CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Masuk Dalam Mesin Basuh?

10-9-2014 09:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6743| Komen: 28

Description: “Tidak Lama Kemudian Hadir Seorang Lelaki Dewasa Membuka Pintu Dan Pemeriksaan Dilakukan Selepas Memperkenalkan Diri Sebagai Pegawai Kanan Imigresen,” Katanya Di Sini Semalam.
Wanita Masuk Dalam Mesin Basuh?

Seorang tukang urut warga China menyorok dalam mesin basuh elak ditahan penguatkuasa Imigresen.


JOHOR BAHRU - Seramai empat wanita warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri dalam Ops Sayang di sebuah pusat refleksologi di Taman Nusa Bestari, di sini kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasa, Masri Adul berkata, kesemua wanita warga China berusia 33 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar kira-kira jam 5.35 petang.

“Bertindak atas aduan awam, saya mengarahkan empat anggota ke lokasi dan menyamar sebagai pelanggan.

“Selepas mendapat maklumat dari pegawai yang menyamar, saya terus ke lokasi. Setibanya di lokasi aduan yang telah memanggil penghuni dari luar pintu besi premis.

“Tidak lama kemudian hadir seorang lelaki dewasa membuka pintu dan pemeriksaan dilakukan selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan imigresen,” katanya di sini semalam.

Masri berkata, hasil pemeriksaan empat  wanita warga China ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Dua daripada wanita ini ditahan ketika sedang bersembunyi di dalam sebuah bilik di bahagian belakang dalam premis. Seorang lagi ditahan bersama pegawai yang menyamar ketika sedang mengurut.

“Manakala baki seorang lagi wanita ditahan ketika bersembunyi di dalam sebuah mesin basuh yang ditutup dengan beberapa tuala berwarna putih dalam sebuah stor,” katanya.

Beliau berkata, kesemua wanita terbabit mempunyai nombor pekerja tersendiri yang tercatat di dalam rekod perniagaan pusat refleksologi terbabit.

Katanya, mereka ditahan di bawah Peraturan 17(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Turut ditahan seorang lelaki berusia 44 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OmJualGas 10-9-2014 08:51 AM
magic OOOoooo...
Quote haryatie 10-9-2014 08:55 AM
boleh pulak dia msuk dlm tu
mesti bdan comei ni..
kalau besar gedabak x muat tu..
Quote HaifaHanna 10-9-2014 09:01 AM
Kakakakaka, tajuk tu igtkan die gi basuh rambut die dlm mesin basuh.....
Quote Modngengade 10-9-2014 09:05 AM
Curlast tajuk tered ko tt
Quote ais_kosong 10-9-2014 09:42 AM
tajuk lahai..

iols tertipu lg
Quote GhostWalking 10-9-2014 09:44 AM
Sekali pandang macam baru lepas basuh rambut dalam mesin basuh kan
Quote andromeda84623 10-9-2014 09:47 AM
Tajuk TT. Terbaikk
Quote whadda 10-9-2014 09:53 AM
patut takyah bukak penutup mesin tu... trus je tekan on...
Quote Eura 10-9-2014 09:54 AM
Sepandai2 tupai melompat, pandai lagi amoi menyorok dlm mesin basuh...
Quote julia5094 10-9-2014 10:05 AM
ala..kesian sampai kena menyorok kat situ..
Quote dubuk 10-9-2014 10:23 AM
tengok rambut sama lengan pun sudah tahu sangat cantik ah moi nya
Quote sueism 10-9-2014 10:29 AM
macam2 ada
Quote spiderman80 10-9-2014 10:36 AM
Comel lah.
Quote goss79 10-9-2014 10:41 AM
tapi mmg kelakar masa tgk dlm berita dia nyorok bawah kain2 dlm washing machine tu... tinggi ilmu ghaib dia ni hehehehe
Quote amyainsamad 10-9-2014 10:47 AM
tajuk.............
Quote munchkin 10-9-2014 10:48 AM
kreatif pulak menyorok dalam tu
Quote kordi 10-9-2014 12:38 PM
"Seorang lagi ditahan bersama pegawai yang menyamar ketika sedang mengurut." ..
amboi pegawai yang sedang menyamar ni.. ambil kesempatan nampak
Quote lizaliza 10-9-2014 12:41 PM
isk...kira camana tu, menyamar jadi pelanggan yang sedang diurut...
Quote fizamn 10-9-2014 12:53 PM
PRC nie kotor la.. kang syndrome berak public places merebak plak... singapore dah kena bahana nyeee...... eeeeeeeee !!!!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top