KEADAAN landasan konkrit projek MRT yang 'tergantung' mengundang keresahan pengguna jalan raya ketika tinjauan dilakukan di sekitar TTDI, Kuala Lumpur semalam. PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan dari Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dekat sini menuju ke Kota Damansara bimbang dengan keadaan landasan konkrit projek Transit Aliran Massa (MRT) yang ‘tergantung’. Rata-rata pengguna mendakwa, keadaan itu boleh mengancam nyawa mereka jika sebahagian landasan konkrit tersebut tiba-tiba terjatuh lalu menghempap kenderaan yang melalui laluan di bawahnya. Landasan tersebut direka khas bagi kegunaan sistem rel kereta api. Tinjauan Kosmo! di lokasi itu semalam mendapati, laluan MRT dari TTDI menuju ke Kota Damansara itu membahayakan pengguna jalan raya kerana pada penghujung landasan yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan tidak dipasang alat sokongan untuk menampung beratnya. Seorang pekerja swasta, Adi Fitri Abdul Aillah, 30, berkata, dia melihat tiada alat sokongan dipasang di bawah landasan konkrit tersebut bagi menjamin keselamatan orang ramai. “Jika dilihat dengan mata kasar, landasan ini kelihatan amat bahaya kerana ia berada betul-betul di atas jalan raya yang dilalui oleh ramai pengguna,” katanya ketika ditemui di sini. Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Salmiah, 29, berkata, kawasan projek pembinaan MRT tersebut seperti tidak dapat menjamin keselamatan pengguna.
|
nexusys posted on 22-8-2014 09:18 AM
bongok gak reporter nih... mesia ni dia ingat bodoh sangat dak bina infrastructure camtuh utk bagi r ...
nexusys posted on 22-8-2014 09:18 AM
bongok gak reporter nih... mesia ni dia ingat bodoh sangat dak bina infrastructure camtuh utk bagi r ...
ADVERTISEMENT