CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Urut Sampai Lewat Pagi?

12-8-2014 04:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9716| Komen: 25

Urut Sampai Lewat Pagi?

KUALA SELANGOR - Kelibat pelanggan yang keluar masuk pintu belakang sebuah premis yang terpampang menawarkan perkhidmatan urutan kaki selepas jam 12 malam menimbulkan keraguan penduduk setempat.

Lebih mencurigakan, pelanggan lelaki tak kira usia yang memarkirkan kereta agak jauh dari premis dan menggunakan pintu belakang untuk masuk sedangkan pintu utama tertutup rapi menunjukkan premis itu sudah tamat operasi.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ali berkata, kelibat lelaki yang keluar masuk pintu belakang sebuah premis di sini menimbulkan syak wasangka penduduk yang tinggal berhampiran premis berkenaan.

Menurutnya, kelakuan mereka cukup mencurigakan memandangkan premis terbabit dilihat sudah tutup operasi dan dikhuatiri individu yang berniat jahat yang mungkin menjalankan aktiviti yang negatif.

“Saya tak pasti samada mereka itu pelanggan ataupun orang luar sebab masuk dari pintu belakang yang hairannya kenapa nak masuk pintu belakang selepas jam 12 malam? Adakah premis terbabit menjalankan aktiviti mencurigakan?

“Pintu depan sudah tutup sebab waktu operasi sudah tamat tapi kenapa ada lagi lelaki yang keluar masuk premis berkenaan ikut jalan belakang? Saya pun curiga bila tengok anak muda Melayu yang selalu masuk dalam situ.

“Mulanya saya tak perasaan aktiviti itu tapi bila tengok banyak kereta parking tepi jalan termasuk depan rumah saya..saya ingatkan ada kenduri ke majlis keramaian tapi bila diamati mereka masuk ke premis berkenaan,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Hashim berkata, memang ada tiga premis yang menyediakan perkhidmatan urut kaki di kawasan ini sehingga menimbulkan pelbagai persoalan penduduk.

“Masa zaman Barisan Nasional (BN) dulu, mana ada kedai urut atau spa seperti sekarang...lepas kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) ambil alih, semuanya dihalalkan dan premis maksiat semakin bertambah.

“Kenapa pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh meluluskan permohonan untuk premis urut kaki yang boleh mengundang maksiat sebab dikatakan mereka bukan saja menyediakan khidmat biasa tapi lebih daripada itu.

“Saya minta pihak berwajib dapat memantau kegiatan tidak sihat ini terutamanya di Pekan Sungai Buloh sebab makin banyak pula premis serupa dibuka sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.


Gambar hiasan


“Kalau boleh tutuplah premis yang mengundang unsur maksiat ini sebab natijahnya bukan pemiliknya yang kena tapi semua...ambil iktibar musibah tsunami di negara jiran supaya kita sentiasa beringat,” katanya.

Sementara  itu,  Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin berkata, premis terbabit masih belum menerima sebarang pembaharuan lesen meskipun pemiliknya sudahpun mengemukakan permohonan sebelum ini.

“Hasil pemantauan mendapati, premis terbabit tidak sesuai menjalankan perkhidmatan terbabit dan PBT mengambil keputusan untuk tidak meluluskan pembaharuan lesen yang dimohon.

“Perkara sama turut dibangkitkan dalam mesyuarat minggu lalu dan pihak penguatkuasa akan menjalankan  tindakan lanjut di beberapa premis yang dikenalpasti termasuk premis yang diadukan penduduk,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 12-8-2014 01:02 PM
tazkirah lewat malam ni
Quote itik_kuning 12-8-2014 01:06 PM
“Masa zaman Barisan Nasional (BN) dulu, mana ada kedai urut atau spa seperti sekarang...lepas kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) ambil alih, semuanya dihalalkan dan premis maksiat semakin bertambah.

