CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2318|Reply: 10

[Tempatan] Kehilangan Ibu Selepas Berpisah, Adam Tak Dapat Bersekolah

[Copy link]
Post time 27-8-2014 09:50 AM | Show all posts |Read mode
  • Muhammad Adam menunjukkan wajah ibunya dan berharap impiannya untuk bersekolah tercapai.


        PASIR MAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terpaksa melupakan hasratnya untuk bersekolah kerana tiada sijil kelahiran.

        Neneknya, Hasnah Seman, 50, berkata, Muhammad Adam Mohd Shafarin gagal berbuat demikian selepas kedua ibu bapanya berpisah ketika dia masih kecil.

        Menurutnya, keadaan menyukarkannya untuk mendaftarkan cucunya itu kerana ibu kanak-kanak terbabit, Nulida Amir, 28, tidak dapat dikesan.

“Sebelum ini, kami ada berusaha mencari Nulida ke merata tempat, namun tidak berhasil.

“Ini kerana proses untuk mendaftar sijil kelahiran itu memerlukan ibunya hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

        Hasnah berkata, anaknya, Mohd Shafarin Abdullah menikahi Nulida yang berasal dari Sandakan, Sabah dan perkahwinan itu tidak didaftarkan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Agama Islam.

        Katanya, sekarang ini dia terpaksa berikhtiar mendapatkan sijil kelahiran untuk cucunya itu kerana anaknya kini bertugas sebagai anggota keselamatan di Sabah tidak dapat berbuat demikian.

“Saya merayu kepada Nulida atau sesiapa yang mengenalinya dapat menghubungi kami segera di talian 019-9644657.

“Kami juga memohon kepada pihak berkenaan agar meringankan syarat kerana sukar untuk kami mencari Nulida kembali,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 09:55 AM | Show all posts
aku dh agak dh..sabahan ni..jauh smpi ke kelantan pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:56 AM | Show all posts
Aduhh sedihnya anak kena tinggalkan camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:57 AM | Show all posts
x boleh ker si bapak tu jerk usahakan selama ni..
x akan x bleh cuti langsung selama ni utk uruskan semua nya..
nak tunggu jugak sampai umur budak tu 8 tahun...
ni semua pasal x ambil berat dr awal...last minit baru nak macam2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:36 AM | Show all posts
entah2 emaknya udah balik pilipin....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:40 AM | Show all posts
aku still x paham dgn org2 yg x reti nak daftar kawen, daftar kelahiran... apa susah sgt ke nak pegi pejabat agama dgn JPN nun utk daftar? Last2 bila dah beranak pinak, nak masuk sekolah baru terkial2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2014 01:39 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 27-8-2014 11:40 AM
aku still x paham dgn org2 yg x reti nak daftar kawen, daftar kelahiran... apa susah sgt ke nak pegi ...

kdg2 dorg ni aggap benda tu xpenting, sbb kat negara dorg ada yg xperlukan sijil2 bagai kalo nk daftar sekolah..
mcm bapak aku, mana ada sijil lahir, ada ic je, itupon da berkali2 JPN panggil g tukar ic merah tapi bapak aku buat derk je... Atok aku xdaftar masa bapak aku lahir...
masa aku nk daftar kolej dulu, dorg minta salinan sijil lahir ayah aku bagai, tp aku ckp xde, tapi dah ketentuan Allah, org yg jaga kaunter time tu satu negeri, so boleh kawtim la, kalo x, xde la aku dpt diploma skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 01:48 PM | Show all posts
ni la set-set yg mengatakan undang2 negara ni menyusahkan la, apa la..bila x ikut procedure, timbul masalah, yg kesian anak tu la..da xleh nk gi sekolah..diorang igt malaysia ni masih dok atas pokok agaknye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 02:42 PM | Show all posts
Nk skolah bru sebok nk buat surat beranak bagai, yg kesian atok nenek susah pyh pulak...dh la jaga budak tu, pastu kne carik surat beranak lg...mmg kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 02:47 PM | Show all posts
igtkn adambillion td
shian dier
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 03:53 PM | Show all posts
sian adik ni,keciciran..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.449947 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list