Pancut Mani Dalam Mulut Tunang, Lelaki Dicari, Ganjaran Rm10,000 Semalam, menemui satu iklan berkaitan usaha seorang bapa mencari seorang lelaki dipercayai tunang kepada anaknya dengan tawaran RM10,000 tunai. Kisahnya, lelaki itu diburu kerana melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin. Makluman meminta bantuan orang ramai untuk mencari lelaki berkenaan dimuatnaik di Facebook dan ia sudah pun tersebar di merata-rata alam siber. “Ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya mencarinya kerana melarikan diri dari bertanggungjawab untuk berkahwin. “Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan,” bunyi makluman berkenaan. Pencari yang mendakwa sebagai bapa kepada anak perempuannya itu turut mendedahkan alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan dan juga no kad pengenalan lelaki berkenaan. Sebaliknya, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada nombor tersebut dibalas dengan kata-kata yang betul-betul jujur dan bunyinya agak menggelikan. “Ye, kami sanak saudara cari (nama lelaki) yang pancut air maninya dalam mulut tunangnya tapi tak nak kahwin, pelbagai alasan diberi,” katanya. Nah, itu dia sebabnya lelaki yang tinggal di sekitar Kelantan itu diburu lelaki ini. Jika benar, eloklah si lelaki itu kembali kepada tunangnya dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik, barulah anak jantan. Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, eloklah diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang. Apapun, pencarian lelaki seperti ini memang unik dan siap ditawarkan ganjaran untuk diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki yang dicari itu.
|
misi posted on 8-8-2014 04:52 PM
secara tak langsung bkn ke dia dah mengaibkan popuan tu sendiri?suma org dah tahu pasal popuan ...
ADVERTISEMENT