3 lagi mayat dibawa pulang Ahad ini
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kerajaan menjangkakan membawa pulang tiga lagi mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17, Ahad ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini, pihak berkuasa Belanda telah mengenal pasti identiti dua mayat manakala satu lagi mayat masih dalam proses dokumentasi. Katanya, daripada tiga mayat itu, seorang dikenal pasti beragama Islam, seorang bukan Islam manakala seorang lagi belum dimaklumkan. “Walau bagaimanapun, kementerian akan mengumumkan identiti ketiga-tiga mayat tersebut esok selepas mendapat maklumat penuh dari Kedutaan Malaysia di Ukraine dan Rusia," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas MH17 yang bukan beragama Islam di Pusat Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=43
|
ADVERTISEMENT