Quote mattzzx 11-9-2014 01:56 PM
AcikLijah posted on 10-9-2014 11:52 PM
tahniah pakcik dpt pampasan.... blanja leklok ye duit tu.

Duit buat belanja isteri ikuti kursus diet..........

Quote AYAKAISHI_AYASY 11-9-2014 02:26 PM
Pernah kena duk tepi orang badan besar lam flight..
Terkepit jew...
Quote encikWawad 11-9-2014 02:53 PM
pacit dapat duit banyak leh la g melancong
jangan makan banyak2 kang dah gumuk lagi tak leh naik kapal terbang
harus naik kapal laut sajoo
Quote fifie_olin 11-9-2014 02:54 PM
kerusi x muat la tu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.039573 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top