CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Bebas Daripada Penjara Kerana Terlalu Tinggi

4-9-2014 10:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7936| Komen: 33

Bebas Daripada Penjara Kerana Terlalu Tinggi


MEDCALF dibebaskan daripada penjara kerana terlalu tinggi sehingga dia sukar untuk tidur di katil penjara selain memakai pakaian seragam banduan.

DEVON - Seorang pemuda yang didapati bersalah oleh mahkamah di sini baru-baru ini telah dibebaskan daripada hukuman penjara apabila dia mempunyai masalah badan yang terlalu tinggi.

Berikutan itu, Jude Medcalf, 23, cuma dijatuhi hukuman perintah berkurung selama enam bulan dan 12 bulan melakukan kerja kebajikan.

Sebelum itu, Medcalf didapati bersalah dan dihukum penjara kerana mencuri makanan dan hadiah Krismas di pejabat NHS dan melepaskan tembakan pistol angin ke arah seorang wanita.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Diraja Exeter membebas remaja itu selepas dia disahkan menghidap penyakit sindrom Klinefelter yang mengakibatkan dia mengalami penambahan ketinggian tubuh badan secara luar biasa sehingga sukar untuk dia tidur di katil penjara dan memakai pakaian seragam.

Remaja berusia 23 tahun itu kini mempunyai saiz tubuh yang terlalu tinggi sehingga mencapai 213 sentimeter.

Dia bagaimanapun telah diperintah hadir semula ke mahkamah selepas didapati melanggar hukuman perintah berkurung itu. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AthirahRahmat 2-9-2014 06:13 PM
mak oiiiiiiiii. tingginya
Quote khaira01 2-9-2014 06:38 PM
muda lagi...
Quote edee_91 2-9-2014 10:15 PM
kalau jadi bouncer ni, memang bikin takut...
Quote PongKang 2-9-2014 10:42 PM
kalo jd bouncer semua kecut
Quote angio 2-9-2014 10:57 PM
so in future if he get caught again, will the prison order a special bed for him? he can't escape the law forever..
Quote supernaturalee 3-9-2014 10:14 AM
sindrom Klinefelter yang mengakibatkan dia mengalami penambahan ketinggian tubuh badan secara luar biasa



so...adakah melibatkan the whole body?
Quote aTiKah_aYuNi 3-9-2014 10:54 AM
tgi nyer......
Quote Artemesiaa 3-9-2014 11:10 AM
Kena buat juga satu lokap special untuk golongan seperti tu nampaknya supaya adil utk semua.
Quote amyainsamad 3-9-2014 11:15 AM
xadil.......
Quote anees~nuhara 3-9-2014 11:36 AM
uishhh...tggi betul
Quote cikatilia 3-9-2014 11:46 AM
gigantism eh

so huge and tall
Quote mattzzx 3-9-2014 12:28 PM
Untung juga kalau orang yang bersaiz besar...penjara pun tak nak terima....
Quote iznanaziz 3-9-2014 01:50 PM
jenayah yang dilakukan...menembak tu...
suka beno le dia
tak ada apa2 tindakan
Quote mattzzx 4-9-2014 11:03 AM
iznanaziz posted on 3-9-2014 01:50 PM
jenayah yang dilakukan...menembak tu...
suka beno le dia
tak ada apa2 tindakan

Kalau penjara tak nak terima juga....hukum tembak ajer lah....

Quote billionman78 16-10-2014 03:25 PM
aku rasa takde sorang pun dalam penjara tu yang berani kacau dia..
hahaha
Quote kejoraria 16-10-2014 03:35 PM
mattzzx posted on 4-9-2014 11:03 AM
Kalau penjara tak nak terima juga....hukum tembak ajer lah....

hehehe...tak baik
Quote cikmi 16-10-2014 04:10 PM
kalau camni best la dia buat jenayah suka hati...melainkan kalau hukuman dia bg mampus terus
Quote kivio 18-10-2014 12:18 AM
Daripada mencuri, baik join basketball
Quote nourahfey 18-10-2014 11:19 AM
Buat dia tahanan dalam rumahla,,mcm su kyii dulu tu

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.083404 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top