CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MH17 'Warga Tentera Diperlaku Seperti Hamba Abdi'

25-8-2014 11:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23586| Komen: 168

'Warga tentera diperlaku seperti hamba abdi'

Perwakilan dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid hari ini mempertikaikan penggunaan anggoita tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17.



Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.

Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

"Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.


"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17.

"Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.

"Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.

'Beri penjelasan'

Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu.

"Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya



Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.

Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan.

Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka.

Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor.  


9

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Magika 23-8-2014 07:12 PM
mp pkr lagi seorang marah x dapat kerusi
Quote Anak_Nogori 23-8-2014 07:14 PM
tapi yg peliknya...MB PAS pernah sarankan disambut sebagai wira negara.


"Kita perlu menyambut mereka sebagai wira negara kita, kerana pemergian mereka satu kehilangan besar bagi negara dan kita semua.

"Mereka telah dibunuh secara kejam yang sama sekali tidak boleh diterima oleh kita semua.

"Sambutan ini juga sebagai tanda kita mengutuk serangan tidak bertamadun ke atas pesawat awam tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=819590
Quote harimau76 23-8-2014 07:16 PM
kalau tak carik pasal tak PKR la... janji bersuara... semua menda pun nak jadi isu...
Quote Magika 23-8-2014 07:17 PM
harimau76 posted on 23-8-2014 07:16 PM
kalau tak carik pasal tak PKR la... janji bersuara...

kalau tak buat sambutan pun

akan bising juga nanti
Quote AMDTurion 23-8-2014 07:20 PM
alah macam2lah......tentera x bising2 pun.....(kalo bising confirm panglima kena baliklah )

tapi ada betulnya......pasukan keselamatan yang terkorban hari tuh....patutnya diadakan istiadat yang sebegitu. namun harus diingatkan kebanyakkan yang terkorban hari tu dari pasukan polis. so tu kena tanya KPN polislah naper x buat.

ke dia termalu sbb budak2 dia terkantoi......datang tentera kasi settle itu problem tanpa banyak kematian dipihak tentera. emm....

soal jadi hamba abdi takde bagi tentera. diaorang bagi perhormatan terakhir penuh istiadat cara tentera. so aku rasa tak timbul soal itu.

org politaik jer yang lebih2.....cepat sentap. Last edited by AMDTurion on 23-8-2014 07:22 PM

Quote harimau76 23-8-2014 07:21 PM
Magika posted on 23-8-2014 07:17 PM
kalau tak buat sambutan pun

akan bising juga nanti

betoi tu.. otak depa.. buat salah tak buat pun salah... so, setakat isu2 camni tak payah layan..harap gomen buat bodo jah tak payah dok justify apa...biaq dorang meroyan sorang-sorang...makin lama makin byk org akan meluat dgn Parti Kencing Rakyat ni..
Quote ellekarma 23-8-2014 07:21 PM
sorang lagi wakil rakyat yg IQ level boleh dipertikaikan.
kesiannya, tunjuk ketidakpandaian terang2an cmtu.
Quote mbhcsf 23-8-2014 07:22 PM
Ni apa ni..?

Ni dikira Sebahagian daripada pengurusan jenazah

Dapat pahala ni...


Mcm mana puak erdogan kate pakatan ni pandai?


Apa pulak hamba ...

Hormati jenazah laa...

Ni kalau dok buat statement cari pasal...dlm negara bersedihan semalam...layakkah individu ini diundi? Last edited by mbhcsf on 23-8-2014 07:23 PM

Quote ellekarma 23-8-2014 07:32 PM
setau sy, pejuang Lahad Datu yg gugur juga diberi penghormatan yg sama, wira2 kita dinaikkn pangkat, anak2 n isteri2 dijaga, scholarship belajar smpai dewasa, etc. istiadat pn sama cuma tak la heboh mcm semlm.

correct me if i'm wrong.
Quote meklin 23-8-2014 07:42 PM

Orang yang tak terlibat tak tahu laah.. tetapi jika kita terpilih sebagai insan yang terlibat dalam sambutan semalam.. tak kira apa pun tugasan kita - tentera, pemandu, wartawan etc  .. saya rasa , dalam hati tetap rasa berbangga dapat menjadikan semua tu antara momen yg akan dikenang dalam hidup.
Quote akusukaq 23-8-2014 07:44 PM

Quote honeybee1802 23-8-2014 07:49 PM
Yg kat sabah bkn last ada buat ala2 gini jgk ker?
Quote nacein 23-8-2014 08:13 PM
Kena la bersuara kononnya diri tu bagus sgt.... puiihhhhh
Quote dauswq 23-8-2014 08:21 PM
MP ni bekas org tentera, leftenan lagi, pastinya ada justifikasi dia ckp camtu...pride sbg tentera...
kita rakyat hanya tgk dr kaca tv & tak berapa kisah sgt..aslkn tentera dh buat kerja & serve for us
Quote muo1202 23-8-2014 08:26 PM
Nk popular la ni... kalu tak, org tak follow fb dia..
Quote mbhcsf 23-8-2014 08:32 PM
Pada saya peristiwa seumpama ini membuka mata bahawa pentingnya input dari sektor keselamatan...dan sumbangan RAMD dan kor anggota tentera lainnya. Buka mata bahawa jangan dikecilkan dan dilekehkan mereka jika nauzubillah ada krisis keselamtan.ingat ye fahami ape tu RAMD dan signifikan mereka khususnya. dan tentera. Bagus la depa part dari yg mengurusksn jenazah.

Yg cakap banyak tu, x buat ape diam sudah la.

Adalah tidak masuk akal untuk tidak mendapatkan kerjsama sektor kerajaan yg lain dlm hal seumpama ni...

Quote ell768 23-8-2014 08:46 PM
Bg aku laaa kalau tentera ke polis ke tekorban ms bertugas tu drg mmg dh ada adat istiadat drg sendiri cuma x gempak mcm semalam laa..kalau mangsa mh17 ni drg ni mangsa keadaan..mmg patut laa di beri penghormatan terakhir mcm tu..aku rs kalau terhempas bukan psl kene tembak takde laa sambutan mcm semalam kot..huhuhu
Quote dune1989 23-8-2014 08:53 PM
benda dah pun jadi dan execute pasal Lahad Datu. nak ungkit kenapa?

kalau buat juga entah-entah nanti kata membazir duit cukai rakyat...

tak paham betul eden depa ni... ada masa cerdik.. ada masa sengal gak statement..
Quote Anak_Nogori 23-8-2014 08:54 PM
AMDTurion posted on 23-8-2014 07:20 PM
alah macam2lah......tentera x bising2 pun.....(kalo bising confirm panglima kena baliklah )
...

Alah..balu waris kerajaan kasi puluh ratusan ribu polis tentera meninggal tu kan lebih berbaloi2.

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.147103 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top