CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid cedera diterpa objek terbang ! UFO ? Iqra...

19-5-2013 08:38 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10764| Komen: 42


Keadaan Mimi semasa kejadian, Selasa lalu.

19 Mei 2013

Murid cedera kena objek terbang


BALING - Seorang murid sebuah sekolah di sini, menerima 14 jahitan di muka apabila sebuah objek terbang mengenai mukanya ketika dia bersama dua rakannya dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di padang sekolah, kira-kira jam 1.30 petang Selasa lalu.
       
Nor Alia Shamimi Muhamad Jefri@Mimi, 10, cedera dan mengalami pendarahan teruk di muka, selain patah tulang hidung setelah objek itu secara tiba-tiba mengenai tepat ke mukanya.
       
Keadaan itu mengakibatkan anak kedua dari tiga beradik itu hampir pengsan dan terpaksa bertahan pada tiang gol bola sepak, sementara menunggu dua rakannya, Nur Ainul Madiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Taqifah Samsuri, 10, memaklumkan kejadian itu kepada guru mereka.



“Mimi tak tau nak buat apa, Mimi terus nangis dan jerit panggil ibu. Memang sakit, rasa kebas satu muka. Mimi tinggal sorang diri sebab dua kawan lain lari untuk beritahu kepada guru dan ibu Mimi,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Terbak, Mukim Siong, di sini, semalam.
       
Selepas beberapa minit menahan kesakitan, Mimi dibawa gurunya ke Hospital Baling seterusnya dihantar ke Hospital Sungai Petani.
       
Ditanya objek apakah yang mengenai mukanya itu, Mimi berkata, dia tidak tahu kerana terus rebah setelah objek tersebut mengenai mukanya.
       
“Tapi, kawan cakap, objek itu datang dari traktor mesin rumput kat padang. Mereka nampak objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.
       
“Dua rakan Mimi sempat elak, tapi Mimi tak nampak objek itu, sebab itu objek itu terus kena muka Mimi. Lagipun traktor itu tak berapa jauh dengan kami,” katanya.
       
Sementara itu, ibunya, Mazlina Md Desa, 40, berkata, doktor memaklumkan kedalaman luka anaknya itu hampir dua sentimeter dan terdapat sedikit retakan di bahagian tempurung kepala.
       
Menurutnya, anaknya itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dalam beberapa minggu lagi untuk pemeriksaan di kepala.


10

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 19-5-2013 09:55 AM
...
kasihannya..... teruk gak kecederaan kat muka dia...
mujur tak kena mata...

bertabah ler adik
Quote menjad 19-5-2013 10:05 AM
melolong agak nyer masa kena tue... kesian
Quote tongkatwaran75 19-5-2013 10:37 AM
menjad posted on 19-5-2013 10:05 AM
melolong agak nyer masa kena tue... kesian


mau tidak...
sakit tu...tempurung kelapa retak lagik !


Quote tupaiterbang 19-5-2013 11:02 AM
UFO serang bebudak..ni sume salah UMNGOK!!!
Quote perang_saudara 19-5-2013 11:02 AM
nama tempat pun baling
Quote tungkai 19-5-2013 11:03 AM
Ari tu aku terbaca kat blog mana tah pasal blade potong rumput terbang kena tayar kereta. Nasib baik dia pegi cirit dulu kalau tak....hhmm...
Quote roblucci 19-5-2013 11:04 AM
mujur tak kena mata
Quote HantuKopek3 19-5-2013 11:17 AM
kesiannya bila tengok budak yang tak berdosa dan langsung tak bersalah macam ni jadi mangsa..
Quote AbukRokok 19-5-2013 11:25 AM
aku memang takut nak dekat dengan org mesin rumput xpasal2 kang terbang batu...final destination
Quote AbukRokok 19-5-2013 11:44 AM
....................
Quote veYron 19-5-2013 01:30 PM
aku pernah kena,...batu terbang kena kepala aku time orang mesin rumput...
time tu kt padang skolah...ada latihan sukan so padang agak full...time tu jugak cikgu sibuk nak potong rumput...
masa kena tu memang sakit gila n biol kejap....serius dia jadi cam loss kejap...sakit nya tuhan saja tahu...
nasib xde tulang patah...esok nya tok bah aku terus g sekolah marah cikgu sebab bodoh time orang nak bersukan time tu jugak nak ptong rumput...memang kena cikgu tu denagn tok bah aku...g jugak la klinik cek...takot pape kan...time kena tu mmg xnampak apa benda...as if ko tgh2 prektis, tetiba kena tmbak kt kepala....
Quote ultra78 19-5-2013 01:54 PM
jika objek yang tidak diketahui sumbernya yang menghentam kepala lebih sesuai disebut 'unknown projectile'.
jika objek yang menghentam kepala itu terhasil dari letupan, bolehlah dipanggil 'shrapnel' atau 'flying debris'

Quote edee_91 19-5-2013 01:56 PM
tongkatwaran75 posted on 19-5-2013 10:37 AM
mau tidak...
sakit tu...tempurung kelapa retak lagik !

kelapa?            

Quote perang_saudara 19-5-2013 02:01 PM
kelapa?               
Quote batmana 20-5-2013 08:07 AM
dlm manual mesin rumput pn dh terang2 tulis.jan mesin time ada org kt sekeliling.mmg bhaya
Quote haryatie 20-5-2013 08:14 AM
alahai sian nyer..
x psal2 jerk..smoga cepat sembuh...
Quote linnnda 20-5-2013 08:23 AM
banyak sangat layan hentai sampai kepala pun jadi kelapa
Quote seroja11 20-5-2013 08:29 AM
kesianyer...sampai belobang kepala..nasib x kena mata...
Quote kaknab 20-5-2013 08:33 AM
x malang tidak berbau..nasib,nasib..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.137166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top