View: 4479|Reply: 25
|
[Tempatan]
Urut sampai lewat pagi?
[Copy link]
|
|
KUALA SELANGOR - Kelibat pelanggan yang keluar masuk pintu belakang sebuah premis yang terpampang menawarkan perkhidmatan urutan kaki selepas jam 12 malam menimbulkan keraguan penduduk setempat.
Lebih mencurigakan, pelanggan lelaki tak kira usia yang memarkirkan kereta agak jauh dari premis dan menggunakan pintu belakang untuk masuk sedangkan pintu utama tertutup rapi menunjukkan premis itu sudah tamat operasi.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ali berkata, kelibat lelaki yang keluar masuk pintu belakang sebuah premis di sini menimbulkan syak wasangka penduduk yang tinggal berhampiran premis berkenaan.
Menurutnya, kelakuan mereka cukup mencurigakan memandangkan premis terbabit dilihat sudah tutup operasi dan dikhuatiri individu yang berniat jahat yang mungkin menjalankan aktiviti yang negatif.
“Saya tak pasti samada mereka itu pelanggan ataupun orang luar sebab masuk dari pintu belakang yang hairannya kenapa nak masuk pintu belakang selepas jam 12 malam? Adakah premis terbabit menjalankan aktiviti mencurigakan?
“Pintu depan sudah tutup sebab waktu operasi sudah tamat tapi kenapa ada lagi lelaki yang keluar masuk premis berkenaan ikut jalan belakang? Saya pun curiga bila tengok anak muda Melayu yang selalu masuk dalam situ.
“Mulanya saya tak perasaan aktiviti itu tapi bila tengok banyak kereta parking tepi jalan termasuk depan rumah saya..saya ingatkan ada kenduri ke majlis keramaian tapi bila diamati mereka masuk ke premis berkenaan,” dakwanya kepada Sinar Harian.
Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Hashim berkata, memang ada tiga premis yang menyediakan perkhidmatan urut kaki di kawasan ini sehingga menimbulkan pelbagai persoalan penduduk.
“Masa zaman Barisan Nasional (BN) dulu, mana ada kedai urut atau spa seperti sekarang...lepas kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) ambil alih, semuanya dihalalkan dan premis maksiat semakin bertambah.
“Kenapa pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh meluluskan permohonan untuk premis urut kaki yang boleh mengundang maksiat sebab dikatakan mereka bukan saja menyediakan khidmat biasa tapi lebih daripada itu.
“Saya minta pihak berwajib dapat memantau kegiatan tidak sihat ini terutamanya di Pekan Sungai Buloh sebab makin banyak pula premis serupa dibuka sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.
![](http://2.bp.blogspot.com/-40ZedDzQ88U/UiPtSBOkrcI/AAAAAAAAbD0/Q0oC75DqguQ/s640/Terkejut+Dicekup+Ketika+Sedang+Beraksi.jpg)
Gambar hiasan
“Kalau boleh tutuplah premis yang mengundang unsur maksiat ini sebab natijahnya bukan pemiliknya yang kena tapi semua...ambil iktibar musibah tsunami di negara jiran supaya kita sentiasa beringat,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin berkata, premis terbabit masih belum menerima sebarang pembaharuan lesen meskipun pemiliknya sudahpun mengemukakan permohonan sebelum ini.
“Hasil pemantauan mendapati, premis terbabit tidak sesuai menjalankan perkhidmatan terbabit dan PBT mengambil keputusan untuk tidak meluluskan pembaharuan lesen yang dimohon.
“Perkara sama turut dibangkitkan dalam mesyuarat minggu lalu dan pihak penguatkuasa akan menjalankan tindakan lanjut di beberapa premis yang dikenalpasti termasuk premis yang diadukan penduduk,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
tazkirah lewat malam ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
“Masa zaman Barisan Nasional (BN) dulu, mana ada kedai urut atau spa seperti sekarang...lepas kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) ambil alih, semuanya dihalalkan dan premis maksiat semakin bertambah.
sikit2 nak dipolitikkan. naik muak dah aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Motip nk kena cite dlu BN memerintah xde kejadian x diingini berlaku tp bila PR memerintah segalaya ada? |
|
|
|
|
|
|
|
Munnalicious posted on 12-8-2014 01:06 PM ![](static/image/common/back.gif)
Motip nk kena cite dlu BN memerintah xde kejadian x diingini berlaku tp bila PR memerintah segalaya ...
ye la kut ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
bila petik nama PR gang macai pun melompat...konon korang maksum...ingatlah bahawa gang dengan DAP oi ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ini isu penguatkuasaan. Bukan senang politik nak masuk dlm bab penguatkuasaan ni |
|
|
|
|
|
|
|
chehhh.. masa 1st time aku gi urut reflekseksologi tahun 2004.. kawasan ampang, gombak, ss2 semua.. time tu selangor bukan bawah PR pun.. tetap banyak gak urut masa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mana benang yg tunjuk statistik peningkatan rumah2 sundal tu....semoga wan jijah wanita muslimah takmo sentuh aurat sanggup pakai glove tapi pasrah berjantankan anu brahim keje mengeseks je manjang amput depan belakang itu dpt mengembalikan selangor ke arah keislaman....aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Dey amenda korang ni sikit2 nk politik. Korang xpenah wat bisnes ke?
Masa apply lesen, sah2 dia apply lesen refleksologi. Apa salah nye kan? Dah ni org bisnes tu yg bikin jd rumah urut, apahal nk blame pemerintah lak?
mcm mana la org2 ni fikir. Xsekolah ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo...ini kaunseling jam 2 pagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha...ada kenduri...kenduri volcano... :lol |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa posted on 12-8-2014 01:09 PM ![](static/image/common/back.gif)
Ini isu penguatkuasaan. Bukan senang politik nak masuk dlm bab penguatkuasaan ni
bukan kah ahli majlis adalah orang politik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Thread aku bukak ni..ade iklan boleh tahan jugak..relevan sungguh dengan tajuk thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
GalileO posted on 12-8-2014 02:05 PM
bukan kah ahli majlis adalah orang politik...
Penguatkuasa org yg sama tak kira sapa ahli majlis |
|
|
|
|
|
|
|
whatever it is,kat area umah aku bersepah mcm nih..kedai tutup,tp ade pintu kecik kat tepi...tengok sign board,umah urut rupanyer..area kelana jaya |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis posted on 12-8-2014 01:08 PM ![](static/image/common/back.gif)
bila petik nama PR gang macai pun melompat...konon korang maksum...ingatlah bahawa gang dengan DAP o ...
btw K.L siapa pegang? dulu pusat urut besar-besaran. sekarang? PELACURAN siang2 hari pun ada
|
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis posted on 12-8-2014 01:08 PM ![](static/image/common/back.gif)
bila petik nama PR gang macai pun melompat...konon korang maksum...ingatlah bahawa gang dengan DAP o ...
matlamat malaysia sebagai hab hiburan tercapai
|
|
|
|
|
|
|
|
nak pigi kiamulai lah tu..tapi tersesat ......bersangka baik![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tade permintaan tade la penawaran.
umah urut yg semakin bnyk ni sbnrnya adalah disebabkan oleh permintaan yg meningkat di kalangan rakyat malaysia ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
so nak salahkan tokey umah urut ka, salahkan org yg pergi? |
|
|
|
|
|
|
| |
|