Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem Shiqin Kamal
Tambah Shiqin, dia juga berpendirian demikian kerana ingin memberi fokus sepenuh perhatian dalam perfileman agar lebih mudah menjaga kualiti lakonan yang dibawanya. Sementara itu, beritahu Shiqin, selepas menghabiskan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia juga merancang ingin mengambil kursus lakonan. "Melihatkan ramai pelakon yang masih mencari ilmu di bidang lakonan, membuatkan saya juga bersemangat mahu berbuat demikian. "Mungkin saya akan mengambil kursus jangka pendek di New York Film Academy (NYFA), tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya ingin membina nama semula selepas sekian lama sepi di industri hiburan tempatan dahulu sebelum menyertai kursus tersebut," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose dan kini mereka sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.
|
ADVERTISEMENT