CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Baldi Air Mani Dikumpul Setiap Hari

1-8-2013 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26030| Komen: 89

Description: 1 Ogos 2013 - Taman Chong Thien Vun Yang Terletak Di Puncak Bukit Bendera (Trig Hill) Yang Merupakan Taman Peranginan Yang Terindah Di Daerah Sandakan Kerana Dikelilingi Oleh Pokok-Pokok Subur Nanmeng ...


1 Ogos 2013 - Taman Chong Thien Vun yang terletak di puncak Bukit Bendera (Trig Hill) yang merupakan taman peranginan yang terindah di daerah Sandakan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok subur nanmenghijau; dielus lembut puputan bayu yang cukup nyaman telah terbiar begitu saja tanpa pengawasan dan jagaan rapi pihak berkuasa tempatan.


Taman yang sebelum ini menjadi tempat bersantai dan riadah saban kini tidak lagi dikunjungi ramai pengunjung kerana kurang selesa disebabkan semak samun tumbuh meliar tanpa diselenggara oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

Dalam tinjauan Wartawan Kanan Sabahkini.net ke taman tersebut kelmarin, mendapati kawasan tersebut memang agak menyeram dan menakutkan disebabkan rumput panjang yang tidak dipotong, mungkin dihuni oleh haiwan berbisa seperti ular tedung.

Seorang pekerja Restoran Trig Hill yang berhampiran dengan taman tersebut, Roslan memberitahu Sabahkini.Net, kini sudah hampir empat bulan tidak kelihatan pekerja-pekerja MPS memotong rumput di kawasan sekeliling taman berkenaan.


Kata Roslan, sejak kebelakangan ini ada dua tiga orang pengunjung yang bersantai di pondok yang sedia ada di taman tersebut mengadu pernah terserempak seekor ular hitam panjangnya lebih kurang 6 kaki sedang merayap melintasi tangga simen tersebut.

“Alangkah berbahayanya jika ada pengunjung yang tidak menyedari bahawa kawasan taman yang semak itu telah dihuni oleh ular-ular berisa lantas mematuk mereka. Dalam hal ini siapa yang harus bertanggungjawab dan siapa yang harus dipersalahkan nanti jika terjadi perkara buruk seumpama itu berlaku kepada para pengunjung?” Tanya Roslan.

Namun keadaan semak samun ini, kata Roslan, dimanipulasi oleh remaja, terutama sekali pelajar sekolah yang menggunakan semak samun sebagai ‘bilik atau ranjang’ memadu kasih selepas pulang dari sekolah dan berpeleseran di taman ini.

“Jika dilihat dari jauh memang semak, tetapi jika dilihat dari menara pemerhati, banyak lokasi dipenuhi kertas surat khabar dan papan lapis yang digunakan untuk melakukan hubungan seks bebas dengan pasangan masing-masing,” kata Roslan yang memaklumkan belukar berkenaan akan mempunyai ‘penghuni’ sekitar jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.

Bercakap mengenai gejala maksiat di kalangan remaja di daerah Sandakan semakin meruncingkan kerana tiada pemantauan daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) antaranya di rumah-rumah penginapan dan taman-taman peranginan.

Di daerah Sandakan terdapat beberapa buah taman peranginan yang telah dikenali pasti sebagai tempat sarang maksiat sejak 10 tahun yang lalu bagi remaja perempuan dan lelaki melakukan maksiat berpasangan masing-masing pada saban malam atau disiang hari ialah Taman Chong Thian Voon Bukit Bendera (Trig Hill) Tangga Seribu, Taman Indah Jaya, Taman Grand View, Taman Peranginan Rimbah dan bebarapa lorong-lorong bangunan bersebelahan Gedung Pusat Membeli-belah Giant.

Bagi remaja yang terlalu ketagihan seks dengan kekasih ataupun pasangan mereka, perbuatan keji teap diteruskan tanpa mengira waktu dan masa apalagi di bulan Ramadan Al-Mubarak bulan yang mulia. Secara umumnya, remaja sekarang tidak menghiraukan akan akibat perbuatan keji asalkan bagi mereka yang penting keseronokan yang paling diutamakan.

Bagi mereka yang berpasangan yang tergolong daripada anak-anak orang berada (kaya) mereka melakukan zina dengan kekasih masing-masing tempatnya adalah hotel atau rumah-rumah tumpangan sebab mereka mampu. Lagipun, mereka tidak gemar di taman-taman kerana banyak gangguan seperti orang menghendap kemudian membuat rakaman video.

