CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Budak 12 Tahun Hamil Di Rogol Setiap Bulan

13-8-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37891| Komen: 108

Budak 12 Tahun Hamil Di Rogol Setiap Bulan

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Gambar hiasan



Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.

Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

6

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeMax 13-8-2014 08:55 AM
Satu lagi kemajuan teknologi ummah Melayu..Yahudi mesti jeles giler
Quote namirulmukminin 13-8-2014 08:57 AM
Balik2 bangsa melayu beragama islam yang buat keje2 terkutuk gini... Ini semua salah Syiah...
Quote Lina66 13-8-2014 08:58 AM


kompem ummah jantan suchi punye keje ni...

Quote isseliparjepun 13-8-2014 09:01 AM
Tak paham aku dunia zaman skang ni..
Quote leylapple 13-8-2014 09:02 AM
pelik betul mak paknyer...

dahla tak sekolahkan anak....pastu tak pernah tgk kelainan fizikal anak ker?
Quote Peya 13-8-2014 09:06 AM
Sangap punya jantan, anak sedara 11 tahun pun bernafsu ker? :Q. Elok la buat hudud, msia makin teruk weyyy
Quote ryshaNur 13-8-2014 09:09 AM
leylapple posted on 13-8-2014 09:02 AM
pelik betul mak paknyer...

dahla tak sekolahkan anak....pastu tak pernah tgk kelainan fizikal ana ...

sini pun ada kes sebegini,
kesian..umur 12 tahun kena rogol dengan bapa, and abang tiri
dia bgtahu mak dia skit perut..pergi tandas lepas tu beranak dalam tandas
Mak dia panik, bapak tiri dia ambil gunting potong tali pusat
Tapi baby tu mati
Dah kena jel pun
Bapak tiri umur 70 tahun, abang tiri umur 20 an cmtu
selamat meringkuk dalam penjara


Quote ninja boy 13-8-2014 09:17 AM
melayu islam
Quote duniaku85 13-8-2014 09:17 AM
"seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni."

kes ni kes rogol ke?
macam tak je
Quote GhostWalking 13-8-2014 09:19 AM
duniaku85 posted on 13-8-2014 01:17 AM
"seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seoran ...

Kalau bawah umur di kira rogol
Quote GhostWalking 13-8-2014 09:19 AM
duniaku85 posted on 13-8-2014 01:17 AM
"seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seoran ...

Kalau bawah umur di kira rogol
Quote zacrin 13-8-2014 09:21 AM
gila anjing perangai
Quote MengkuduMasam 13-8-2014 09:22 AM
kes kedua tu rogol ka??

sampai dua kali... siap nak flight berjemput... pastu berhantar lagi sampai stesen bas...
kalo rogol... lpas kena trus lari pi balai.... ni sampai kelantan... kantoi ngan parents baru nak charge rogol...
Quote leylapple 13-8-2014 09:24 AM
ryshaNur posted on 13-8-2014 09:09 AM
sini pun ada kes sebegini,
kesian..umur 12 tahun kena rogol dengan bapa, and abang tiri
dia bgt ...

entah mana salahnya, masyarakat kita semakin 'sakit mental'
Quote khaira01 13-8-2014 09:24 AM
astaghfirullah...sembilan bulan mengandung...speechless.
hukuman apa yg layak utk bapa saudara dia tu.
Quote naina 13-8-2014 09:26 AM
leylapple posted on 13-8-2014 09:02 AM
pelik betul mak paknyer...

dahla tak sekolahkan anak....pastu tak pernah tgk kelainan fizikal ana ...

Mgkin perut xnmpk sgt..12thn kan
bese kes2 anak luar nikah ni ngndung xnmpk

Quote ninjago 13-8-2014 09:30 AM
ya Allah.. apekahhh??? 12 thn dah pregnant! budak tu menikmati ke ape..dah berbulan2 kena rogol sampai mengandung dah 9 bulan ko dok diam je??
Quote duniaku85 13-8-2014 09:32 AM
GhostWalking posted on 13-8-2014 09:19 AM
Kalau bawah umur di kira rogol

hmmm..
tp sebenarnye bukan rogol kan
Quote tumpanglalu74 13-8-2014 09:38 AM
suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.
Mak bapak dogol mana yang tak pronah ajor hukum Islam kat anak sampaikan dia sangke dia boleh kawen dengan bapak sedare sendiri ni?

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.119335 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top