sikit2 nak dipolitikkan. naik muak dah aku.
Quote Munnalicious 12-8-2014 01:06 PM
Motip nk kena cite dlu BN memerintah xde kejadian x diingini berlaku tp bila PR memerintah segalaya ada?
Quote piao 12-8-2014 01:08 PM
Munnalicious posted on 12-8-2014 01:06 PM
Motip nk kena cite dlu BN memerintah xde kejadian x diingini berlaku tp bila PR memerintah segalaya  ...

ye la kut
Quote shamsadis 12-8-2014 01:08 PM
bila petik nama PR gang macai pun melompat...konon korang maksum...ingatlah bahawa gang dengan DAP oi
Quote mikasa 12-8-2014 01:09 PM
Ini isu penguatkuasaan. Bukan senang  politik nak masuk dlm bab penguatkuasaan ni
Quote Badut.Sarkas 12-8-2014 01:26 PM
chehhh.. masa 1st time aku gi urut reflekseksologi tahun 2004.. kawasan ampang, gombak, ss2 semua.. time tu selangor bukan bawah PR pun.. tetap banyak gak urut masa tu.
Quote Perutkaembong 12-8-2014 01:43 PM
mana benang yg tunjuk statistik peningkatan rumah2 sundal tu....semoga wan jijah wanita muslimah takmo sentuh aurat sanggup pakai glove tapi pasrah berjantankan anu brahim keje mengeseks je manjang amput depan belakang itu dpt mengembalikan selangor ke arah keislaman....aminnn
Quote Johnyblaze87 12-8-2014 01:43 PM
Dey amenda korang ni sikit2 nk politik. Korang xpenah wat bisnes ke?

Masa apply lesen, sah2 dia apply lesen refleksologi. Apa salah nye kan? Dah ni org bisnes tu yg bikin jd rumah urut, apahal nk blame pemerintah lak?

mcm mana la org2 ni fikir. Xsekolah ke apa.
Quote protonpersona 12-8-2014 01:46 PM
Ooo...ini kaunseling jam 2 pagi..
Quote jengkoil 12-8-2014 01:51 PM
Hahahaha...ada kenduri...kenduri volcano... :lol
Quote GalileO 12-8-2014 02:05 PM
mikasa posted on 12-8-2014 01:09 PM
Ini isu penguatkuasaan. Bukan senang  politik nak masuk dlm bab penguatkuasaan ni

bukan kah ahli majlis adalah orang politik...

Quote shernazz 12-8-2014 02:10 PM
Thread aku bukak ni..ade iklan boleh tahan jugak..relevan sungguh dengan tajuk thread ni
Quote mikasa 12-8-2014 02:11 PM
GalileO posted on 12-8-2014 02:05 PM
bukan kah ahli majlis adalah orang politik...

Penguatkuasa org yg sama tak kira sapa ahli majlis
Quote kauado? 12-8-2014 02:15 PM
whatever it is,kat area umah aku bersepah mcm nih..kedai tutup,tp ade pintu kecik kat tepi...tengok sign board,umah urut rupanyer..area kelana jaya
Quote piao 12-8-2014 03:22 PM
shamsadis posted on 12-8-2014 01:08 PM
bila petik nama PR gang macai pun melompat...konon korang maksum...ingatlah bahawa gang dengan DAP o ...

btw K.L siapa pegang? dulu pusat urut besar-besaran. sekarang? PELACURAN siang2 hari pun ada
Quote bangcak 12-8-2014 03:28 PM
shamsadis posted on 12-8-2014 01:08 PM
bila petik nama PR gang macai pun melompat...konon korang maksum...ingatlah bahawa gang dengan DAP o ...

matlamat malaysia sebagai hab hiburan tercapai
Quote Simunggu 12-8-2014 03:43 PM
nak pigi kiamulai lah tu..tapi tersesat ......bersangka baik
Quote otai_g 12-8-2014 03:46 PM
tade permintaan tade la penawaran.

umah urut yg semakin bnyk ni sbnrnya adalah disebabkan oleh permintaan yg meningkat di kalangan rakyat malaysia

so nak salahkan tokey umah urut ka, salahkan org yg pergi?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.517041 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top