Sebagai kesimpulannya air mani yang bertitisan di atas tanah (muka bumi) ini akibat melakukan zina oleh golongan remaja kalau dihitung mahu juga tiga baldi pada setiap hari. -


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 1-8-2013 03:03 AM
Camner dia kumpul 3 baldi air mani tu?
Quote d-7-0ne 1-8-2013 03:14 AM
tiga baldi? exaggerate je ni oleh penulis,,,,
Quote nenekglamer 1-8-2013 03:44 AM
d-7-0ne posted on 1-8-2013 03:14 AM
tiga baldi? exaggerate je ni oleh penulis,,,,

mungkin itu fantasi kinky penulis hahhahaha...
Quote Decaffeinated 1-8-2013 06:43 AM
yang tembak dinding berapa lori plak?...

Quote linnytuckming2 1-8-2013 06:47 AM
Lepas ni mesti masuk mestika versi insap "dipatuk ular hitam ketika sedang berasmara"
Quote MissNigga 1-8-2013 07:32 AM
3 baldi... cukup tak nak wat kuih custard raya?
Quote puterikhaleeda 1-8-2013 07:39 AM
Muntz posted on 1-8-2013 03:03 AM
Camner dia kumpul 3 baldi air mani tu?

tu laa pasal .. lelebeh plak .. macam sperm bank .. tu pun tak de makna sampa 3 baldi.. nak dapat 1 botol kecik tu susah hahaha

Quote Simunggu 1-8-2013 07:42 AM
org sabah memang hebat hebat bah....boleh bah kalau kau....hehehe

saya rasa ada org nak develop tempat tu jadi kwn perumahan/ atau kedai, buat untung juta juta...biasalah trick lama.....tu sbb dibiarkan terbiar.... Last edited by Simunggu on 1-8-2013 07:51 AM

Quote jcja82 1-8-2013 07:47 AM
sandakan byk org suluk tk???hehe
Quote alphawolf 1-8-2013 07:52 AM
Nak exaggerate pun berpada-pada laerrr
Quote kambeng_masam 1-8-2013 07:56 AM
gambar tu takkan la press ni edit letak potosop gitu gaya? punyalah nak bagi nampak bayangan kepada pembaca bageimana rupa time remaja wat maksiat kat situ....  aku bley publish wat citer satu tempat ngeseks di ceruk belukar mana ..amik gambar belukar kat mana2..pastu buh dalam blog berita cakap tempat tu sarang maksiat...nak bagi bayangan....edit buh gambar2 lubuk tupah..

yang paling best ialah komen penduduk yg siap leh agak2 air mani kumpul2 dapat la tiga baldi... nak menangis aku gelak ni ha..

Quote merpati01 1-8-2013 07:58 AM
1 Ogos 2013 - Taman Chong Thien Vun yang terletak di puncak Bukit Bendera (Trig Hill) yang merupakan taman peranginan yang terindah di daerah Sandakan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok subur nan menghijau; dielus lembut puputan bayu yang cukup nyaman telah terbiar begitu saja tanpa pengawasan dan jagaan rapi pihak berkuasa tempatan.

mana pokok2 xsubur nan menghijau , selalu jer di tabur air dn benih .....
Quote gaara_X 1-8-2013 08:00 AM
ingatkan depa kumpul betul tadi.......aahks!!
Quote yarid 1-8-2013 08:43 AM
jcja82 posted on 1-8-2013 07:47 AM
sandakan byk org suluk tk???hehe

bnyak.......

p/s : brita ni dah ada dulu dkt CI......

Quote supernaturalee 1-8-2013 08:50 AM
3 baldi?
ye lah, cer bayangkan klu half cup kecik utk sorang
klu dh jumlah nya smpi 3 baldi dh berapa org?

blh jd jgk lbh dr seround utk sorang

dr segi ramai atau dr segi kekerapan yg menggambarkan smpi 3 baldi total sehari

statistik gitu



pe nk jd generasi baru kita ni
Quote kenarikelabu 1-8-2013 08:51 AM
pastu 3 baldi air bende tuh di simbah balik kat diorang masa tgh projek kali ke-2
Quote ahlisihircute 1-8-2013 08:53 AM

ada gak org rajin ngutip air mani nie...
banyak sungguh air mani org sabahan nie... Last edited by ahlisihircute on 1-8-2013 08:54 AM

Quote mute 1-8-2013 08:53 AM
tiga baldi? ingatkan ade gambo tu....
Quote jasmeen 1-8-2013 09:41 AM
Urang sabah pun power bah macam urang semenanjung...pendek pendek tegap bah kami nii hahahahhaah

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.097023 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top