Kehilangan Ibu Selepas Berpisah, Adam Tak Dapat Bersekolah
PASIR MAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terpaksa melupakan hasratnya untuk bersekolah kerana tiada sijil kelahiran. Neneknya, Hasnah Seman, 50, berkata, Muhammad Adam Mohd Shafarin gagal berbuat demikian selepas kedua ibu bapanya berpisah ketika dia masih kecil. Menurutnya, keadaan menyukarkannya untuk mendaftarkan cucunya itu kerana ibu kanak-kanak terbabit, Nulida Amir, 28, tidak dapat dikesan. “Sebelum ini, kami ada berusaha mencari Nulida ke merata tempat, namun tidak berhasil. “Ini kerana proses untuk mendaftar sijil kelahiran itu memerlukan ibunya hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya. Hasnah berkata, anaknya, Mohd Shafarin Abdullah menikahi Nulida yang berasal dari Sandakan, Sabah dan perkahwinan itu tidak didaftarkan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Agama Islam. Katanya, sekarang ini dia terpaksa berikhtiar mendapatkan sijil kelahiran untuk cucunya itu kerana anaknya kini bertugas sebagai anggota keselamatan di Sabah tidak dapat berbuat demikian. “Saya merayu kepada Nulida atau sesiapa yang mengenalinya dapat menghubungi kami segera di talian 019-9644657. “Kami juga memohon kepada pihak berkenaan agar meringankan syarat kerana sukar untuk kami mencari Nulida kembali,” katanya.
|
16
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
14
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
brown_pupil posted on 27-8-2014 11:40 AM
aku still x paham dgn org2 yg x reti nak daftar kawen, daftar kelahiran... apa susah sgt ke nak pegi ...
ADVERTISEMENT