View: 40702|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pasangan suami isteri 10 Bulan Tinggal Dalam Kereta Kerana Tiada Rumah Kini Duduk Dalam Khemah,sering dilihat di sekitar Bandar Sri Permaisuri.Apakahhh Cerita Sebenar?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 17-2-2025 12:36 AM
Suami isteri tinggal dalam kereta hampir 10 bulan kerana tiada rumah
Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri ini turut menjadi perhatian orang ramai apabila mereka dipercayai hidup di dalam kereta untuk tempoh yang lama kerana tidak mempunyai rumah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Cik Na Kitchen di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki dipercayai warga emas berada di belakang kereta Proton Saga lama seperti sedang menyediakan bahan untuk memasak.
Kelihatan pakcik tersebut turut membuka bonet belakang yang dipenuhi dengan pelbagai barang seperti perkakas dapur.
Malah turut kelihatan kuali, bekas makanan, besen dan banyak lagi yang diletakkan dalam kereta tersebut.
Pakcik itu dilihat menyediakan bahan masakan sambil berbual dipercayai dengan perakam. Tidak lama selepas itu, kelihatan pakcik berkenaan membuang sampah sebelum menuju ke sebuah khemah kecil yang diletakkan di kaki lima deretan kedai.
Kereta rosak dan terpaksa berteduh dalam khemah di tepi koridor kedai
Menurut Cik Na, sebelum ini pakcik berkenaan menggunakan keretanya sebagai tempat berteduh namun disebabkan ia mengalami kerosakkan mereka terpaksa menumpang berteduh di tepi koridor kedai.
“Tinggallah mereka berdua menumpang di koridor kedai, berlindung setakat mana yang mampu. Sejuk malam, panas, siang entah cukup makan atau tidak.
“Hidup ini kadang-kadang macam tak adil, tapi harap ada sinar untuk mereka nanti,” ujarnya.
Minta orang ramai kongsi kongsi mengenai pasangan suami isteri agar dapat bantuan
Di ruangan komen Cik Na turut meminta orang ramai untuk berkongsi mengenai pakcik berkenaan agar dapat membantunya untuk mendapatkan tempat berlindung memandang bulan puasa juga sudah semakin dekat.
Malah dia turut memaklumkan pakcik berkenaan sudah 10 bulan tidak mempunyai rumah.
Dalam satu lagi video yang pernah dikongsikan oleh Cik Na sebelum ini, kelihatan pakcik berkenaan dan isterinya memasak di tepi longkang.
Cik Na turut mengatakan dia sering melihat pasangan itu berada di sekitar Bandar Sri Permaisuri, Cheras
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|