View: 4731|Reply: 28
|
[Jenayah]
Amoi Basuh Rambut Dalam Mesin Basuh
[Copy link]
|
|
Seorang tukang urut warga China menyorok dalam mesin basuh elak ditahan penguatkuasa Imigresen.
JOHOR BAHRU - Seramai empat wanita warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri dalam Ops Sayang di sebuah pusat refleksologi di Taman Nusa Bestari, di sini kelmarin.
Ketua Bahagian Penguatkuasa, Masri Adul berkata, kesemua wanita warga China berusia 33 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar kira-kira jam 5.35 petang.
“Bertindak atas aduan awam, saya mengarahkan empat anggota ke lokasi dan menyamar sebagai pelanggan.
“Selepas mendapat maklumat dari pegawai yang menyamar, saya terus ke lokasi. Setibanya di lokasi aduan yang telah memanggil penghuni dari luar pintu besi premis.
“Tidak lama kemudian hadir seorang lelaki dewasa membuka pintu dan pemeriksaan dilakukan selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan imigresen,” katanya di sini semalam.
Masri berkata, hasil pemeriksaan empat wanita warga China ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Dua daripada wanita ini ditahan ketika sedang bersembunyi di dalam sebuah bilik di bahagian belakang dalam premis. Seorang lagi ditahan bersama pegawai yang menyamar ketika sedang mengurut.
“Manakala baki seorang lagi wanita ditahan ketika bersembunyi di dalam sebuah mesin basuh yang ditutup dengan beberapa tuala berwarna putih dalam sebuah stor,” katanya.
Beliau berkata, kesemua wanita terbabit mempunyai nombor pekerja tersendiri yang tercatat di dalam rekod perniagaan pusat refleksologi terbabit.
Katanya, mereka ditahan di bawah Peraturan 17(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; Peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Turut ditahan seorang lelaki berusia 44 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/amoi-sanggup-sembunyi-dalam-mesin-basuh-1.315058
Last edited by GhostWalking on 10-9-2014 12:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh pulak dia msuk dlm tu
mesti bdan comei ni..
kalau besar gedabak x muat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakakakaka, tajuk tu igtkan die gi basuh rambut die dlm mesin basuh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Curlast tajuk tered ko tt |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali pandang macam baru lepas basuh rambut dalam mesin basuh kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk TT. Terbaikk |
|
|
|
|
|
|
|
patut takyah bukak penutup mesin tu... trus je tekan on... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepandai2 tupai melompat, pandai lagi amoi menyorok dlm mesin basuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ala..kesian sampai kena menyorok kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok rambut sama lengan pun sudah tahu sangat cantik ah moi nya |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mmg kelakar masa tgk dlm berita dia nyorok bawah kain2 dlm washing machine tu... tinggi ilmu ghaib dia ni hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk............. |
|
|
|
|
|
|
|
kreatif pulak menyorok dalam tu |
|
|
|
|
|
|
|
"Seorang lagi ditahan bersama pegawai yang menyamar ketika sedang mengurut." ..
amboi pegawai yang sedang menyamar ni.. ambil kesempatan nampak |
|
|
|
|
|
|
|
isk...kira camana tu, menyamar jadi pelanggan yang sedang diurut... |
|
|
|
|
|
|
|
PRC nie kotor la.. kang syndrome berak public places merebak plak... singapore dah kena bahana nyeee...... eeeeeeeee !!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|