Pakatan Rakyat bukan parti berdaftar - Abdul Khalid SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sebuah parti berdaftar. Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar. "Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR. "Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada...UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukan badan berdaftar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR. Empat Anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS kekal berkhidmat di bawah kepimpinan beliau sementara lima Anggota Exco daripada PKR dan DAP menyatakan akan menjalankan tugas masing-masing tetapi tidak akan menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. Pendirian yang dibuat melalui kenyataan media bersama itu menyebabkan Abdul Khalid semalam memecat kelima-lima anggota Exco terbabit iaitu Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, EanYong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP. Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kerana kenyataan bersama mereka bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini termasuk enggan memberi kerjasama kepadanya sebagai Menteri Besar walaupun telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin. Bagaimanapun, pemecatan itu tidak melibatkan seorang lagi anggota Exco daripada PKR, Rodziah Ismail yang dikatakan berada di luar negara.
|
Anak_Nogori posted on 14-8-2014 12:16 AM
So dgn penjelasan khalid ni..sah lah pakatan rakyat pakatan haram spt yg diwar2kan sebelum ini...
pyropura posted on 14-8-2014 01:01 AM
tak pernah pulak PR kata Sulangor milik mureka, tapi Umeno yang perintah nugara seperti milik mure ...
rashiman posted on 14-8-2014 12:55 AM
MB Khalid bertanding atas nama Parti PKR.
logo Pakatan pun tak ada...
Muntz posted on 14-8-2014 01:11 AM
Dia selama nie jadi MB pun pasal ada pakatan 'haram' nie. Kenapa dulu2 waktu dipilih jadi MB tak cak ...
rashiman posted on 14-8-2014 01:15 AM
ADVERTISEMENT